Sunday, May 30, 2010

Laluan Sutera dan Otoyomegatari

Kecik kecik dulu sebelum sekolah, aku sebenar nya suka Sejarah..suka sangat dengar/tengok cerita² yang ada historical value...contohnye, apa ye..ah, penting ke contoh? aku dah lupe kot.

Sejak akhir akhir ni suka pulak aku bercerita ye.. hehehe..ni nama nye pengaruh blog awek awek tempoh hari. hehe. By the way, kalau dulu belajar sejarah tentu ingat Laluan Sutera kan, well aku tak ingat sebenar nya. so, aku pun google² lah dulu (ahaha google is our best friend). Laluan Sutera ni adalah dulu merupakan laluan buat pedagang-pedagang pergi berdagang (bukan bergadang) melalui jalan darat, merentasi timur dan barat..dari China, Afghan, Iran, Iraq sampai lah ke laut Mediterranean. Laluan sepanjang lebih 7 ribu kilometer ni lah juga jalan sutera dibawa dari China ke Eropah..tu pasal Laluan Sutera kan.

Laluan Sutera (Silk Road)

Ok, sebenar nye aku bukan nak cerita pasal laluan sutera pun..tapi nak mereview satu komik aku baru2 ni dah jatuh cinta sangat. Tajuknya, Otoyomegatari. Penulis&artisnya adalah Kaoru Mori. Cerita ni setting dia dekat this Silk Road lah yang aku dok merapu kat atas tadi.. so, aku budget antara orang Monggol+Parsi+maybe Arab..

Otoyomegatari

Secara ringas cerita; watak utama Amira (aku syak monggol/arab badwi) umur 20 kawen dengan budak lelaki umur 12 (ini pulak aku syak Parsi/Afghan/arab). Pastu adalah drama2 keluarga sket dalam komik ni, cam biasa..lagi pun komik ni masih on going, tak boleh lah nak cerita abis pun.
Amira back horse riding.

Famili mertua

Aku kagum dan jatuh cinta bukan apa, macam mana Kaoru ni study dengan detail buat cerita ni..takdela macam tipikal komik jepun, sikit2 cerita pasal percintaan budak sekolah..tak pun cerita lawan2, yang hero dia mesti entah apa2 ala2 lembik, bodoh2 tapi kuat..(ok, sbnr nye byk gak yg aku minat. lol). History+Culture yang dipamerkan sgt berbeza lah kan dgn jepun..ukiran, skill berburu, tenunan...semua nye agak memuaskan hati aku tengok lukisan tu..so, thumbs up!!

Ukiran seorang pakcik

Tenunan/tekatan kaum wanita setempat

Kalau ini dibuat animasi, kompem aku carik..ok Kaoru tahniah, saya menggolongkan anda in my must-buy list..untuk komik&animasi anda kelak..seiring dengan Hayao Miyazaki and Studio Ghibli punya cerita..hehe :)

p.s. komik ni buat aku berperasaan nak ke tempat&masa yang lain. dan, kepada kalian yang tak berapa soul dengan komik2 ni, layankan jelah ekkk...hihihi

Friday, May 28, 2010

Perkara udang juga boleh jadi inspiratif.

Hari ni ade mood nak bercerita. Walau pun aku tau, aku tak pandai bercerita pasal ayat aku kompem keling...ah, pedulikan. layann~

Malam tadi, lepas penat bertarung di Bookworm Adventure lepak jap tengok tv ngan mak. Mak pastu nye cerita, sebelum tu dia tengok Panorama kat tv1, ada cerita pasal orang ternak udang..ceritanya, orang ternak udang ni ade le buat eksperimen sikit, dia try pasang satu speaker orang ngaji ayat quran kat kolam udang dia. Surprisingly, kolam yang paling dekat dengan speaker dimana ayat2 Quran ni bekumandang mempunyai udang2 yang lebih cepat membesar berbanding kolam2 yang lain.. Penjelasan nya di situ, udang2 ni tenang dan tidak stress, jadi deme cepat le besorr. Pastu penternak ni pasang le speaker banyak banyak ke semua kolam kolam dia..Nah, ternyata benar..udang udang nya cepat besar.

Walau pun cerita nye ringkas je dari mak..dan bagi setengah setengah orang, yeah it's common thing bla bla bla whatsoever..tapi, ini buat aku merefleks diri.. Hmmm, udang2 pun jadi hilang stress dengar ayat ayat suci. Manusia yang ada akal ni, apatah lagi kan..Hmmm lagi pula, aku pun selalu runsing dan gundah gulana.. entah-entah, sebab aku banyak lagho..main tenet, main game..

