Tuesday, September 04, 2012

ربّ اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي

*translation: Ya Allah jadikan aku dan zuriatku mendirikan solat

Saat memikirkan kemajuan pekerjaan aku, research dan pelajaran, hari hari membuatkan aku tidak tenang bagaikan Kassim (Faradyable's Tidak Tenang) yang tak tenang terhadap Rosli pondan. Serba tak kena.

Aku paling kagum dengan bapa aku. Setiap masa aku rasa dia sangat bertenang orangnya. Aku tanya kepada seluruh ahli rumah apa mereka semua merasa perasaan yang sama saat nak menempuh hari Isnin terutamanya. Terkecuali bapa, semua orang lain sama sahaja tidak tenang.

Well, aku pun terfikir fikir apalah amalan bapak aku yang buat dia selalu tenang. Dari apa yang aku nampak, selain seorang yang penyabar dan selalu bersangka baik, bapak aku ni paling menjaga solat. Dia akan solat sejurus masuk waktu dan boleh dikata hampir setiap waktu berjemaah di masjid. Even sedang bermusafir, masuk sahaja waktu dia mesti nak singgah masjid berhampiran walaupun masih sempat solat jika dah sampai di destinasi. Oh bapakku.



So, apa lagi Hajar B. Jagalah solat mu!!

Macam post kali lepas "Pay attention to God, and He will pay attention to you"

;)


No comments: