Fikiran melayang. terbang dah jauh. bila nak balik ?
kerja belum siap. boss sudah kejar
kita lari, terbang lagi, melayang.
Fikiran melayang. terbang dah jauh. bila nak balik ?
kerja belum siap. boss sudah kejar
kita lari, terbang lagi, melayang.
Tahun ini genap sudah 10 tahun aku menjadi ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi di Universiti Malaya. Ramai yang tak percaya aku masih agak aktif dengan kelas silat. Aku pula tak ada sebab nak tinggal kan kelas silat ni. Selagi ada masa, tenaga, dan semangat, aku cuba sumbangkan apa yang mampu. Tak dinafikan memasuki tempoh pandemik, kelas seni bela diri agak sukar dan mencabar untuk dilaksanakan. Tak pernah terfikir suatu hari nanti kelas silat dijalankan secara maya, dan kita hanya mengajar dan belajar melalui skrin. Namun, ini lah pilihan yang kita ada dalam mematuhi SOP norma baru.
Januari 2011 adalah permulaan aku terjebak dengan kelas Silat Cekak Hanafi hasil ajakan Ragib (LDMRC), bersama-sama yang turut serta adalah Shahino (LDMRC) dan Rahim (Engine). Penyertaan tahun tu cuma 3 orang, dua lelaki dan seorang wanita (aku la tu), jadi kebanyakan masa aku hanya bersilat secara bayang kerana tiada pasangan silat. Tenaga pengajar kelas UM masa tu aku ingat lagi ada Ragib, Abang Yus (Yusdisyam), dan Abang Azmi, Abang Azwan pula penyelia kelas.
Silat cekak ni terkenal dengan silat yang cepat; selain gerakan yang pantas, silibus nya juga boleh dihabiskan dengan cepat di mana dalam masa 7 bulan sahaja boleh tamat. Pembelajaran silat terbahagi dua, gerak fizikal dan pengisian spiritual (tauhid/agama). Mengikut pengalaman aku, part pengisian ni sikit-sikit je diajar dalam kelas sebab kebanyakan penuntut sekarang memang dah biasa dengan ajaran dan amalan Islam berbanding dengan mula-mula silat ini diwujudkan sekitar tahun 1965. Antara tujuan silat ini juga untuk menghapuskan amalan-amalan khurafat dan tahyul dalam seni bela diri silat Melayu/Nusantara.
Pengalaman aku belajar silat ni, sebenar nya tak mudah juga bila mengambil kira aku ni jenis susah nak laraskan pergerakan, ditambah pula tiada pasangan wanita; pergerakan terbatas, lambat nampak seni dalam setiap gerakan, jadi ada masa-masa nya memang jatuh semangat; rasa nak nangis, rasa nak mogok tak mau hadir kelas. Membandingkan pula diri ini dengan Shahino yang sangat pick-up dengan gerakan seni bela diri, aku ni hanya ikan di laut dalam. So, macam tu lah semangat mula-mula memang naik turun. Tapi syukur, aku bertahan dan habiskan silibus silat. Motivasi aku masa tu sebab tak ada jurulatih wanita yang tetap di kelas UM. Biarlah aku habiskan, mana tau nanti ada ramai penuntut wanita ikut serta, bolehla aku tolong-tolong kelas.
Dua-tiga keping gambar kenangan menyertai Kejohanan Wajadiri Nasional:
Kudoakan hanya kebaikan buat kamu
Biarpun kamu memilih untuk hilang, dan hapuskan jejak-jejak.
Moga kita jumpa lagi.
My atok-atok.
Maternal was Yunus, and paternal was named Baharin. Although tok Baharin was here longer for me (d. 1999) than tok Yunus (d. 1997), I could not recall any memory with tok Baharin, I feel like I don't know tok Baharin much. I feel guilty a bit cause I'm his first grandchild. While Tok Yunus, I lived near him in my early years, remember him as a fit, strong and hardworking old man. Sometime I miss him.
May Allah have mercy on our loved ones that have passed, and reunite us with them in Jannah.
Amin.