Thursday, July 17, 2014

10 tips untuk tulis tesis laju laju

Kerana telah berniat untuk APAD, hari ini saya akan kongsikan sedikit tips yang saya kira mungkin membantu pelajar pelajar seperti saya untuk menulis tesis dengan segera:

1.  Pilih bila nak mula
Perlu buat keputusan, bila kita nak mula menulis. Pertamanya, kena set tarikh bila kita akan berhenti buat kerja-kerja penyelidikan dan sungguh sungguh tulis tesis. Mungkin beri anda masa sekurangnya 3 bulan untuk habiskan kerja-kerja yang anda perlu buat. Tarikh perlu mutlak, jika tidak kerja anda tidak akan pernah selesai.

Anda tidak akan pernah dapat selesaikan segalanya dalam senarai kerja(to-do-list) anda, tetapi ia membebaskan anda bila anda terimanya sebagai benar. Dengan menetapkan tarikh akhir untuk selesaikan kerja penyelidikan anda, ini dapat membantu anda lebih fokus kepada tugas-tugas yang paling menambah nilai kepada tesis anda.

2.  Bila nak habis/berhenti
Selain bila nak mula, masa bila untuk kita berhenti/siap menulis juga perlulah ditetapkan (paling ideal adalah dalam tempoh 3 bulan selepas mula menulis tesis). Bayangkan jika anda bertangguh, anda kerugian $5000 setiap bulan (memandangkan anda tiada sumber pendapatan dan juga masa lapang)

Jika anda tidak fikir anda tidak mungkin dapat menulis tesis dalam masa tersebut (stuck), tulis segala sebab kenapa tidak dan tanya kembali diri anda adakah ia mustahil atau hanya sukar.

3.  Tetapkan mini-deadlines untuk setiap bab
Semestinya anda telah mempunyai idea kasar bagaimana isi kandungan tesis anda (contohnya tajuk bab dan lain lain). Jadi, set tarikh akhir bila anda perlu habiskan setiap bab tersebut. Tarikh-tarikh ini perlu ketat (contoh 2 minggu satu bab) supaya anda tidak tangguh tangguh sampai esok.

Tarikh-tarikh ini juga perlulah disetujui bersama dengan penyelia anda, supaya dia boleh menjangka bila dia perlu mengulas/semak (review) setiap bab. (barulah dapat maklumbalas segera daripada kakitangan akademik yang sibuk). Juga perlulah menetapkan perjumpaan dengan penyelia untuk penyemakan setiap bab itu, sebagai contoh jika anda hantar satu bab pada hari Jumaat, tetapkan satu perjumpaan pada Rabu depannya.

4.  Tetapkan sasaran-sasaran mudah setiap hari
Bertekad untuk menulis 500 perkataan sehari. Nampak macam tak banyak, tapi maksudnya anda boleh capai sasaran anda dan mungkin mengalahkan sasaran anda setiap hari. Jika sasaran yang terlalu besar ditetapkan, anda mungkin akan sering tersasar dan menyebabkan semngat anda menjadi rapuh dan runtuh.

Buat satu 'word grid' dan tampal dihadapan meja anda, isikan ia dengan jumlah perkataan harian anda supaya anda dapat lihat progres dan produktiviti anda. Mesti seronok kalau makin hari makin banyak!

5.  Ciptakan suasana yang selesa, dan tiada gangguan
Jika anda ada pilihan, menulislah dari rumah. Ia kurang gangguan jika dibandingkan dengan di pejabat. Nak lebih ideal, bekerja dengan tanpa capaian internet, tapi jika tidak mampu hanya matikan notifikasi-notifikasi email dan juga ruang sembang.

Tetapkan paparan monitor anda pada aras mata, atau jika tidak anda akan sengsara sakit tengkuk dan sakit belakang. Jika anda menggunakan komputer riba, sebolehnya sambungkanlah ia dengan monitor dan papan kekunci luar. Tak berbaloi rasanya, sakit-sakit yang perlu ditanggung.

6.  Hanya hidupkan komputer bila anda benar-benar tahu spesifik apa kerja yang anda nak buat.

7.  Cek email sekurang-kurangnya selepas anda bekerja selama 2 jam.
Sebenar nya, tak perlu pun. Email bukanlah satu bentuk komunikasi yang mendesak malah ia merupakan sumber gangguan(distraction) paling besar dunia pekerjaan zaman moden. Ia juga merupakan langkah pertama kepada pusingan penangguhan-kerja, dengan alasan anda rasa wajar untuk menyemak email bila anda distracted.

