Sunday, May 30, 2010

Laluan Sutera dan Otoyomegatari

Kecik kecik dulu sebelum sekolah, aku sebenar nya suka Sejarah..suka sangat dengar/tengok cerita² yang ada historical value...contohnye, apa ye..ah, penting ke contoh? aku dah lupe kot.

Sejak akhir akhir ni suka pulak aku bercerita ye.. hehehe..ni nama nye pengaruh blog awek awek tempoh hari. hehe. By the way, kalau dulu belajar sejarah tentu ingat Laluan Sutera kan, well aku tak ingat sebenar nya. so, aku pun google² lah dulu (ahaha google is our best friend). Laluan Sutera ni adalah dulu merupakan laluan buat pedagang-pedagang pergi berdagang (bukan bergadang) melalui jalan darat, merentasi timur dan barat..dari China, Afghan, Iran, Iraq sampai lah ke laut Mediterranean. Laluan sepanjang lebih 7 ribu kilometer ni lah juga jalan sutera dibawa dari China ke Eropah..tu pasal Laluan Sutera kan.

Laluan Sutera (Silk Road)

Ok, sebenar nye aku bukan nak cerita pasal laluan sutera pun..tapi nak mereview satu komik aku baru2 ni dah jatuh cinta sangat. Tajuknya, Otoyomegatari. Penulis&artisnya adalah Kaoru Mori. Cerita ni setting dia dekat this Silk Road lah yang aku dok merapu kat atas tadi.. so, aku budget antara orang Monggol+Parsi+maybe Arab..

Otoyomegatari

Secara ringas cerita; watak utama Amira (aku syak monggol/arab badwi) umur 20 kawen dengan budak lelaki umur 12 (ini pulak aku syak Parsi/Afghan/arab). Pastu adalah drama2 keluarga sket dalam komik ni, cam biasa..lagi pun komik ni masih on going, tak boleh lah nak cerita abis pun.
Amira back horse riding.

Famili mertua

Aku kagum dan jatuh cinta bukan apa, macam mana Kaoru ni study dengan detail buat cerita ni..takdela macam tipikal komik jepun, sikit2 cerita pasal percintaan budak sekolah..tak pun cerita lawan2, yang hero dia mesti entah apa2 ala2 lembik, bodoh2 tapi kuat..(ok, sbnr nye byk gak yg aku minat. lol). History+Culture yang dipamerkan sgt berbeza lah kan dgn jepun..ukiran, skill berburu, tenunan...semua nye agak memuaskan hati aku tengok lukisan tu..so, thumbs up!!

Ukiran seorang pakcik

Tenunan/tekatan kaum wanita setempat

Kalau ini dibuat animasi, kompem aku carik..ok Kaoru tahniah, saya menggolongkan anda in my must-buy list..untuk komik&animasi anda kelak..seiring dengan Hayao Miyazaki and Studio Ghibli punya cerita..hehe :)

p.s. komik ni buat aku berperasaan nak ke tempat&masa yang lain. dan, kepada kalian yang tak berapa soul dengan komik2 ni, layankan jelah ekkk...hihihi

4 comments:

Ahya said...

aku mmg tak brape soul dgn komik2 nih skarang so aku sdg layankan je ni.
lol :P

Hajar B said...

keh keh keh....
saje je. ni nak lengkapkan 8 post bulan ni..

*pastu siap anto notification kat kawan2..lagi mengada kan? LOL

Anonymous said...

Wahhh ini click-baik, saya mahu tahu tentang Laluan Sutera!
Hahaha
Aku fikir tadi kau mahu cerita pasa impian utk mengembara dgn TransSiberia.. huhu :P

Anonymous said...

Oh ini aku; Wani