Monday, July 21, 2014

Doploh satu, doploh lapan.

Dua puluh satu haribulan Julai adalah tarikh hari lahir aku dalam kiraan tahun masehi. Sekitar jam lapan pagi di satu hospital di bandar Klang, 28 tahun lalu adalah hari pertama buat pasangan cikgu Basri dan teacher Miskiah menjadi mak dan ayah.

Apapun, terima kasih kepada dua orang tua ku; melahirkan dan membesarkan aku dengan cukup baik sekali. Aku begitu bersyukur dilahirkan menjadi anak kalian!

Alhamdulillah.

Gambar: Raya, Ogos 2012

Friday, July 18, 2014

Merenung renung.

Sesungguh nya 2014 adalah satu lagi tahun yang saya tak perasan pun akan kehadirannya, sedar-sedar saya sudah pun berada pada suku yang ke-3. Jika dikira, pada bulan Mei yang lalu genaplah 10 tahun saya berada di Universiti Malaya sejak mendaftar di Pusat Asasi Sains pada Mei 2004. Kecuali pada 2009-2010, saya menghabiskan lebih kurang satu tahun di Perak. Bekerja dan menganggur :D

Tahun 2014 ni, macam macam yang terjadi pada Malaysia khususnya. Awal bulan Mac kita dikejutkan dengan berita pesawat MH370 yang hilang dari radar dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sehingga kini, tiada berita tentang kemana sebenarnya hilang pesawat tersebut, pelbagai spekulasi dibuat namun masih tiada petunjuk. Tak cukup itu, MAS sekali lagi diuji minggu ini apabila pesawat MH017 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pula ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, langsung mengorbankan hampir 300 orang nyawa. Hai betapa besarnya ujian! Kedua-dua nya melibatkan kapal terbang Boeing 777. Pastilah ada hikmah dan pengajaran daripada kejadian-kejadian ini. Sesungguhnya tiada Allah menguji kita pada apa yang tidak mampu kita menanggungnya. Takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal.

MH Boeing-777 (google image)

Sepanjang Julai ini, ummat Islam keseluruhannya meraikan bulan Ramadhan. Dalam pada kita menyambut ramadhan dengan berpuasa dan beribadat sebanyak yang mungkin, saudara-saudara kita di Palestine, Syria, Iraq dan lain lain diuiji dengan peperangan. Di Gaza sehingga kini, tak habis-habis dibedil dengan bom-bom daripada Israel, tak cukup itu hari ini Israel melancarkan serangan darat, udara dan semua arahlah. Tapi, rakyat Gaza tak mudah menyerah. Malah terus berjuang dan bertahan. Dari jauh, ada perasaan yang tak dapat aku ungkapkan sedihnya, sakitnya hati, tapi lebih sakit bila fikir tak tahu nak buat apa untuk hentikan kekejaman, kebatilan ni. Apapun, kene yakin dengan kuasa doa, pertolongan Allah. Juga, teruslah memboikot produk-produk yang menyumbang kepada Israel.

Himpunan Solidariti Gaza
(sumber: FB Aqsa Syarif)

Himpunan Solidariti Gaza
(sumber: FB Aqsa Syarif)

*Luahan perasaan malam 21 Ramadhan.

Thursday, July 17, 2014

10 tips untuk tulis tesis laju laju

Kerana telah berniat untuk APAD, hari ini saya akan kongsikan sedikit tips yang saya kira mungkin membantu pelajar pelajar seperti saya untuk menulis tesis dengan segera:

1.  Pilih bila nak mula
Perlu buat keputusan, bila kita nak mula menulis. Pertamanya, kena set tarikh bila kita akan berhenti buat kerja-kerja penyelidikan dan sungguh sungguh tulis tesis. Mungkin beri anda masa sekurangnya 3 bulan untuk habiskan kerja-kerja yang anda perlu buat. Tarikh perlu mutlak, jika tidak kerja anda tidak akan pernah selesai.