8.  Bekerja 25 minit dalam satu-satu masa
Gunakan penetap masa, bekerja secara intensif dalam masa 25 minit dalam sesuatu perkara, kemudian ambil masa 5 minit untuk berehat. Dalam masa 5 minit itu, jauhkan diri daripada komputer; minum kopi ke, buat regangan ke, apa sajalah kecuali internet. Selepas 4 pusingan 25-minit (iaitu dalam 2 jam), ambil masa rehat yang lebih panjang.

Apabila otak anda cuba-cuba untuk mengganggu tumpuan anda, fikir semula; anda hanya perlu habiskan 25 minit itu, ia lebih baik daripada anda habiskan satu hari untuk tumpukan perhatian. Ambil kesempatan daripada tahap tumpuan semulajadi otak anda. Jika tiba-tiba anda terfikir ada perkara lain anda perlu lakukan, tuliskan ia dahulu dan sambung dengan kerja yang anda sedang lakukan.

9.  Jauhkan komputer, jika anda tidak bekerja.
Kebanyakan orang akan fikir ini adalah satu cabaran. Namun, cuba anda ciptakan satu binary state. Ia adalah sama ada anda bekerja atau anda tidak bekerja. Tiada istilah ditengah-tengah antaranya. Jika anda berjaya lakukannya, akhirnya pasti anda dapati anda kurang menghabiskan masa depan komputer tetapi lebih banyak kerja yang dapat disiapkan.

10.  Jaga diri

Elok-elok lah terhadap diri anda; jaga makan, tidur yang cukup dan bersosial. Jika anda mengikuti tips2 di atas ianya lebih mudah, kerana anda akan ada masa lain untuk perkara yang lebih anda seronok lakukan.


(sumber: Top 10 tips for fast writing thesis)

Saya ambil tips² ini dari satu laman web yang lain, seperti pautan yang saya sertakan. Menulis semula dengan terjemahan daripada sumber asal membantu saya membaca isi kandungan-nya lebih baik. Jadi apa lagi, mari cuba lakukannya! Semoga berjaya!



p.s. Cubaan menterjemah. Adakala, saya sendiri pun kurang faham.

Wednesday, July 16, 2014

Biskut lemau cicah kopi.

Setelah lebih setahun meninggalkan blog, saya masih tidak mampu menggilap kemampuan menulis saya. Namun pada hari ini, saya menyedari saya perlu menulis, demi masa depan tesis saya. Lagi pula, bagaimana nak menggilap jika tidak dilatih. Betul tak? Sama lah juga bagaimana nak dapatkan sagu jika tak dipecahkan ruyungnya? Oh itu lebih sinonim dengan man jadda wa jada.

Tambahan lagi, rakan rakan yang mendaftar sama semester dengan saya kebanyakan nya sudah siap menulis tesis penyelidikan mereka. Adakala, saya berasa sungguh rendah diri dan langsung tidak beryakin mampu melaksanakannya. Namun perasaan itu tiada pula terpancar pada wajah atau kata kata atau tingkahlaku. hanya di dalam hati. Saya cuba melawannya. Ye saya cuba.

Awal bulan September 2014, semester baru akan bermula dan akan membawa saya kepada semester ke-enam saya mengejar ijazah sarjana. Sudah pastilah semangat pun semakin luntur bila terlalu lama, bagai biskut kering yang lama disimpan tak dimakan. Lemau dan tengik. Nak dibuat cicah kopi pun tak berapa nak sedap.

Pendek kata nak disimpulkan, ye saya perlukan latihan. Latihan menulis. Jadi bila saya dapat menulis lebih lancar, harap akan dapatlah membantu kelancaran penulisan tesis juga, seterusnya saya boleh mengakhiri pengajian saya dengan segera, dan mengejar cita cita saya yang lain, dan berfokus mencari jodoh. Ye, betul tu. Oleh itu, a post a day!! APAD!!

Sekian, terima kasih.


Wednesday, May 08, 2013

Hobi lama.

Dah lama tak sketching, tertembung pulak dengan lukisan 3D tengah scroll² facebook.
Kagum sekejap.

Saturday, May 04, 2013

Demam Election.

Masa umur saya 21, saya tak peduli pun untuk daftar mengundi.
Saya tak peduli. Saya rasa undi saya tak dapat ubah apa-apa pun.
Ataupun mungkin saya peduli, tapi saya malas sangat nak pergi daftar.
Ataupun saya tak tahu macam mana nak daftar dan malas nak tahu.

TAPI,
TAPI,
TAPI,

Bila terjadinya krisis politik di Perak pada tahun 2009, saya rasa menyesal.
Saya rasa marah dan tak puas hati dengan apa yang berlaku. (Boleh baca di sini). Lalu, terus daftar mengundi. Harap harap jika diadakan pilihanraya semula, saya boleh sumbangkan sedikit perubahan. Namun, hampa. Tiba-tiba kerajaan negeri Perak dah bertukar kuasa.