Pastu sedar, barulah teringat nak pasang ayat2 ngaji Quran dan zikir2 time tidur..wah ternyata, bangkit pagi ni awal plus segar lagi!! Perasaan nye macam, tidur nyaman..tapi tak adelah terlampau nyenyak sampai susah nak bangun macam hari hari biasa yang selalu subuh gajah (huhuuu)..Awal la sikit, tambahan hati senang dan tenang je..so, baguslah untuk memulakan hari dengan semangat positif.

ngee :D

jadi, mari mulakan hari!! ikou ikou yo!!

Thursday, May 27, 2010

Takde sape pon suruh kau buat blog....lol

alamak canerr ni?
canerr ni?
setiap bulan in 2010 record aku ada la 8 posts..

alamak canerr nih?

ok ni yang ke-6 untuk May.
:P !!!



*dah takde idea sangat la tuh.. ihiks!

Wednesday, May 26, 2010

Awek awek sangat comel

aku tak tahu la nak kata lame ke ape..
tapi aku baru kenal Hanis Zalikha..
keh3.

aku tgh blog hopping,
then rasa macam 'cara' plak layan blog awek awek nih..
biasala aku, semua jenis blog aku enjoy je.

(tapi blog news2 or iklan2 belum terasa enjoy lagi la..)

ooops berbalik blog awek2 td, so sesiapa ada blog awek yg emo2 ke..yang korang kata tipikal awek ke..marilah share. aku gembira nak membaca :D


p.s: siaplah Azim(jiran aku dulu), pasni aku kompem jadi gades2 la..kau xleh nak kata aku kekeliruan jantina dah.

Monday, May 24, 2010

Biasalah perempuan mak nenek suka membebel

macam mana nak cerita ye..
adeh,

(monolog dalaman mula)
nak buat master, tapi satu apa pon tak tahu..
tak reti reti ke nak baca jurnal?
siti hajar, siti hajar...
kemon kemon.
sekarang kau sorang sorang nih,
bertarunglah lawan nafsu malas.

ok aku sendiri mau paksa kamu,
sila buat research proposal yang baru,
proposal yang pandai sikit, okayy??

tolong lah take it serious..boleh tak?
ish ku debik gak kang budak nih!!

(monolog dalaman tamat)

Friday, May 21, 2010

Langkah menjadi perlahan.

Hari ini hari Jumaat, Jumaat di mana semalam aku begitu rindukan kampung halaman walaupun baru minggu sudah aku pulang. Dan bagai kimia ia bertindak, bertalu talu ajakan adik adik di rumah agar aku pulang saja ke kampung..(laa, dah macam aku ni lari dari rumah la pulak kan..hehe). Secara jujur, aku memang tak tahu mana yang terbaik buat aku, aku hanya mengikut arus(okay ini tentang future, bukan decision untuk balik kampung or not to baik.haha)...

Kalau aku boleh memilih untuk menyalahkan sesiapa atas ke-stuck-an hidup aku ni. Satu nama yang confirm akan aku sebut adalah Norhana Yahya. Tapi apa ada guna blame orang, kita still tersekat kan. so just move on. Lagi pun aku cukup rasa bersyukur sebab Norhana (Nana) ni jugak lah aku berjumpa orang orang yang indah dan amazing (Azliza Ahmad dan Poppy Puspitasari terutamanya). Subhanallah~ :)

Sekarang, aku memilih untuk mulakan hidup yang lain seorang diri. Lone ranger.

Cuma bila bergerak sendiri, motivasi dan disiplin diri yang tinggi sangat diperlukan..dan bila aku tidak berdisiplin..langkah aku jadi terlalu perlahan, lalu aku hilang motivasi dan keyakinan untuk terus bergerak, lalu aku mula berfikiran negatif dari semua sudut.

Oh, ini sungguh tidak bagus. dan bagi aku, ini masa yang terbaik untuk pulang ke kampung! hahaha...cakap banyak, kabo jela nak balik kampung, duit dah kering..

Tuesday, May 11, 2010

sunrise?? its almost 9 already maa..

selalu nye kan,
perkara perkara yang kita takut amat amat,
yang kita terlalu nerves-kan dan risau akan terjadi,
dorang tak akan terjadi.

jadi, jangan lah risau sangat kan
hehe

tapi kalau kita rilek sangat, tak risau mende, and didnt prepare for the worst.
nah, masa ni la pulak pelbagai bencana datang kan.
well..uncertainty. unexpected.

so lepak lepak sudah. enjoy the day.
jangan lupa menikmati hari ini
bila asyik fikirkan esok,
bila asyik terkenang semalam.
cheer bebeh!!

(saje je nak membebel pagi pagi ginih..bebudak ni takde ke rasa nak bangun sarapan ke? ayyark tidur pagi2 nanti rejeki kene patuk ayam)

Monday, May 03, 2010

Blurr

I dont know what am I doing here.

Back in KL, again.

mode: lost.