Tuesday, November 30, 2010

Shifted

I need to look back.
Cari balik motif.
Kerana aku sudah highly distracted dengan environment

loading 2%..
loading 5%..
loading 13%..
load  i nng 342134351826..

connection ERROR. please retry later.

pfft!!
(aku tau, tajuk aku selalu tak selari. ada aku kesah?haha)

**************************************************************

oh ya, Faiz dah kahwen. Nah gambar..



Faiz member sekelas aku form 1-5.
Tahniah!

Friday, November 19, 2010

Buat kakak ku Poppy Puspitasari =)


Seorang lagi kakak ku nak menikah.
Sedih sebab aku tak akan dapat menghadiri walimahnya di tanah Jawa.
Terlalu jauh dan butuh pembiayaan agak besar.

Namun tak mengapa mbak,
Cukuplah saya cuma nitip doa nya ya..
Saya doakan segalanya berjalan lancar, 
Saya doakan yang baik baik buat kakak, keluarga akak dan bakal keluarga akak.

Dan semalam bagus sekali.
Dapat juga berjumpa dengan kakakku yang comel ini untuk merisik khabar..
Walau pun cuma sekejap, malah di hostel sahaja,
Saya cukup senang mendengar cerita akak dan pertemuan dengan bakal suami.

Langsung berfikir..
Kita kahwin bukan sebab pangkat, harta, rupa atau umur..bukan juga sebab kita jatuh cinta, tapi kita kahwin sebab dah jodoh..hehehe..Begitulah kalau dah rezeki, kalau dah jodoh, tak ke mana; Allah tentu permudahkan jalan..=)

Jadi buat yang belum ketemuan, chill bebeh, dan terus berusaha. Adalah tu nanti. hehe

Dan pada yang yang sudah berpacaran* jangan lebih² sangat pulak. Kalau si pasangan bukan jodoh kamu? Tak ke ralit nanti kalau dah serahkan segala gala? Hahaha! (oopss ter-evil)






p.s. *pacaran/dating bukanlah anjuran agama Islam kita. Ayat di atas bukan lah bermakna aku menghalalkannya :P

p.p.s terima kasih juga buat adikku Sarah B. sebab temankan pergi UTP semalam! Arigatou!!

p.p.p.s. DOT!!! Susah nya nak jumpa kamu!! Rindu!

Wednesday, November 17, 2010

Konflik teknologi..pffftt

Saya suspek, wireless notebook saya rosak.
Sudahlah saya beli router semalam, masih tak berjaya setup.
Berpeluh peluh, sampai wireless saya pun terjejas.

Huh, harap harap apa yang saya suspek ni salah.
Kalau tak, hancur lah hati saya.
Ini pun dah remuk kemik kemik.

Tapi takpelah, kalau dah nasib saya..nak buat camnerr.
Mari kita ber-happy, bersyukur dengan banyak lagi benda lain yang kita masih miliki. Contoh nya, ni ethernet connection masih baik..chill bebeh.
Susah2 amik je external wireless.


Ok? Better dear?? heee :D

Oh, btw..Selamat Hari Raya Eiduladha y'all !!! :)

Tuesday, November 16, 2010

Q&A diri sendiri. Haha

Banyak benda yang kita suka tangguh tangguh.

Sebab apa kita tangguh ye?

Apa kita risau terburu buru melaksanakannya?
Atau apa kita tengah tunggu saat yang terbaik?

Bagaimana kalau saat terbaik adalah sekarang?
Macam mana kita nak tau?

Bagaimana kalau kita dah pun terlepas saat terbaik?
Macam mana kita nak tau?

:(


Chill Hajar B,
Usaha saja yang terbaik, diturut dengan doa dan tawakal.
Percaya takdir akan bawa kita,
Ke jalan yang sangat paling terbaik.(ta'kid 3kali tu!)
Percayalah dan yakinlah pada Perancang Agung.

:)

Thursday, November 11, 2010

Perempuan perempuan dalam hidup saya, terima kasih!

Last time pulang ke kampung,
I supposedly had felt down.
Cuma ini down pasal perkara yang berulang banyak kali.
Jadi, saya cuba halang diri dari perasaan down.
:)

To my mum Miskiah Y.,
Mak, maafkan Siti tak pandai cari duit. Tapi mak please yakin dengan jalan Siti pilih ni ye mak. Doa dipermudahkan, dan dimurahkan rezeki buat Siti. Moga mak juga dilapangkan hati dan dikurnia kesihatan tubuh badan.

To my sis Sarah B.,
Thanks untuk semua support(dan sponsor) kau. hehe. Akak doa rezeki kau dimurahkan, hidup kau dipermudah, dan kau dapat gigi cantek nanti..hehe perlu ke?

Lastly to myself,
Hoi rajin sikit! haha.

















p.s. perempuan kecil, Najihah B. please la makan banyak biar besar sikit. hehe

Wednesday, November 10, 2010

שטויות.crap.karut

Sebelum terjatuh, biar aku kukuhkan pegangan.
Sebelum terjatuh, baik aku jauhkan longkang.
Sebelum terjatuh, baik aku terjun tasik je.

tasik?
Jom jogging petang ni!

Monday, November 08, 2010

Puisi ganti lagu, bila idea ber-blog makin tumpul

Pagi pagi hari,
malam malam hari,
aku selalu terdengar puisi A. Samad Said.
Paling selalu aku bertembung, adalah 'Tetamu Senja'.


Namun pagi ini 'Jika' benar benar menangkap,
Mari..


Jika
Jika bukit menjadi gunung 
Gunung menyuburi rimba 
Jika sakit mendorong menung 
Menung meransang dewasa 
Lorong hidup banyak cabarnya

Jika rakit menjadi kapal 
Kapal meningkat bahtera 
Jika bangkit melawan gagal 
Gagal membibit hemah 
Landas hidup banyak tuahnya

(sajak Jika, karya A. Samad Said, dari antologi Rindu Ibu)
tambah audio pulak..kasi feel lebih. :)

Thursday, November 04, 2010

Jangan takut buat silap, selagi kita belajar daripada nya..

Agak lame tapi better late than never right?
Semalam aku baru kenal Prof Dr Muhaya.


Terinspirasi rasa nya.
Sampai lab, terus youtube-ing cari beliau.
Nicest!


Lastly sedikit suntikan semangat,


"Success is not being better than someone else, but success is becoming better than you were yesterday"


"Nothing is a failure, everything is a lesson in life"


ok, till next time..

*secara kebetulan ke apa, kenapa lecturer² perubatan UKM mcm best best ek?..hehe :P