Tuesday, February 24, 2009

Fly like paper, get high like planes.

semalam Hanim(roomate) baru tonton Slumdog Millionaire.
Pagi nih kami menggila cari OST.

layan..
Paper Planes - M.I.A


Paper Planes - M.I.A

Saturday, February 21, 2009

Siapa org lain itu?

hidup org lain selalu nmpak lebih seronok dan colourful.

huh manusia.. memang tak reti nak bersyukur.

p.s. orang lain itu boleh jadi aku atau kamu.oyeah.

Slumdog Millionaire. sangat berbaloi.

Betapa gembira nye hati aku dapat anto chapter 2 hari khamis lalu. walau pon masih ade satu section yg aku tak hantar lagi, 'Basic theory of OLED' (walhal ini yg paling penting.haha)..tambah gembira lagi bla Mr. Gan kata, Jumaat takde meeting untuk budak undergrad..Lagi bersinar-sinar mata aku..haha

Khamis tu jugak, bebudak fzk yg lain dah bertolak becuti satu mlm ke PD (bukan pantai dalam. tp port dickson la). aku kabo ke Ahya kata aku xjadi meeting. dan diorang terus nak amik aku bawak ke PD..aku menolak.aku pikir nak balik kampong la.yang mana rancangan balik kg pon x jadi akhir nya bila memikir keje2 yg bertangguh dan menggunung.huuh!

malam itu, aku ajak2 tak bersungguh kepada Pa utk tgk muvie. dlm tak bersungguh, kami akhir nya dah ke midvelli pon. jam 9.45 masa tu. pa beli tiket "Slumdog Millionaire" tyg kul 9.30. kami pon berlari ke panggung. bukan nk beria, tp pa kate crite nih byk sgt mng award, kmungkinan besar best..jadi xnak tertinggal intro..

masuk2, mmg dah start.org smua tgh gelak kongkang2..

keluar2, kami tersenyum.puas..

cerita nye pelbagai emosi. gambar cantik. dan real.
huh. sesape belum tonton, aku sarankan pegi cepat tgk.
aku raser nk repeat je tgk lagi.


(cadang nak wat entri rebiu filem.hah, xde maknenye.)

Friday, February 13, 2009

Asal Usul

Aku tengah dengar Glamorous Sky - Mika Nakashima.
dan aku suke.
aku sentiasa suka..
dengar lagu ni, buat aku teringat filem NANA..
orang lain mungkin akan kata cerita ni bosan. tapi aku memang suke tengok cerita bosan..apa salah nye kan..hehe

Now, playlist btukar ke lagu Mou Sukoshi ost anime Midori no Hibi..
dan, best jugak!

aku dulu suke sangat dengar lagu jepun, lagu2 dari anime. (sekarang dah jarang dengar lagu). Bila layan, aku rasa melayang..bila melayang, aku rasa ke tempat lain. Aku rasa sampai ke dunia yang lain. dan dunia yang lain itu tentulah seronok dan damai.

Lalu aku teringat, kenapa nama blog aku bernama 'tempat lain'?

Saat aku terlalu sesak dengan dunia aku yang nyata, aku selalu mengajak orang, "jom pergi tempat lain" dan aku tak tahu mana tempat lain yang aku nak pergi.

lalu aku ciptakan tempat lain itu di sini.
Selamat Setahun sudah..
"..jom pergi tempat lain"

Yang sebenar nya ada 12.

Ade 12 ketul semua nya.

ya.. ada 12 baldi merendam kain kat bilik ayor..
malam tadi.

mau tak penuh..
bebudak floor nih mmg suke aktif kat bilik ayor.
pening aku..

apa kejadah nye aku membebel pasal bilik ayor, ye dak?
dah... taknak bace, gi tempat lain!

(entry sampah mmg perlu utk menambah rekod post blog aku yg baru 30 lebih sejak penubuhan nya.)

