Biskut lemau cicah kopi.

Setelah lebih setahun meninggalkan blog, saya masih tidak mampu menggilap kemampuan menulis saya. Namun pada hari ini, saya menyedari saya perlu menulis, demi masa depan tesis saya. Lagi pula, bagaimana nak menggilap jika tidak dilatih. Betul tak? Sama lah juga bagaimana nak dapatkan sagu jika tak dipecahkan ruyungnya? Oh itu lebih sinonim dengan man jadda wa jada.

Tambahan lagi, rakan rakan yang mendaftar sama semester dengan saya kebanyakan nya sudah siap menulis tesis penyelidikan mereka. Adakala, saya berasa sungguh rendah diri dan langsung tidak beryakin mampu melaksanakannya. Namun perasaan itu tiada pula terpancar pada wajah atau kata kata atau tingkahlaku. hanya di dalam hati. Saya cuba melawannya. Ye saya cuba.

Awal bulan September 2014, semester baru akan bermula dan akan membawa saya kepada semester ke-enam saya mengejar ijazah sarjana. Sudah pastilah semangat pun semakin luntur bila terlalu lama, bagai biskut kering yang lama disimpan tak dimakan. Lemau dan tengik. Nak dibuat cicah kopi pun tak berapa nak sedap.

Pendek kata nak disimpulkan, ye saya perlukan latihan. Latihan menulis. Jadi bila saya dapat menulis lebih lancar, harap akan dapatlah membantu kelancaran penulisan tesis juga, seterusnya saya boleh mengakhiri pengajian saya dengan segera, dan mengejar cita cita saya yang lain, dan berfokus mencari jodoh. Ye, betul tu. Oleh itu, a post a day!! APAD!!

Sekian, terima kasih.


Comments

gua harap.. ia tak jadi a post a year. da byk kes gua nampak jadi macam tu.
This comment has been removed by the author.
Hajar B said…
hahaha harap gua tak lupa
Ahya said…
Weyh...nak tulis blog tp tak de modal juga. Ni gaya baru habis writing ni. Karang tetibe aku buat seketul blog-tesis plak, boleh? LOL.

Mungkin sebab sejak akhir2 ni tak produktif. -.-"

Popular posts from this blog

Laluan Sutera dan Otoyomegatari

Titik akhir dimane?