Tuesday, June 30, 2009

Siri Pesanan : Wanie Sudirman.

seorang kawan berpesan,

"Hajar, buat kerja elok-elok. Biar halal rezeki yang kau cari"

hari hari, pasti aku ingat pesan nya.
dan aku cuba laksana kan terhabis baik..

berusaha!
ayuh!!


Sunday, June 28, 2009

Musim Luruh di Batu Hitam

musim luruh..
bukan durian yang luruh.

hai berbunga pon tidak, inikan nak berbuah atau luruh.

daun gugur banyak. musim kering.
Najihah begitu rajin. petang petang hari sibuk menyapu daun..

hah
esok lusa gugur lagi daun tu..buat apa nak di sapu?

sebenar nya, aku balik rumah tanpa tujuan.
hanya nak balik.
hanya nak dikelilingi orang orang yang aku suka.

tapi jadi macam benda tidak berfungsi.
bila aku pulang, hanya mengadap internet, dan makan, dan tidur...oh

haih.
dalam hati, betapa aku masih berharap aku bisa menjadi penganggur dan bermalasan menjadi anak tak berfungsi di rumah...biar aku melihat semua orang membesar, menua depan mata aku..supaya aku tak terlepas..

semalam hari ulang tahun bapak,
"Selamat ke-50 tahun buat bapak~!"

dan Selasa ini, Mak pulak, "Selamat 49 tahun!!"


mak ayah steady atas tikar terbang ajaib

Saturday, June 06, 2009

Pesan Seorang Tua

"bukan soal pandai atau tidak,
bukan soal rajin atau tidak,
ini soal nak atau tak nak"

lebih kurang begitulah pesan seorang tua.
yang masih selalu terngiang ngiang dalam kepala aku..
"..soal nak atau tak nak!!"





p.s orang tua adalah Ali Imran dari lab solid.hehe

Thursday, May 28, 2009

..grrr

sejak jadi RA kat asasi nih
bosan sungguh.
bosan sebab kat lab tak dapat wifi!!
arghhh!

Thursday, May 14, 2009

Harapan Aku...

aku harap aku miliki satu impian.
biar aku boleh kejar.
biar aku berusaha.

leceh juga hidup takda expectation nih.
santai sangat.

hah..santai ok ape..

(manusia..biasalah ada aje nak dikomplen)

Saturday, May 09, 2009

Bebel sorang2

blog aku simple dan plain kan? bosan betul.
bukan tak cuba gunakan template yang hebat2 dan cantek2,
malah dah banyak kali.
tapi asyik tak puas hati..
aah takde masalah aku nak godeh2 lagi.
hati sukar di puas.
plain aje sudeyh.

*habis ilang semua pautan.maaf..akan di-link semula

p.s. ada yg sukarela nak buat kan? sarah, amacam?boleh?

Thursday, May 07, 2009

Zaman Kanak Kanak

Aku buat tag nih.
Sekarang aku dah rajin layan tag orang.
(itu pon kalau aku tau lah, aku di-tag)

1) Nyatakan siapakah yang telah mengetag anda
Hafiz tag yang ala2 tak tag..sbb kata teringin.aku buatlah.

2) Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka... Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu

Ni gambar masa umur 4-5 tahun la raser nye, sebab adik aku yg no. 4 belum lahir lagi. Gambar ni masa duduk kat kuarters kat SK Jeram. Hari2 kami balik kg mak kat sg buloh,Jeram jumpe atuk ngan nenek. Ni salah satu harila, sebelum pegi sg buloh. Aku suke gambar ni sbb mak aku muda lagi, spek dia besar gila, dan aku suke zaman ni, kami hanya ber-3. yeah!


Gambar ni gembira kan? Tgk lah gaya sarah and naim. tu pasal aku suka. Ni kat umah sg Buloh, Jeram.Ni umur dalam 6thn kot.

