Tuesday, March 24, 2009

kata orang, 'Sharing is Caring'


"barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawaqal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"

Ayat Seribu Dinar


Sunday, March 22, 2009

_____________(aje maleh nak ubuh tajuk)

walau bizi yang ter amat,
sempat lagi ber-siar siar di jaringan.
dan aku temu satu syair.aku nak kongsi bersama kalian,

La Takhaf wa la tahzan...

Jika ini ketentuanMu,
ku coba tabahkan hatiku,
karena pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu...
karena ku manusia biasa,
tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya...
apakah rahsianya..
hidup ini terus berputar,
tiada masa untuk lengah,
tiada masa untuk patah,

ku kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
ku salutkan bersama doa tulus suci,
karena doa itu tersimpan satu kekuatanku,
kekuatan dari yang Empunya segalanya...

dan pastinya dunia bukan milikku sendiri,
untukku atur segalanya,
karena yang takdir itu mengatasi tadbir...
tadbir dari manusia yang lemah,
takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

ku simpan segala pahit dan duka,
dalam surat kehidupan ini,
yang penuh sirat pengajaran...

di sebalik yang terjadi
pasti ada yang terjanji
termateri sesuatu yang pasti
jika kau ridho ketentuan Ilahi...

~

alangkah banyak jalan keluar yang datang selepas rasa putus asa dan betapa
banyak kegembiraan datang selepas kesusahan. Siapa yang berbaik sangka kepada
Penguasa 'Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah
pohon berduri..

''...inna nasrolLahi qorib''2:214
Amiin.. Bi iznilLah Ya ILAHI...

pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang
tiada batasannnya...

Irhamna Ya Allah, Faghfirlana Ya Allah...

orang gila completed.

aku orang gila.
tak pandai.
tapi nak buat kerja orang2 pandai.
seperti buat projek teori..


sekarang, aku orang gila.
aku tak pandai.malah, gila.

Wednesday, March 11, 2009

.jom.

susah bukan, kalau kita nak nak merubah satu dunia...

susah juga bukan, kalau kita nak merubah manusia..

tapi kita boleh ubah diri sendiri.




ya, mulakan dari situ...
kepada yang lebih baik, semua!!

Saturday, March 07, 2009

eksperimen tentang cita2, harapan dan persoalan.*^%@#$??

*amaran.post ini adalah satu eksperimen*

aku nak terbang macam kertas
melayang dan jatuh bebas
melayang layang
tapi akhir nya jatuh pulak ke tanah dipijak orang
ayyark

aku nak jadi terminator
yang boleh jadi cecair
aku nak melekat kat dinding2
hilang
orang tak nampak
hmmm
tapi tak seronok pula melekat ke dinding
apa kejadah nye tak boleh bergerak2

terpikir nak jadi debu-debu
memang dah lama
tu cita2
dah jadi basi..
tapi, kalaulah jadi debu
aku jadi atom2 yang bercerai
dan bukan dalam satu unit makhluk
abis kat mana letak nya 'aku'?
huh

abis nak jadi apa?
bosan sangat ke jadi manusia?

hehe
menaip dalam keadaan mata kejap pejam, kejap buka. sebenar nya ini satu eksperimen yang dicetus perasaan ingin tahu, apa akan jadi kalau aku tulis blog dalam keadaan terlampau mamai nak tidur.

apa macam? suka post keadaan normal kah? mamai kah?

Thursday, March 05, 2009

Setelah sedar, apa yang kau buat?

anxiety.
lost.
aku hilang kepercayaan pada diri sendiri.
hilang hampir secara total.
aku rasa terumbang ambing tiada panduan.
aku rasa aku tak akan berjaya.

aku lupa.aku manusia, aku selalu lupa.
aku lalai, aku lalai dan lupa.
alpa. leka dengan dunia

aku lupa
pada Pencipta Agung, yang Maha kasih dan sayang.
lupa nak berdoa dan memohon..lupa yg aku lemah tanpa Nya.

melihat belakang, aku jadi sedar punca keresahan hati aku.
keseliratan kepala..ke-fluctuate-an emosi.
semua kerana kekosongan 'itu'.
makanan jiwa.