Sunday, June 26, 2011

Sweetness to the spine :D

A BEAUTIFUL DAY
India Arie


Life is a journey, 
Not a destination,
There are no mistakes,
Just chances we’ve taken
Lay down your regrets cause all we have is now

Wake up in the morning
And get out of bed
Start making a mental list in my head
Of all of the things that I am grateful for

Early in the morning
It’s the dawn of a new day
New hopes new dreams new ways
I open up my eyes and
I open up my mind and
I wonder how life will surprise me today
Early in the morning
It’s the dawn of a new day
New hopes new dreams new ways
I open up my heart and
I’m gon’ do my part and
Make this a positively beautiful day

La la la la la la la la la [x3]
It’s a Beautiful Day [x3]

Life is a challenge not a competition
You can still smell the roses and be on a mission
Just take a moment to get in touch with your heart
Sometimes you feel like you’ve got something to prove


Remind yourself that there’s only one you
Just take a moment to give thanks of who you are
Early in the morning
It’s the dawn of a new day
New hopes, new dreams, new ways
I open up my eyes and
I open up my mind and
I wonder how life will surprise me today

Early in the morning
It’s the dawn of a new day
New hopes, new dreams, new ways
I open up my heart and
I’m gon’ do my part and
Make this a positively beautiful day

La la la la la la la la la [x3]
It’s a Beautiful Day [x2]

Let’s make this a wonderful
Let’s make this a powerful
Let’s make this a Beautiful Day
It’s a Beautiful Day

Life is a journey,
Not a destination,
There are no mistakes,
Just chances we’ve taken
Lay down your regrets cause all we have is now

Sunday, June 19, 2011

4 Ekor ketam di hari Ahad.

Hari minggu, hari berehat rehat di rumah.
Dan, aku berjaya mengatasi ketakutan memasak masakan bersantan..
yeay,,ketam masak lemak cili api yang sempoi


hehe random.
lepas makan, baring baring tengok felem Tamil. memang terbaik ;D

Wednesday, June 08, 2011

Bacalah. Mungkin ada baiknya tidak banyak, sedikit.

Kita semua orang biasa. Hanya hamba, langsung tak sempurna. Kita muslim ada iman. Iman kita kadang naik kadang turun. Kita ada semangat, kadang berkobar kobar, kadang kadang malap. Bila semangat kita malap, bila iman kita turun, apa cara baik kita hadapi nya?

Wanita macam aku lagilah, selalu hadapi fluctuation emosi. Jadi macam mana nak atasi? Supaya kita terus positif? Kalau kita mengadu pada manusia pasti kita dah tau respon mereka. Apa nasihat yang bakal disampaikan, tak jauh dari apa yang kita jangkakan. Sebenarnya kita sendiri memang dah tahu. kan?

Sekarang, mari figure out macam mana nak terus jadi positif secara istiqamah. Pertama tentu kita kena fokus. Punca fokus adalah pada minda. Apa yang selalu ganggu minda kita? Bila minda kita masuk kepada minda separuh sedar, kita mudah distracted. Jadi, first of first, kita kena lah latih minda mengawal minda separuh sedar.

Menurut seorang kawan yang mengingatkan aku cara nak melatih minda adalah dengan solat. Solat adalah senaman terbaik untuk minda. Kunci nya khusyuk dalam solat. Nak khusyuk dalam solat ada beberapa cara antara amalan yang boleh diamalkan (Hidup Bertaqwa, Ustaz Hj. Ismail Kamus 1993):
  1. Melaksanakan solat berjemaah (paling afdal di Masjid)
  2. Menjaga makan minum agar terjamin halal nya.
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin
  4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar/kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat
  5. Mengambil wudhu' dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat/doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.
  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan menghadap pembesar negeri.
  7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran dan membimbangkan hati
  8. Mengingatkan mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
  9. Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
  10. Memenuhi dada dengan rasa takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
  11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat ayat Quran dan segala zikir.
  12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, selawat ke atas Nabi SAW, Istighfar dan apa apa bacaan supaya dijauhi gangguan syaitan.
  13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling ketika dalam solat.
  14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
  15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku' dan sujud
  16. Memastikan tiada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.
  17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan

Boleh tahan banyak tips nye tu. Jadi, selamat beramal. Lepas kita cuba dan terus amalkan, barulah kita tahu betapa BESAR nya kesan solat terhadap kehidupan kita. Yang terutama selain mendapat kebaikan solat, jangan lupa niat sebenar ibadah ini hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Lillahi ta'ala~ :)


p.s. Jangan lupa nitip doa buat kawan yang rajin mengingatkan tu. Besar impak nye buat aku at least :)

Tuesday, June 07, 2011

Cuba kau berdoa.


Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

(Aidil - Cuba)


Thursday, June 02, 2011

Cinta dan Nikah.

Sudah dua haribulan Jun. Dua orang rakan baik fizikawan UM akan menikah hujung minggu ini. Disebabkan aku dah sibuk sibuk nervous dari hujung tahun lepas, sekarang rasa nervous tak ada lagi. Sebenarnye, bersalah juga rasanye bila perasaan nervous ni tak datang-datang. Esok Akmaliah nak bernikah ni. Lusa Siti Fairus pulak. dupdap dupdap.

Well.

Assalamualaikum ibu ibu dan bapak bapak sekalian,
Di sini saya nak buat comeback sikit setelah beberapa minggu tak berblogging. Jadi topik kita kali ini mestilah menjurus hal hal berkaitan perkahwinan ye dakk..

Sebelum hal kahwin, nak tanya sikit, anda pernah jatuh cinta? Ataukah anda pesimis tentang cinta? atau..atau..atau..Atau apa?? ahaha

Aku tak malu nak mengaku yang aku memang macam pernah jatuh. Dan aku kerap beranggapan jatuh cinta adalah taboo/terlarang. Setiap kali, aku akan sedaya upaya hapuskan. (Yeah it really takes time and tears. Pardon me, I'm just a girl). Sampailah satu hari, aku nampak Sarah B baca buku Burhan Sodiq ni, "Ya Allah, Aku jatuh cinta" mengelola cinta tanpa diselubungi dosa.

Burhan Sodiq's
Dari tajuk pon dah cukup catchy, tapi yang 'catch' aku bukan lah semata tajuk..tapi isi nya juga. Aku nak sangat ceritakan pada kamu semua ala ala review geteww, tapi bukan kat post ni..chillex~

Kesimpulan nya, buku ni dah kasi tau aku yang perasaan jatuh atau cinta itu bukanlah taboo. Cuma cara menangani perasaan tu yang boleh jadikan nya taboo. Tepuk dada tanyalah iman. Tak tahu juga, tanyalah ustaz ustazah.

Lastly,

Fairus Akmaliah dan aku di tahun kedua degree  kami.
Kepada dua orang makcik kat sebelah aku tu, semoga korang selamat bernikah dan berbahagia ke akhir nyawa. Tempuhi alam rumah tangga dengan cemerlang ;)

Dan kepada jodoh aku, gua rilek rilek je tunggu lu. kalau tak sempat jumpa, kita jumpa kat sorga ye!! :D