Gambar ni huru hara sket..hehe kene kerat la, tah terperok kt mana2 dah kotor. Ni pk (adik aku no.4) dah ada. Gambar ni best, pk gelak dengan gembira. Pikri kalau gelak (masa kecik la) memang menggeletek, dengar pon rasa nak gelak skali. Ni masa 6 tahun, sarah 5, naim 4, dan pk 1..yeay!!

Gambar sekolah rendah aku ntah mana2 ntah. Ni jela yang ada..ni masa darjah 6, kat sekolah agama. Muke aku mmg tak berubah sangat pon dari kecik. Sekolah agama best sbab masa darjah 6 bukan belajor sgt pon, sbb upkk darjah 5 kan..so aktvt bersosial dgn ustaz dan rakan2 je. Gmbar ni aku rasa cantek la sbg gmbar kamera manual yg di snap budak2. credit kpd zamri(ntah mana dak ni..ntah ujud lg ke kt kg gajah ni)

3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)

  1. Masa aku kecik smpai umur2 skolah rendah, aku ni kompleks gile, fikir banyak, klu kene marah lari dari rumah. haha ntah pape.
  2. Aku suka berimaginasi dan juga hyperaktif. Ada sekali, masa 6thn aku dah bosan2 dok di rumah, aku bayang kan dinding umah aku adalah gunung/bukit pastu aku ajak sarah,"jom kita main panjat2 gunung".haha. sah2 sarah tak nak join..Last2 aku panjat sorang2 'gunung' tu dan akhir nya jatuh, pengsan. Mak aku kelam kabut balik dari skolah (nasib rumah sejengkal). Aku sedar2 nenek Limah(pengasuh aku) tgh renjis2 air..hehe
  3. Dulu, masa dok kat Jeram, aktiviti ujung minggu aku adalah kumpul kat sg Buloh main ngan sepupu2. Aku pernah lari2 nak main nyorok2 dalam umah, lalu tetiba jatuh tersungkur dgn momentum yg amat kuat. Bergegar otak aku. Satu hari aku jadi bodoh-bodoh alang. Serius aku tak tipu. Sampai tgh malam, aku masih diam je tak macam akuu. mak aku bawak gi klinik Chua. Balik, tetiba dah elok..makcik2 aku semua tuduh aku 'auta'..tapi, serius aku bukan auta!
  4. Masa darjah 1, aku kuat main basikal. Ada sekali, aku ikut abg Arul (sepupu aku yg plg gemok dan pembuli) nak pegi umah pak ngah naik basikal. Kami ikut jalan 'bahaya' sebab nak cepat. Abg Arul dah lepas kwsn bahaya, aku masih teragak2..abg arul meyakinkan aku utk teruskan..aku pon kayuh dgn cepat2. Pap, aku masuk dalam lecah selut. sedar2 aku tak boleh bergerak! Argh aku patah kaki. Kalau lah aku ikut kata hati aku..haha
  5. Ape lagi, ha. Aku tak ingat bila masa nih tapi aku tgh jaga adik aku yg plg kecik(masa tu.Aku syak Amin) dan aku pon kecik lagi..Amin baru pandai duduk. Aku and sepupu2 main tepi parit. Aku letak amin kat tepi..sekali woop woop..pap amintergolek upside down masuk parit kecik tu. Sumpah aku rasa bersalah. Geli giler parit tu. Tapi kalau aku tak angkat amin, mati lemas pule nanti budak tu dalam parit..Aku angkat dia, lari laju2 pegi tempayan besar bersih kan apa yg patut, pastu kasi Amin kat mak...haha.pengalaman yang busuk dan klakar.
4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil
Kecik? sama je sampai sekarang..,SITI !!

5) Tag 10 kawan blog anda... Pastikan mereka jawab
Ahya, Sarah, Jijah, Saipul, Athirah, Tim dan semua yang berminat. Hah, jawab jgn tak jawab!

Sunday, May 03, 2009

Menjadi rasional dan beralah.

..kan benar kata orang,

"Patience is bitter, but its fruit is sweeet.."

Oyeah,
sabar sikit, beralah sikit..semua nye ok je.


p.s. maaf ye dunia susah kan hati kamu lagi..

