Ada masa masa, kita rasa kita tak ada harapan. Perasaan macam layang layang putus tali, tak tahu mana nak pergi. Lalu, lebih menyakitkan bila berasa tiada siapa lagi di dunia ini yang akan percaya akan kita. Tiada siapa lagi yang menghargai kerja kerja kita.
Well, itu hanya fikiran fikiran yang tak boleh dipakai. Hanya merosakkan keyakinan diri. Fikirkan balik, perlu ke mengejar penerimaan manusia, kepercayaan manusia? Bukankah ia sungguh menekan bila kita mengejar susatu daripada manusia? mengharapkan sesuatu dari manusia? penerimaan? penghargaan? At the end, does it matter?
Memikirkan semula tujuan asal kita datang ke dunia... Manusia itu keturunan Adam yang asal nya datang dari syurga. Turun ke bumi dan berjanji.
Tidakkah kita mahu pulang ke sana (syurga) juga akhir nanti? Jadi, ingatkan balik tujuan kita diturun ke dunia, ingatkan balik perjanjian kita di "qalu bala". All that matter is our creator, Allah s.w.t.. Apa pun kita lakukan di dunia ini, carilah keredhaan nya. moga akhir nanti kita bertemu pengakhiran yang baik. Jangan berharap apa apa dari manusia, mereka tak ada apa apa yang nak kita perlukan.
No comments:
Post a Comment