Wednesday, February 11, 2009

Cerita Panjang

Malam ni aku layan LP..lame gile xmelalak lagu diorg.
so far, oklah..byk lirik yg aku masih igt.hehe(perlu ke?)

aku nak tulis aktiviti aku ujung minggu kemarin la.
ujung minggu lepas, aku buat pelbagai kegiatan sosial...:

SABTU
sabtu malam, aku ke MASKARA 13, di rumah Pena. pertama kali aku pegi maskara.
best juge. rasa nak pegi lagi..layan juge org baca2 puisi.dahle ade makan free.

aku suke adam kasturi punye stail puisi.tapi, sepatah haram aku tak dapat tangkap.
tak paham - tak paham pon..melopong gak aku tgk.hehe
lain2, ade ana raffali (yg jadi antara sbb aku kuat nak ke maskara), ade ppyapong, ade fynn..dll.

Ana dan aku

malam tu aku nmpk blogger2 yg aku slalu sggah blog nyerr. bagus nye.
kalau lah aku peramah, tentu aku dah sapa diorang. well, mungkin aku belatih2 peramah lain kali jela.

AHAD
Ahad aku dan rakan2 sekolah bote (SMKASAS) pergi kenduri kawin Aswat-Husna di tg.Malim. Rumah Aswat.
gembira. gembira.
biasalah jumpa kawan2 lama mestilah happy dan meriah selalu.
dan kami spent masa bsama smpai maghrib. mmg lebam

Kami dan pengantin

ISNIN
Isnin pula macam nak jadi bosan, bila rancangan belajar aku mnjadi rancangan tidur.
Lalu, muncul si Efa (Pa) mengajak open house rumah kawan nye, Tan.
Ikut kan aje..kat umah Tan, kami(aku,ijah, anim dan Pa) dah mcm alien. kami tak kenal haram sorang pon.(anim ade kot sorang: Sulaiman.ntah sapela)..

tapi takpe aku enjoy.
makan pon sedap( dan free.tmbah sedap)..Ahuh
dan dapat ang pau.

well itu saje..weekend end, masuk weekdays.
2 tests menanti.
radiation dan calculus 2.
Goodluck to me.

Friday, February 06, 2009

POST terpaling ilmiah..ahah

Hari ni rasa nak cerita ilmiah sikit la.
Korang penah dengar OLED?
mungkin ade yg blur..
kalau aku ckp Organic LED?
mesti dah ade gambaran..

basically, itulah dia nye yg aku perlu kesah kan.
utk projek aku.

"Device Characteristic Simulation of OLED"-->tajuk
organic yg dimaksudkan adalah polimer.
dan polimer yg aku pakai(pakai parameter je bukan bahan nye),
adalah MEH-PPV...adik beradik kot dgn PPV, MH-PPV..

jadi, berdasar kan model2 yg menerangkan ciri J-V polimer ini,
aku perlu simulasi kan characteristic nye, dan kemudian banding dengan hasil eksperimen.

ya..memang simple aje.

persoalan nye sekarang,
kenapa kerajaan negeri perak dah bergolak dan huru hara?
huh..mcm haram.
aku tak nak yab nizar letak jwtn..
aku tak nak mb baru yg dari pangkor tu..
huuh..emosi aku. jiwa pon da jadi kacau..
sekarang dah ganggu aku punya progress performance utk projek.
ape kess??

hehe.

Tuesday, February 03, 2009

lost and found

yeay.
happy.
kunci hilang dah jumpa balik.

Monday, February 02, 2009

aktiviti cuti ganti hari wilayah.

ahha..hari Isnin.
dan masih cuti.

aku kene tag ngn baby-yaya dan athirah-wanita bekerjaya..
aku taknah main2 tag nih sbnor nye..
tp layan jela.

1. Do you think you're HOT?

Aku tak HOT, aku COOL.

2. Upload your favourite picture (s) of you

3. Why do you like that picture?

sebab best mase ni..lepas exam, makan2, tgkp gambo, bsame2 milin dan anim.wee~! (oh dan jaja juge.he3)

4. When was the last time you ate pizza?

same ngan aya, 4th january. Bday ijah si gagah.

5. The last song you listened to?

Just Like a Star : Corrine Bailey Rae

6. What are you doing right now beside this?

Makan oat.

7. What name would you prefer besides yours?

takdee yg lain: hajar, kakct, kak titi, aku tak kesah pon mne2 pon boleh. jangan name carut2 sudah.

8. People I Tag:

malas aa nak pikir nak tag sape..buleh?hehe