Monday, March 05, 2018

Musim yang berlalu

Adakah dikau punya mimpi?

Dalam diri aku yang lebih muda, sering aku yakin bahawa aku tiada mimpi.
Ketiadaan mimpi mimpi membuatkan aku sering hilang dalam kehidupan.
Tiada arah, tidak tahu makna yang perlu dicari.

Sesat.
Termenung.

Tahun dan musim berlalu, aku hanya mengikut arus perlahan.
Sekali lagi aku temukan kehidupan yang kaku.

Kaku.
Termenung.

Aku fikir, mungkin aku bukanlah tiada mimpi.
Aku hanya malas.

Mengusahakan mimpi jadi kenyataan adalah satu usaha keras.
Jatuh, gagal, dan rasa kecewa dalam mengerjakan mimpi adalah lumrah.
Dan aku fikir, tak punya tenaga untuk semua itu.
Aku terlalu malas.




p.s. Maaflah, lagu ni takde kaitan. Maafkan aku.

2 comments:

Merentas Horizon said...

Tiada Arah Jodoh Kita. Macam tu ke? hahaha. welcome back! Jumpa lagi 4 tahun.

Hajar B said...

Cet. baik punya jumpa lagi 4 tahun haha