Thursday, May 07, 2009

Zaman Kanak Kanak

Aku buat tag nih.
Sekarang aku dah rajin layan tag orang.
(itu pon kalau aku tau lah, aku di-tag)

1) Nyatakan siapakah yang telah mengetag anda
Hafiz tag yang ala2 tak tag..sbb kata teringin.aku buatlah.

2) Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka... Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu

Ni gambar masa umur 4-5 tahun la raser nye, sebab adik aku yg no. 4 belum lahir lagi. Gambar ni masa duduk kat kuarters kat SK Jeram. Hari2 kami balik kg mak kat sg buloh,Jeram jumpe atuk ngan nenek. Ni salah satu harila, sebelum pegi sg buloh. Aku suke gambar ni sbb mak aku muda lagi, spek dia besar gila, dan aku suke zaman ni, kami hanya ber-3. yeah!


Gambar ni gembira kan? Tgk lah gaya sarah and naim. tu pasal aku suka. Ni kat umah sg Buloh, Jeram.Ni umur dalam 6thn kot.

Gambar ni huru hara sket..hehe kene kerat la, tah terperok kt mana2 dah kotor. Ni pk (adik aku no.4) dah ada. Gambar ni best, pk gelak dengan gembira. Pikri kalau gelak (masa kecik la) memang menggeletek, dengar pon rasa nak gelak skali. Ni masa 6 tahun, sarah 5, naim 4, dan pk 1..yeay!!

Gambar sekolah rendah aku ntah mana2 ntah. Ni jela yang ada..ni masa darjah 6, kat sekolah agama. Muke aku mmg tak berubah sangat pon dari kecik. Sekolah agama best sbab masa darjah 6 bukan belajor sgt pon, sbb upkk darjah 5 kan..so aktvt bersosial dgn ustaz dan rakan2 je. Gmbar ni aku rasa cantek la sbg gmbar kamera manual yg di snap budak2. credit kpd zamri(ntah mana dak ni..ntah ujud lg ke kt kg gajah ni)

3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)

  1. Masa aku kecik smpai umur2 skolah rendah, aku ni kompleks gile, fikir banyak, klu kene marah lari dari rumah. haha ntah pape.
  2. Aku suka berimaginasi dan juga hyperaktif. Ada sekali, masa 6thn aku dah bosan2 dok di rumah, aku bayang kan dinding umah aku adalah gunung/bukit pastu aku ajak sarah,"jom kita main panjat2 gunung".haha. sah2 sarah tak nak join..Last2 aku panjat sorang2 'gunung' tu dan akhir nya jatuh, pengsan. Mak aku kelam kabut balik dari skolah (nasib rumah sejengkal). Aku sedar2 nenek Limah(pengasuh aku) tgh renjis2 air..hehe
  3. Dulu, masa dok kat Jeram, aktiviti ujung minggu aku adalah kumpul kat sg Buloh main ngan sepupu2. Aku pernah lari2 nak main nyorok2 dalam umah, lalu tetiba jatuh tersungkur dgn momentum yg amat kuat. Bergegar otak aku. Satu hari aku jadi bodoh-bodoh alang. Serius aku tak tipu. Sampai tgh malam, aku masih diam je tak macam akuu. mak aku bawak gi klinik Chua. Balik, tetiba dah elok..makcik2 aku semua tuduh aku 'auta'..tapi, serius aku bukan auta!
  4. Masa darjah 1, aku kuat main basikal. Ada sekali, aku ikut abg Arul (sepupu aku yg plg gemok dan pembuli) nak pegi umah pak ngah naik basikal. Kami ikut jalan 'bahaya' sebab nak cepat. Abg Arul dah lepas kwsn bahaya, aku masih teragak2..abg arul meyakinkan aku utk teruskan..aku pon kayuh dgn cepat2. Pap, aku masuk dalam lecah selut. sedar2 aku tak boleh bergerak! Argh aku patah kaki. Kalau lah aku ikut kata hati aku..haha
  5. Ape lagi, ha. Aku tak ingat bila masa nih tapi aku tgh jaga adik aku yg plg kecik(masa tu.Aku syak Amin) dan aku pon kecik lagi..Amin baru pandai duduk. Aku and sepupu2 main tepi parit. Aku letak amin kat tepi..sekali woop woop..pap amintergolek upside down masuk parit kecik tu. Sumpah aku rasa bersalah. Geli giler parit tu. Tapi kalau aku tak angkat amin, mati lemas pule nanti budak tu dalam parit..Aku angkat dia, lari laju2 pegi tempayan besar bersih kan apa yg patut, pastu kasi Amin kat mak...haha.pengalaman yang busuk dan klakar.
4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil
Kecik? sama je sampai sekarang..,SITI !!

5) Tag 10 kawan blog anda... Pastikan mereka jawab
Ahya, Sarah, Jijah, Saipul, Athirah, Tim dan semua yang berminat. Hah, jawab jgn tak jawab!

2 comments:

Merentas Horizon said...

times comes and goes.heh!kenapa kamu tag saya,zaman hitam dol kanak2 dlu..haih

Ahya said...

sayu rasenye...
sbb tenet aku tgh sempit skunk...blom boley jwb tag kamu...
ekekeke :P