Wednesday, September 30, 2009

Amin punya cita cita



kekuatan aku utk terus di sini adalah famili aku!

Hari ni nak cerita pasal cita cita Amin sang simple people,

aku pernah tanya, "min, agak agak kalau ko da besar ape kerja kau nak buat hah?"

Amin jawab,"Mekanik kot..sebab kalau kerja kontrak (buruh kasar) letih tengah panas"

huhuuuu, touching tak touching?
dua tu aje pilihan kerja si Amin..



Khabar angin tak elok.


Salam alaik, dan selamat pagi.
Aku baik baik hari ini, apa macam kalian?


(cewahhh, wat wat stail pengacara tv plak)


Aku dan Dot bersama Kakliza (or kak Lijong)

Di sini (utp n perak) semua bagus kecuali ada satu perkara.
Iaitu, khabar angin.

Khabar angin yang menakutkan, bahawa aku dalam bahaya. Dot juga.
Patut kah aku percaya khabar angin?
Sumber nya agak meyakinkan..

Sudah,
baik aku tanya Tuhan, apa betul pilihan aku untuk di sini terus..?


Bersama kak Poppy yang lucu dan seronok


Stail menang pilihan raya!

p.s apa kata kalian? Harus aku stay or leave??

Friday, September 25, 2009

Raya datang, bukan main lagi aku.


Sebelum raya, konon konon tak rasa cam nak raya la kan..

hahah..
ni dah ape kes, ari ari aku pegi beraya.
Hampir satu perak dah aku pusing.

Kelmarin ke Bota dan Ipoh.
Hari ni pusing ke Chenderong Balai, pastu Manjung.

Hah, memang terbaikk.
Hajat aku nak beraya sakan memang termakbul.
ha ha ha


Di Open House Farhana Yusuf. (Bota)


Di Rumah Ijah. (Chenderong Balai)

Bersama Tim dan sunflower yang ceria. (Manjung)


Open House Mr. Pijatt. (Manjung)


Budak budak sekolah Bota yg hadir. (Manjung)

Friday, September 18, 2009

Macam tak sambut raya je gaya aku nih.

Sekarang waktu kerja.

Tapi aku haram tak tahu nak buat kerja apa.

Dot pulak banyak kerja,,tak boleh nak sama sama melayan bosan.

UTP nih dah macam tinggal aku ngan Dot je kat sini.

Aku memang dah nak mati kutu nih.

Kalau balik, rumah pon takde orang.

Mak, ayah dan adik2 dah balik kg, amik sarah..

tunggu

tunggu

tunggu lagi

hah.., dah hampir jam 4.

boleh siap siap nak balik nih.

p.s. eh eh, luse raya..

       Selamat Hari Raya semua.

       Maaf aku setiap salah perilaku dan perkataan.

Sunday, September 13, 2009

Indah ke Ahad kalian?

Pagi ini dengan kelajuan terminima mungkin,
sambil layan Frou Frou, Details.
menuju UTP lagi.
bosan sungguh.
Ahad yg indah terpaksa dikorban.


demmit.

Sunday, September 06, 2009

Hari ini Ahad, semua orang tahu.

Pagi ini tak bermule dgn baik.
sangat memengantukkan.
aku cadang nak ke KL, esok nak settle kan urusan tutor/demo/claim kat pasum..

tapi, macam biasa..malas gilerr!

semalam, aku ber-ym dgn seorang kwn lame ms f1-f3.
dia bekas budak utp...sembang2, aku dah jadi tak sedap lak dgn keje aku skrg.

huhuuu.
tapi aku yakin dgn jalan and rezeki nih,
kalau dah rezeki, mnta Allah mudah kan jalan dan lindungi aku.
Ameen.

meh letak video satu.
Lagu Sami Yusuf, OST Jejak Rasul 15 yang enak tuuh..



Saturday, September 05, 2009

Sunday, August 30, 2009

Tenang, kembali ke kampung halaman.

Nasib kita siapa yang tahu kan..

aku betul betul bingung, namun sangat bersyukurr.

dalam masa 2 hari dan langsung tak dijangka...aku dah kerja kat UTP.jadi RO.

dan kali ini aku lebih semangat.
sekarang, simulation kembali.
menggunakan MATLAB lagi..
tapi bidang Seabed Logging pule,,(still related to layers and flow.sikit2 la kait ngn OLED dulu)

kalian, please pray for me.
All the best.

untuk kalian juga, selamat berjaya!

p.s. rakan rakan geologist, bisa lah kira nye memberi tunjuk ajar?

Wednesday, August 26, 2009

Sama tak sempurna

menjadi manusia itu memang penuh dengan kekurangan.
kau, aku, dia dan mereka. semua ada kekurangan..
kita semua sama.

jadi, mengapalah membuang masa memandang keburukan sahaja.
marilah menikmati keindahan yang ada pada setiap satu makhluk.
semoga hati hati kita semua menjadi indah juga.
inshaAllah.

p.s. maaf kan aku kerana segala kekurangan aku, juga maafkan aku bila hanya memandang keburukkan kamu.maaf.

Sunday, August 23, 2009

Menagih lempangan agak nye

dah masuk 3 ramadhan,
aku masih di kg Gajah.

...

tolong lempang aku, weih.
ape pasal masa depan aku nih masih kabur kabur?
buat la decision Hajarr!!!!

...

dah 3 bulan kat asasi,
aku dah makin selesa ngn Dr Sabirin,
aku nak sambung master. betul.

p.s. tolong aku buat proposal dan cari duit.

Saturday, August 15, 2009

Abaikan, dunia. Aku hanya meluah.

she is
fun to be with.
sweet.
care.
honest.

but i hate one thing,
touching any issue bout her S.
she will be extra sensitive..

sorry..i never hate your S.
but a lil disappointment, babe.

p.s. i still love you.

Wednesday, August 12, 2009

Mahu lari dari dunia atau diri sendiri?

hari ini perasaan jom-pergi-tempat-lain datang lagi.

aku terlalu muak dengan sekeliling aku.
aku mahu ke tempat yang aku tak lihat mereka yang biasa aku lihat.
aku muak
aku muak
aku muak.

dunia, aku tak salahkan kamu.
tapi cuma muak dengan manusia seperti aku.

Saturday, August 01, 2009

Berhenti kamu.


Dalam aku, ada kejahatan merebak.

Dibiar aku,
menjadi pembenci hari hari.

Dibiar aku,
menjadi 'monster' suatu hari nanti.


Hentikan aku, tolong.
Aku mahu jadi,
'Sweet-Hajar'


p.s sweet kan, aku? yeah.