Anda tidak akan pernah dapat selesaikan segalanya dalam senarai kerja(to-do-list) anda, tetapi ia membebaskan anda bila anda terimanya sebagai benar. Dengan menetapkan tarikh akhir untuk selesaikan kerja penyelidikan anda, ini dapat membantu anda lebih fokus kepada tugas-tugas yang paling menambah nilai kepada tesis anda.

2.  Bila nak habis/berhenti
Selain bila nak mula, masa bila untuk kita berhenti/siap menulis juga perlulah ditetapkan (paling ideal adalah dalam tempoh 3 bulan selepas mula menulis tesis). Bayangkan jika anda bertangguh, anda kerugian $5000 setiap bulan (memandangkan anda tiada sumber pendapatan dan juga masa lapang)

Jika anda tidak fikir anda tidak mungkin dapat menulis tesis dalam masa tersebut (stuck), tulis segala sebab kenapa tidak dan tanya kembali diri anda adakah ia mustahil atau hanya sukar.

3.  Tetapkan mini-deadlines untuk setiap bab
Semestinya anda telah mempunyai idea kasar bagaimana isi kandungan tesis anda (contohnya tajuk bab dan lain lain). Jadi, set tarikh akhir bila anda perlu habiskan setiap bab tersebut. Tarikh-tarikh ini perlu ketat (contoh 2 minggu satu bab) supaya anda tidak tangguh tangguh sampai esok.

Tarikh-tarikh ini juga perlulah disetujui bersama dengan penyelia anda, supaya dia boleh menjangka bila dia perlu mengulas/semak (review) setiap bab. (barulah dapat maklumbalas segera daripada kakitangan akademik yang sibuk). Juga perlulah menetapkan perjumpaan dengan penyelia untuk penyemakan setiap bab itu, sebagai contoh jika anda hantar satu bab pada hari Jumaat, tetapkan satu perjumpaan pada Rabu depannya.

4.  Tetapkan sasaran-sasaran mudah setiap hari
Bertekad untuk menulis 500 perkataan sehari. Nampak macam tak banyak, tapi maksudnya anda boleh capai sasaran anda dan mungkin mengalahkan sasaran anda setiap hari. Jika sasaran yang terlalu besar ditetapkan, anda mungkin akan sering tersasar dan menyebabkan semngat anda menjadi rapuh dan runtuh.

Buat satu 'word grid' dan tampal dihadapan meja anda, isikan ia dengan jumlah perkataan harian anda supaya anda dapat lihat progres dan produktiviti anda. Mesti seronok kalau makin hari makin banyak!

5.  Ciptakan suasana yang selesa, dan tiada gangguan
Jika anda ada pilihan, menulislah dari rumah. Ia kurang gangguan jika dibandingkan dengan di pejabat. Nak lebih ideal, bekerja dengan tanpa capaian internet, tapi jika tidak mampu hanya matikan notifikasi-notifikasi email dan juga ruang sembang.

Tetapkan paparan monitor anda pada aras mata, atau jika tidak anda akan sengsara sakit tengkuk dan sakit belakang. Jika anda menggunakan komputer riba, sebolehnya sambungkanlah ia dengan monitor dan papan kekunci luar. Tak berbaloi rasanya, sakit-sakit yang perlu ditanggung.

6.  Hanya hidupkan komputer bila anda benar-benar tahu spesifik apa kerja yang anda nak buat.

7.  Cek email sekurang-kurangnya selepas anda bekerja selama 2 jam.
Sebenar nya, tak perlu pun. Email bukanlah satu bentuk komunikasi yang mendesak malah ia merupakan sumber gangguan(distraction) paling besar dunia pekerjaan zaman moden. Ia juga merupakan langkah pertama kepada pusingan penangguhan-kerja, dengan alasan anda rasa wajar untuk menyemak email bila anda distracted.