Friday, May 01, 2009

Sabar, jangan marah.

Ada perkara yang membuat aku jadi nak marah.

entri ini adalah rantaian entri lepas.

aku teringin nak jerit,
"bodoh, kau sensitif menyusah kan orang tau!
ingat aku tak susah hati ke?
ingat aku gembira ke kalau sakit kan hati orang.
dah kau yang sensitif sangat, lepas tu buat orang lain tak tentu arah risau.
aku ada paper tau esok.Bodoh!!
potpet3..bla3...bebel3..(sampai 4 mukasurat maki hamun)"


tapi...,
tu dah menunjukkan rasa marah.

aku sedar yang selemah-lemah manusia, adalah yang tak dapat menahan marah nya.

mari beristighfar.
moga di ampun Allah..

ada satu hadith yg aku teringat,
itu yang buat aku sedar.
mari kita berkongsi..
(aku ambil dari buku sis Zabrina.tq sis~)

A man said to a prophet, may Allah bless him and grant him peace,
"Advice me." He said,"Do not get angry." He repeated his request several times, and the Prophet said,"Do not get angry."
(Al Bukhari)


see,
berkali2 lelaki itu meminta nasihat dari Rasulullah (SAW),namun satu je pesanan beliau. "Jangan Marah"

Jadi, aku akan cuba sekuat-kuat nya berpegang pada pesanan Rasulullah ni,
jangan cepat marah.

bersabar
bersabar
bersabar


Ada banyak lagi perasaan best kat dunia nih kan,
dahla jangan jadi kan marah teman rapat.
ceria ceria
dan memaaf kan.

lagi satu, lagi satu..nak share
ada satu quote,

"Expressing anger is a form of public littering."
- William Gaylin

ahhaha..betul kan~
ok, harap dapat pikir2 kanla..sebelom nak marah.

Bosan melayan.

Mana lebih buruk...
kecewa dengan orang kerana tidak menjadi seperti apa yang kita harapkan?
atau
kecewa dengan diri kerana tak boleh menjadi apa yang orang lain harapkan?

ya, dua2 pun buruk.tapi, mana lebih?
sebab penat jatuh ke dalam kelas yang ke-2.

Wednesday, April 29, 2009

Perkara yg di bawa usia.

makin usia bertambah,
aku makin sensitif.
sentimental
jadi pelecer
jadi cengeng


p.s :
rakan-rakan dan famili, maaf kan aku kerana mengheret kamu terlibat dalam ketidakstabilan aku ini.
terima kasih kerana mendengar, membaca dan memberi nasihat.
moga Tuhan permudah kan urusan kamu semua~

di tag oleh anak cikgu Basri

Aku slalu buat 'nohen' je klu orang tag.
tp,Yg ini aku rasa nak buat..kasi muka sikit pada Sarah.

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

"..jom pergi tempat lain"
aku dah cerita kot asal usul nye.tp xpe,bleh crite lagi...
Dalam satu fasa hidup aku, masa 3rd year aku rase sangat lemas dengan sekeliling. jadi, aku sering mengajak org pergi tmpat lain.tapi, tak pula aku tahu tempat lain tu di mana.Jadi, aku memutus untuk ciptakan ia di sini.tQ~



Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
dah mengajak ke tempat lain, tentulah link nye "tempatlain".simple~!



Apakah method penulisan dalam blog anda?
format yg aku harap kan utk aku menulis blog ini dalah sharing simple thot n mebi ponder together gak.tp, mcm byk sampah je.tak pon aktvt harian.


Pernah terase nak hapuskan blog anda?
buat apa..kalau dah benci sgt blog pon, maybe aku abandon je.



Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?
Sarah Basri adikku?ntah..okla.budak nih mmg suke menyampaikan.so seswai je..



Senaraikan orang yang akan anda TAG:
aku tag athirah, wani, dan sesiapa yg terpanggil.

Sunday, April 19, 2009

Lagi

Fall.
Jatuh.
Gugur.

tapi aku tak tewas.

(merepek apa ni?Layan..)