Di kampong Gajah lagi.
Apa yang aku suka tentang duduk di rumah bersama family aku adalah hati aku sedikit tenang dan aktiviti sosial juga terkawal. Walau pun rumah aku secara fizikal nya adalah huru hara dan tak secantik rumah rumah orang lain, tapi I’m very much contented with the ‘roh’ dalam rumah ini. Sejak dari kecil, ayah memang biasakan kami dengar ceramah/kuliah agama, asal bukak radio mesti ceramah. Jadi, walau pun bukan dengan niat kami nak dengar, tapi kini sudah jadi kebiasaan. Bak kata orang, “Fake it until you make it”. Jadi, bila secara tak langsung kita dengar, kita akan jadi berfikir, dan secara tak langsung juga mendidik minda.
So seperti pagi pagi yang biasa, hari ini radio yang terpasang ada motivasi sikit cerita hari ini lebih baik dari semalam. Cliché pada tajuk, tapi apakah hari kita lebih baik dari semalam? Dan apa yang menangkap otak aku adalah satu quote, “..orang yahudi tak akan pernah takut dengan muslim, kecuali apabila jumlah jemaah solat subuhnya bersamaan dengan jumlah jemaah Solat Jumaat”. Ini menunjukkan betapa pentingnya bagaimana pagi kita dimulakan akan menentukan kejayaan hari kita.
Menurut pakar pakar motivasi juga, 10 minit pertama dalam pagi semua orang adalah waktu paling kritikal untuk menentukan kejayaan hari. Semestinya perlu melakukan aktiviti aktiviti yang positif dalam tempoh ini. Dan bila kita kembali semula pada ajaran agama, tentu kita akan berjaya kan? Well, semua orang pun tahu. Nak buat tu yang susah. So, ayuh semua, fight!!
1 comment:
akak suka kalimat ini 'Fake it until you make it' hehhe....
Post a Comment