Wednesday, June 08, 2011

Bacalah. Mungkin ada baiknya tidak banyak, sedikit.

Kita semua orang biasa. Hanya hamba, langsung tak sempurna. Kita muslim ada iman. Iman kita kadang naik kadang turun. Kita ada semangat, kadang berkobar kobar, kadang kadang malap. Bila semangat kita malap, bila iman kita turun, apa cara baik kita hadapi nya?

Wanita macam aku lagilah, selalu hadapi fluctuation emosi. Jadi macam mana nak atasi? Supaya kita terus positif? Kalau kita mengadu pada manusia pasti kita dah tau respon mereka. Apa nasihat yang bakal disampaikan, tak jauh dari apa yang kita jangkakan. Sebenarnya kita sendiri memang dah tahu. kan?

Sekarang, mari figure out macam mana nak terus jadi positif secara istiqamah. Pertama tentu kita kena fokus. Punca fokus adalah pada minda. Apa yang selalu ganggu minda kita? Bila minda kita masuk kepada minda separuh sedar, kita mudah distracted. Jadi, first of first, kita kena lah latih minda mengawal minda separuh sedar.

Salah satu cara nak melatih minda adalah dengan solat. Solat adalah senaman terbaik untuk minda. Kunci nya khusyuk dalam solat. Nak khusyuk dalam solat ada beberapa cara antara amalan yang boleh diamalkan (Hidup Bertaqwa, Ustaz Hj. Ismail Kamus 1993):
  1. Melaksanakan solat berjemaah (paling afdal di Masjid)
  2. Menjaga makan minum agar terjamin halal nya.
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin
  4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar/kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat
  5. Mengambil wudhu' dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat/doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.
  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan menghadap pembesar negeri.
  7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran dan membimbangkan hati
  8. Mengingatkan mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
  9. Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
  10. Memenuhi dada dengan rasa takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
  11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat ayat Quran dan segala zikir.
  12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, selawat ke atas Nabi SAW, Istighfar dan apa apa bacaan supaya dijauhi gangguan syaitan.
  13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling ketika dalam solat.
  14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
  15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku' dan sujud
  16. Memastikan tiada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.
  17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan

Boleh tahan banyak tips nye tu. Jadi, selamat beramal. Lepas kita cuba dan terus amalkan, barulah kita tahu betapa BESAR nya kesan solat terhadap kehidupan kita. Yang terutama selain mendapat kebaikan solat, jangan lupa niat sebenar ibadah ini hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Lillahi ta'ala~ :)



1 comment:

Ahya said...

like this! eh, sye tukar site lg. hehe. :D