8.  Bekerja 25 minit dalam satu-satu masa
Gunakan penetap masa, bekerja secara intensif dalam masa 25 minit dalam sesuatu perkara, kemudian ambil masa 5 minit untuk berehat. Dalam masa 5 minit itu, jauhkan diri daripada komputer; minum kopi ke, buat regangan ke, apa sajalah kecuali internet. Selepas 4 pusingan 25-minit (iaitu dalam 2 jam), ambil masa rehat yang lebih panjang.

Apabila otak anda cuba-cuba untuk mengganggu tumpuan anda, fikir semula; anda hanya perlu habiskan 25 minit itu, ia lebih baik daripada anda habiskan satu hari untuk tumpukan perhatian. Ambil kesempatan daripada tahap tumpuan semulajadi otak anda. Jika tiba-tiba anda terfikir ada perkara lain anda perlu lakukan, tuliskan ia dahulu dan sambung dengan kerja yang anda sedang lakukan.

9.  Jauhkan komputer, jika anda tidak bekerja.
Kebanyakan orang akan fikir ini adalah satu cabaran. Namun, cuba anda ciptakan satu binary state. Ia adalah sama ada anda bekerja atau anda tidak bekerja. Tiada istilah ditengah-tengah antaranya. Jika anda berjaya lakukannya, akhirnya pasti anda dapati anda kurang menghabiskan masa depan komputer tetapi lebih banyak kerja yang dapat disiapkan.

10.  Jaga diri

Elok-elok lah terhadap diri anda; jaga makan, tidur yang cukup dan bersosial. Jika anda mengikuti tips2 di atas ianya lebih mudah, kerana anda akan ada masa lain untuk perkara yang lebih anda seronok lakukan.


(sumber: Top 10 tips for fast writing thesis)

Saya ambil tips² ini dari satu laman web yang lain, seperti pautan yang saya sertakan. Menulis semula dengan terjemahan daripada sumber asal membantu saya membaca isi kandungan-nya lebih baik. Jadi apa lagi, mari cuba lakukannya! Semoga berjaya!



p.s. Cubaan menterjemah. Adakala, saya sendiri pun kurang faham.

Wednesday, July 16, 2014

Biskut lemau cicah kopi.

Setelah lebih setahun meninggalkan blog, saya masih tidak mampu menggilap kemampuan menulis saya. Namun pada hari ini, saya menyedari saya perlu menulis, demi masa depan tesis saya. Lagi pula, bagaimana nak menggilap jika tidak dilatih. Betul tak? Sama lah juga bagaimana nak dapatkan sagu jika tak dipecahkan ruyungnya? Oh itu lebih sinonim dengan man jadda wa jada.

Tambahan lagi, rakan rakan yang mendaftar sama semester dengan saya kebanyakan nya sudah siap menulis tesis penyelidikan mereka. Adakala, saya berasa sungguh rendah diri dan langsung tidak beryakin mampu melaksanakannya. Namun perasaan itu tiada pula terpancar pada wajah atau kata kata atau tingkahlaku. hanya di dalam hati. Saya cuba melawannya. Ye saya cuba.

Awal bulan September 2014, semester baru akan bermula dan akan membawa saya kepada semester ke-enam saya mengejar ijazah sarjana. Sudah pastilah semangat pun semakin luntur bila terlalu lama, bagai biskut kering yang lama disimpan tak dimakan. Lemau dan tengik. Nak dibuat cicah kopi pun tak berapa nak sedap.

Pendek kata nak disimpulkan, ye saya perlukan latihan. Latihan menulis. Jadi bila saya dapat menulis lebih lancar, harap akan dapatlah membantu kelancaran penulisan tesis juga, seterusnya saya boleh mengakhiri pengajian saya dengan segera, dan mengejar cita cita saya yang lain, dan berfokus mencari jodoh. Ye, betul tu. Oleh itu, a post a day!! APAD!!

Sekian, terima kasih.