Hi, lama tak jumpa. Semua ok ke tu?
Mana nak jangka kan geng, tahun 2020 begini jadi nya. Bulan demi bulan hilang dalam letusan wabak pandemik Covid-19. Dalam kita sama-sama menormalisasi kan diri dengan norma baru ni, mesti rindu juga kan nak kembara atau travel ke luar?
Sama-sama kita doa dan usaha lah semana boleh, moga wabak ni berlalu jua. Jadi, nak mengubat kerinduan berjalan kemana-mana ni, kita nak buat imbauan dalam bentuk catatan sikit lah. Japan Koyo Trip 2019. Ye aku tau, lama betul tak menulis di sini..biarlah sekadar catatan, mana tau tua nanti lupa apa, boleh baca balik. hehe.
Baiklah, bermula sejak sekolah menengah, aku dan sahabat aku Odie Mardhiah memanglah peminat setia animasi-animasi terbitan Studio Ghibli (contoh terkenal: Spirited Away, Howl's Moving Castle ). Sekian lama kami memasang cita-cita untuk ke Muzium Ghibli di Mitaka Tokyo, akhirnya kami putuskan 2019 adalah tahun untuk kami tunaikan mimpi zaman persekolahan. Terujanya! Tambahan pula Odie belum lagi menjejak kaki ke Jepun, jadi kami merancang untuk berpergian di musim luruh selama 10 hari, berkelana dari Tokyo ke Osaka mencari Sophie, Totoro dan daun merah kuning.
Ayuh, mari!
Perjalanan dimulai Rabu 20 November 2019, jam 2 petang macam tu. Penerbangan ke Haneda mengambil masa dalam 7 jam lebih. Memandangkan waktu ketibaan dah lewat, kami hanya bermalam di Haneda Airport. Susah juga nak lelap sebenar nya, tapi layan jela, asalkan boleh rest sikit sebelum hari esoknya nak pergi Muzium Ghibli. Terujanya!
|
Ready? 10 hari punya pack.
|
|
Odie Mardhiah dan saya taking off
|
|
safely landed, dan cari port nak lelap.
|
Sekarang ni di Jepun, dah banyak kemudahan untuk Muslim. Ada surau di sana sini, alhamdulillah memudahkan kami nak solat dengan selesa. Lepas subuh, kami pun bersiap-siap lah teruskan perjalan, beli tiket dan pass apa yang patut. Kami menuju ke Kichijoji St. yang mengambil masa dalam sejam perjalanan dari Haneda Airport. Selepas melompat2 train dan bertembung peak hour karyawan kantor pergi kerja, akhirnya kami pun sampai di Kichijoji. Nice juga kichijoji ni, kita pi cari kedai kopi dulu sarap. |
Muka excited bercampur cuak nak menempuh train.
Kichijoji Station.
|
Tiket masuk Muzium Ghibli kami beli daripada Klook beberapa bulan sebelum ke sini, mahal sikit la tapi kami taknak gamble, biasanya dah sold-out sebulan dua sebelum tarikh nak lawat. Tiket from klook ni ada provide tour guide; dari Kichijoji ni pergi ke Inokashira Park, then baru masuk Muzium Ghibli.
|
Berjalan ke Inokashira Park.
|
|
tasik dalam taman Inokashira
|
|
Odie dan gopro nya. Apa je di-rekod tu?
|
|
Mestilah teruja, excited dan sebagainya |
|
Menung luhhh.
|
Dalam Muzium Ghibli, kita tak dibenarkan merakam video atau mengambil gambar. Jadi hanya merakam dalam memori kepala dan hati je. Boleh rujuk map di bawah ni untuk mendapat gambaran sedikit sebanyak macam mana, binaan muzium. Kami mulakan tour muzium kami dengan menonton tayangan harian di Saturn Theater. Lupa dah tajuk nya apa, tapi semua in Japanese and no subs, but you still can enjoy the animation I guarantee you. I remember ada pakcik Porco Rosso dalam wayang tu.
Muzium Ghibli punya konsep yang tersendiri, boleh baca idea yang Hayao Miyazaki harapkan
di sini.
|
(Gambar dari internet) |
|
(Gambar dari internet)
|
Pun begitu, jika kita berada di luar bangunan, bolehlah merakam gambar atau video sebagai kenang-kenangan. Contoh nya Robot Laputa yang dibina dalam kawasan taman atas bumbung.
|
Robot Laputa dan kami.
|
|
Yang ni, tak ingat lah dalam cerita apa. Terrace ni macam kedai topi Sophie dalam Howl's Moving Castle.
|
|
Ada cafe.
|
|
Ok habis. Masa untuk cari tempat tidur kita, perjalanan jauh lagi ke Kumagaya.
|
Sesiapa yang biasa dengan aku tau, tak mudah untuk aku teruja. Ternyata melihat lakaran dan lukisan proses penghasilan karya-karya studio Ghibli ni buat kan aku betul-betul teruja, rasa nak menangis di situ juga. Syukur sangat diizinkan Allah diberi rezeki dapat jejak ke sini. Kalau ada peluang memang nak datang lagi. Baik, kita berhenti di sini dulu, nanti ada semangat aku tulis lagi hehe.
1 comment:
Tak sangka kita survive 10 hari. To be honest this trip memang best trip aku pernah buat. Aku tak fikir pasal kerja, enjoy jalan2 pergi kedai Ghibli etc. Thank you hajar b for the sweet memory. Sayu. Eh! No Regret untuk trip yang tak dapat buat this year sebab last year trip Jepun ni memang best. TIll next trip pulak!
Post a Comment