Sedih.
Saya mahukan perubahan.

Esok adalah penentuan yang baru.
Semoga Allah lindungi Malaysia daripada pemimpin2 yang zolimm,

Inilah masanya! (gaya poster PAS)
Ini kalilah!!! (gaya PR amnya)

p.s. Dengar cerita, banyak pendatang asing baru dapat i.c dan ada hak mengundi. Alhamdulillah, dapat rezeki jadi warganegara malaysia, undilah dengan bijak ye :P

Sunday, April 21, 2013

Manusia bangkit dari kegagalan.

Dah banyak kali aku cuba.
Selalunya mesti gagal.

gagal lagi nak tulis entry berguna pada masyarakat dunia.

Tuesday, November 06, 2012

Random blabbering

In the middle of something, it is normal that I will always find me losing my focus. I am so easy to be distracted. Like most of you too. hehe.

It takes me quite sometimes to get back to what I really intend to do. And by time my conscious mind regained, the day is dawning. Time to go home!!

hehe.

So one question to myself, "deyy, if like this when will u be graduated??"

ok now, me is lapar.

Tuesday, September 11, 2012

Mimpiku hanya mimpi.

Dalam usaha aku mencari mimpi lewat ini, apakah aku temui?
Apakah mimpi dah jadi realiti?
Atau realiti pun dah jadi mimpi?

Sang Pemimpi, 2009

Tuesday, September 04, 2012

ربّ اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي

*translation: Ya Allah jadikan aku dan zuriatku mendirikan solat

Saat memikirkan kemajuan pekerjaan aku, research dan pelajaran, hari hari membuatkan aku tidak tenang bagaikan Kassim (Faradyable's Tidak Tenang) yang tak tenang terhadap Rosli pondan. Serba tak kena.

Aku paling kagum dengan bapa aku. Setiap masa aku rasa dia sangat bertenang orangnya. Aku tanya kepada seluruh ahli rumah apa mereka semua merasa perasaan yang sama saat nak menempuh hari Isnin terutamanya. Terkecuali bapa, semua orang lain sama sahaja tidak tenang.

Well, aku pun terfikir fikir apalah amalan bapak aku yang buat dia selalu tenang. Dari apa yang aku nampak, selain seorang yang penyabar dan selalu bersangka baik, bapak aku ni paling menjaga solat. Dia akan solat sejurus masuk waktu dan boleh dikata hampir setiap waktu berjemaah di masjid. Even sedang bermusafir, masuk sahaja waktu dia mesti nak singgah masjid berhampiran walaupun masih sempat solat jika dah sampai di destinasi. Oh bapakku.



So, apa lagi Hajar B. Jagalah solat mu!!

Macam post kali lepas "Pay attention to God, and He will pay attention to you"

;)


Sunday, July 22, 2012

Set your focus right.

Lewat ini, 
entah mengapa aku mula merasakan negativity² aku yang dulu kembali. 

Inferiority.
Down.
Low self-esteem.

 Don't worry, I am fighting it. inshaAllah.

"Pay attention to God, and He will pay attention to you"

Monday, July 16, 2012

Rose 2 Rose.

Malam minggu kelmarin aku ikut adik baik aku, Sarah B pergi charity dinner Rose 2 Rose. Memenuhi ruangan kosong meja JIM Petaling Jaya.

Promo video:

Anjuran Aqsa Syarif

Makan ala arab.

Bidaan bagi barangan buatan tangan wanita2 Palestin

Pekan kecil dalam kereta Sarah B.

Agak menyentuh hati. Aku terharu melihat mereka² yang kuat melawan bisikan syaitan dan menghulur bantuan mengorbankan harta, infak buat rakyat Palestin. Bilalah aku boleh buat perkara yang sama?

Lebih terharu bila satu dewan mendoakan, mengaminkan doa buat mereka yang bermurah hati ni.
Aku nak juga doa tersebut. Ini jadi motivasi aku untuk lebih gigih.
Jadi orang yg berjaya di dunia, demi agama.
insyaAllah.
Amin.

Saturday, July 14, 2012

Perkara lalu yang dikira-kira

Selalu orang cakap, benda yang lepas jangan dikenang.
Tapi, tak salah melihat balik masa lalu.
Kesilapan atau kejayaan.
Beri ingatan pada diri bila lupa.
Moga kita kembali ke landasan.


Thank you Allah.



p.s. Ramadhan tiba dalam masa seminggu. Ke garisan, sedia, ....goodluck, Hajar B!!

Friday, July 13, 2012