Thursday, July 30, 2015

Panggilan yang disahut.

Pada pertengahan Disember 2014, selama kurang lebih sepuluh hari, merupakan satu tempoh yang indah buat aku. Aku dan keluarga pergi menunaikan umrah di Tanah Haram.

Sebelum bepergian, aku agak lalai dan mengambil mudah perancangan ini. Aku Cuma memikirkan untuk menyiapkan pekerjaanku sebelum berangkat. Sehinggalah empat hari sebelum berangkat (hari Khamis petang), aku mendapat panggilan dari pihak agensi menyatakan aku mungkin tidak berjaya mendapatkan visa untuk menunaikan umrah kerana dokumen yang tidak lengkap. Walhal, seluruh ahli keluarga tidak mempunyai masalah ini. Hanya aku yang keciciran. Aku rasa tertampar, perasaan bercampur-baur. Buntu.

Namun, syukur aku punya adik, keluarga dan rakan-rakan yang baik sekali. Mereka meyakinkan yang kami masih boleh lakukan sesuatu. Ibu ayah berjaya menghantar salinan dokumen melalui e-mel, malam itu juga aku, Sarah dan Nurul (housemate/labmate) berkejar ke UTC untuk pengesahan Jabatan Pendaftaran, dan selepas subuh Nurul menemani aku berlari lagi ke Wisma Putra untuk pengesahan pegawai. Wakil agensi juga sudah siap sedia di Wisma Putra untuk kemudiannya rush ke kedutaan sebelum jam 10 untuk aplikasi semula visa.

Alhamdulillah, petang hari yang sama aku mendapat tahu yang akhirnya visa aku berjaya diperoleh. Perasaan ketika itu tak dapat aku gambarkan. Sungguh-sungguh bersyukur ya Allah. Sweet kan, tengah lalai-lalai Allah uji sikit supaya kita sedar dan kembali pada Nya merayu merintih. Allahu Akbar.

Dan untuk perjalanan kami, biar gambar gambar saja yang cerita,


Kami sekeluarga. Pertama kali travel ke luar bersama sama

Najihah, Emak, Amin, Sarah dan Aku di KLIA sementara menanti waktu perlepasan.
Fikri yang sudah menjejakkan kaki ke tanah suci tahun sebelumnya, hanya menghantar kami di KLIA kali ini.

Menaiki pesawat Flynas (Arab Saudi) penerbangan catar khas untuk perjalanan haji dan umrah
Tiba di Jeddah. King Abdul Aziz International Airport (Hajj Terminal), menunggu urusan imigresen.
Ayah di dalam kawasan Masjid Nabawi.

Amin di perkuburan Baqi' 
Groufie Sarapan pagi usai subuh di Madinah. Eh, mana Najihah? hehe

Bertembung dengan rombongan anak anak kindergarten di Masjid Nabi. Comel nya!

Selepas melawat Masjid Quba', kami menemukan kurma fresh yang dicari-cari oleh mak dan ayah. Terbaik. Tak dapat ni kat Malaysia hehe.

Di kaki Jabal Uhud, Sarah leka memilih batu batu. Sarah tak berminat sama sama mendaki Bukit Memanah.


Mak dan Jiha bergambar di perkuburan para syuhada ghazwah Uhud; termasuklah bapa saudara nabi (saw), Hamzah Abdul Muttalib.

Di atas Bukit Pemanah, di mana pada perang Uhud nabi berpesan agar pemanah tidak meninggalkan posisi mereka.

Najihah dan Muhaimin.

Kami sisters, bergambar selepas mengunjungi Raudhah.

Dengan emak pulak. hehe

Dua hari sebelum meninggalkan Madinah, laluan kami ke masjid dari hotel telah ditutup untuk kerja meruntuhkan bangunan. Kamu perlu mengambil jalan yang lebih jauh dan kerja kerja meruntuh membuatkan suasana berhabuk.

Malam terakhir di Madinah, singgah di Pameran Asma ul Husna terletak bersebelahan dengan Masjid Nabi berhampiran pintu Al Aqiq dan King Saud.

Tadaaa, Jabal Rahmah!! Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.
Amin dan Jiha atas Jabal Rahmah. Punya la ramai ummat masa ni. Perlu berhati2 ketika mendaki yaa

Hakak pun nak jugak bergambar. Macam biasa, Sarah tak mau naik bukit-bukit ni.

Depan Hilton, Makkah.

Perjalanan pulang daripada Masjidil Haram. Di Makkah, hotel kami terletak agak jauh dari masjid. Golongan muda seperti aku dan adik-adik masih ok. Kasihan pada mak la, tak larat nak jalan banyak.

Pemandangan perjalanan ke tempat miqat, beginilah Arab Saudi most of it.

Singgah di Pameran 'Two Holy Mosques Architecture'. Dapatla tengok sejarah perkembangan masjidil haram dan masjid Nabi dari sudut senibina.

Hari hari akhir dalam Masjidil Haram. Sebelum iPod (sumber kamera) aku mati tak hidup2. Itulah, patut fokus beribadat, aku dok main kamera pula.

Sekian saje lah coretan yang tertangguh hampir 8 bulan ni. Ah rindu pulak rasa nya, bila tah boleh repeat lagi pi umrah dengan family. Rindu nak jalan pergi masjid subuh subuh sejukk (pasal kami pergi musim sejuk), rindu bertawaf sambil doa tu, memang lain rasanya weh.

Moga kita semua berezeki menjejak kaki lagi di Tanah Suci, inshaAllah!