Tuesday, November 06, 2012

Random blabbering

In the middle of something, it is normal that I will always find me losing my focus. I am so easy to be distracted. Like most of you too. hehe.

It takes me quite sometimes to get back to what I really intend to do. And by time my conscious mind regained, the day is dawning. Time to go home!!

hehe.

So one question to myself, "deyy, if like this when will u be graduated??"

ok now, me is lapar.

Tuesday, September 11, 2012

Mimpiku hanya mimpi.

Dalam usaha aku mencari mimpi lewat ini, apakah aku temui?
Apakah mimpi dah jadi realiti?
Atau realiti pun dah jadi mimpi?

Sang Pemimpi, 2009

Tuesday, September 04, 2012

ربّ اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي

*translation: Ya Allah jadikan aku dan zuriatku mendirikan solat

Saat memikirkan kemajuan pekerjaan aku, research dan pelajaran, hari hari membuatkan aku tidak tenang bagaikan Kassim (Faradyable's Tidak Tenang) yang tak tenang terhadap Rosli pondan. Serba tak kena.

Aku paling kagum dengan bapa aku. Setiap masa aku rasa dia sangat bertenang orangnya. Aku tanya kepada seluruh ahli rumah apa mereka semua merasa perasaan yang sama saat nak menempuh hari Isnin terutamanya. Terkecuali bapa, semua orang lain sama sahaja tidak tenang.

Well, aku pun terfikir fikir apalah amalan bapak aku yang buat dia selalu tenang. Dari apa yang aku nampak, selain seorang yang penyabar dan selalu bersangka baik, bapak aku ni paling menjaga solat. Dia akan solat sejurus masuk waktu dan boleh dikata hampir setiap waktu berjemaah di masjid. Even sedang bermusafir, masuk sahaja waktu dia mesti nak singgah masjid berhampiran walaupun masih sempat solat jika dah sampai di destinasi. Oh bapakku.



So, apa lagi Hajar B. Jagalah solat mu!!

Macam post kali lepas "Pay attention to God, and He will pay attention to you"

;)


Sunday, July 22, 2012

Set your focus right.

Lewat ini, 
entah mengapa aku mula merasakan negativity² aku yang dulu kembali. 

Inferiority.
Down.
Low self-esteem.

 Don't worry, I am fighting it. inshaAllah.

"Pay attention to God, and He will pay attention to you"

Monday, July 16, 2012

Rose 2 Rose.

Malam minggu kelmarin aku ikut adik baik aku, Sarah B pergi charity dinner Rose 2 Rose. Memenuhi ruangan kosong meja JIM Petaling Jaya.

Promo video:

Anjuran Aqsa Syarif

Makan ala arab.

Bidaan bagi barangan buatan tangan wanita2 Palestin

Pekan kecil dalam kereta Sarah B.

Agak menyentuh hati. Aku terharu melihat mereka² yang kuat melawan bisikan syaitan dan menghulur bantuan mengorbankan harta, infak buat rakyat Palestin. Bilalah aku boleh buat perkara yang sama?

Lebih terharu bila satu dewan mendoakan, mengaminkan doa buat mereka yang bermurah hati ni.
Aku nak juga doa tersebut. Ini jadi motivasi aku untuk lebih gigih.
Jadi orang yg berjaya di dunia, demi agama.
insyaAllah.
Amin.

Saturday, July 14, 2012

Perkara lalu yang dikira-kira

Selalu orang cakap, benda yang lepas jangan dikenang.
Tapi, tak salah melihat balik masa lalu.
Kesilapan atau kejayaan.
Beri ingatan pada diri bila lupa.
Moga kita kembali ke landasan.


Thank you Allah.



p.s. Ramadhan tiba dalam masa seminggu. Ke garisan, sedia, ....goodluck, Hajar B!!

Friday, July 13, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Sedeqah senyum

ada senyuman yang kita lihat hari-hari, sangat menyenangkan.
semangat untuk terus berusaha bertambah,
dengan senyuman senyuman kalian 
terima kasih 
 thank you Allah 
 senyum itu sedeqah 
 indeed.









akhir kata, 
 "hai adik cantik, sudilah kau beri bahagia dengan senyum sedikit ke abang"
(Arai, Sang Pemimpi 2009)

Sunday, June 10, 2012

Yaabaayy!

Beberapa hari ni, lagu lagu Alaa Wardi asyik berputar temankan aku.
Buat aku rasa nak pergi Arab je. Hehe.



Silalah cuba dengar.
Anda pasti sukakan musik nya!!

Tuesday, April 24, 2012

In Korat again

Hari ini hari ke-9 aku di Korat, Thailand.
Dan ada lagi 7 hari.
Bertabah!

Syukur alhamdulillah shift malam dah berakhir, dan mulai hari ini, shift siang bermula. Penat gak shift malam kat lab asyik sleepwalking je haha. Well, sepanjang kat sini banyak naik turun gak dia punya semangat. Sekejap happily learning, sekejap lagi tension penat or result tak best. Merengus2 sebab bukan sampel sendiri pun ada. hehe macam macam.

Ketua kami pula, Dr Thomas. Dia ni lulusan Oxford. Kalau kat lab dia serius jela buat kerja (tapi kami slalu nampak dia asyik baca 9gag je pon) dan kalau dia tanya tanya pasal pengetahuan research kami, berdebar debar gak nak jawab. Rasa macam kena viva. hehe. Tapi kalau time makan dan mood dia ok, ini lebih cemas lagi. Sebab dia suka bercerita. Pasal family dia, pasal tattoo, arak, bola, life dia dan baaanyak lagi. Dan dia akan bercerita macam tak nak berhenti. Well, rasa macam dah pergi England kejap. Oh ye, Dr Thomas ni english dan baru 28. Bila dengar cerita dia, kau akan rasa macam tengok cerita orang putih yang biasa kau tengok kat tv. Well malam tadi sampai 1015pm, barulah berhenti dia bercerita. Kafe hotel ni pon da tutup. ayoyo, layan jela.

Haih, bila lah boleh balik Malaysia ni. Dah banyak boring gak ni, walaupun orang thai ni banyak comel comel. Tapi orang-orang Malaysia yang busuk busuk gak yang aku rindu. Aku dah miss Naim punya konvo. Dan this weekend will be missing one of my good friend wedding, Cikgu Awien! Well, again aku berharap supaya aku belajar banyak benda di sini. Ok tu ja. Terima kasih sudi bace. hehe

Wednesday, March 14, 2012

Bebel pendek

Sambung kerja orang memang susah.
Tapi kalau da nak masuk 5 bulan menghadap, nampak sangat usaha aku terlalu kurang!

kwang kwang kwang!

la baks, mari betulkan kesilapan.