Thursday, April 28, 2011

Saving The World? Saving My World?

Aku dikelilingi dengan begitu ramai orang. Semuanya bercakap tentang hari hari mereka, hari lampau, hari sekarang dan hari depan. Kebanyakannya bercerita hal penyelidikan, memandangkan aku adalah dalam bidang ini.

Tapi, roh aku tidak berada di situ. Sudah seminggu roh aku seakan terpisah dengan semua ini. Mungkin aku sendiri memilih untuk berada di tempat lain. Dunia lain.

Aku mula rasakan semua ini salah.
Di dalam dunia realiti aku, manusia manusianya mengejar sesuatu yang sama; publications, impact factors, citations, conferences, master degree, phds etc etc.

Aku sakit memikirkan. Aku penat.
Aku lihat balik diri aku dan pertanyaan keluar bertalu talu, "Betul aku mahukannya?" "Betul?"

Dan pada masa yang sama aku mula terfikir yang semua ini adalah satu penipuan dunia. Apa yang aku dapat dengan research aku nanti? Apa? Nama? Master? Boleh bangga bangga, nak cerita dengan orang???

Tak bolehkah kita hanya semata ikhlas menuntut ilmu? mengalami pengalaman? Tanpa ada garisan ciptaan manusia yang boleh tentukan tahap kita? Siapa kau nak label aku?
Huhu,

Dan, aku yakin aku ada tujuan yang lebih hebat dilahirkan ke dunia ni.
Untuk itu, mari angkat tangan dan doa kuat kuat supaya Allah tunjukkan jalan sebenar buat kita.

A kid. and alone.
p.s. Feel like saving the world. Wanna join?

Tuesday, April 26, 2011

Panggilan pulau dari kota debu, kota lumpur

Kuala Lumpur dari Petaling Jaya.
Langit penuh debu. Jalan jalan sesak.
Oh, rindu udara kampung.
Rindu udara pulau.

Weekend sudah aku bercuti ringkas ke Langkawi.
Percutian yang dapat aku simpulkan; percutian yang tenang.
Love it!

Now let the pictures speak..

pertama kali terbang :D

Langkawi sunrise. Sun rise ke? hehe

'Aishah's work place

Garuda itu helang

Cable car close for maintenance?


Walking up the hill. Kesemputan.
Sampai sini sahaja. Tiada telaga tujuh. hehe

Pantai Kok? Subhanallah

Chocolate Hunting.

Laksa Power.

Pantai tengah.

Para sailing hampir tersangkut. hehe



Mencari matahari terbenam. Di Pantai Tengah.

Gua Buaya

Gua Kelawar


Gua Kelawar: Group pitcha!

Open sea: titanic? hehe


Fish feeding.

Kota Mahsuri. Rumah Kedah.

Idaman Suri :D

Selamat tinggal!

Monday, April 25, 2011

The Lost Loser

Serabut
Lurus
Kecewa
Bangga
Patah hati
Jatuh hati
Kehilangan
Anugerah
Hilang
Jumpa
Senyum
Mana?

Apakah kesedihan aku kali ini?

Sunday, April 17, 2011

6 Kali 3 Perkara. Moving On!

Selamat Hari Ahad! well, rise and shine minna san~!!

Dua tiga hari ni perasaan macam putus chenta. Haha ntah hape2 ntah.
Baiklah, bak kata pengetua sekolah 6 Progressif, "Moving on!!"

Pagi pagi ni penting, kena mulakan hari dengan baik, baca perkara perkara yang boleh membina diri yang positif, dengar dan lihat juga perkara yang baik baik contohnye Tanyalah Ustaz kat tv9 nu..Kalau nak bantai tido balik pon agak agak sikit..nanti rezeki mahal. Masa sempit, jangan nak merungut pulak yerr..kih kih kih.

Ok, tadi bukak bukak twitter ada baca beberapa perkara yang saya nak share lah kat sini tentang 3 Perkara atau 3 Things:
  • 3 things that are constant: Change, Death, Allah SWT
  • 3 things that can destroy a person: Lust, Pride, Anger
  • 3 things that make a person: Hard work, Sincerity, Commitment
  • 3 things in life that are most valuable: Love, Faith, Prayer
  • 3 things in life that should never be lost: Peace, Hope, Honesty
  • 3 things in life that never come back when gone: Time, Words, Opportunity

Hari hari ceria di lab. Tapi, apa pasal Ragib kat belakang tu tak cukup ceria?
Ke aku je terlebih ceria? keh3
Ok, selamat berfikir ~ :)

p.s. Gambar macam takde kaitan je kan. Ah, kaitkan jugak 1+1+1=3 !! yeah!

Sunday, March 20, 2011

Dugaan cinta kami.

Adakah aku dan prinsip aku bakal dikalahkan oleh emosi dan nafsu?

Aku angkat tangan. Aku doa pada Tuhan kuat kuat supaya selamatkan aku.
Aku tahu Dia takkan tinggalkan aku, Dia sentiasa ada bersamaku, tapi aku? pergi mana?
Curang lagi!

Ampunkan aku ya Allah.
Aku curang kepada entiti yang tak pasti.

Namun, dugaan ini datang pukul aku. biar aku ingat siapa aku.
Terima kasih Tuhanku.
:)

Thursday, March 10, 2011

Taip banyak pun tak guna.

Hari ni cek cek dalam phone, apa gambar yang aku simpan
sejak menganggur dulu (Feb 2010), hingga lah hari ni.

Latihan sukan sekolah mak 2010 (SKPPU)
Blue luminescent, miss you! but i need to move forward.
Buah nanam kami panggil. Ada pokoknya di kampung.
Di politeknik Behrang. Sarah dan tafsir, menanti Fikri bersiap barang.
Ada satu malam semangat Sarah jatuh, dan tanpa sebab kami pergi beli sebiji kek. 
Pemandangan biasa di parkir fizik. So, don't mess with the Photonics Group!
Kubikel sarat dengan ilmu. Ahaks!
Walaupun kad selekeh, ia digantung! haha
Happy 26!

Monday, February 28, 2011

Eh, Februari dah sampai hujung?

Tempoh-tempoh stabil adalah seperti sekarang dari segi mental emosi. Emosi stabil mengundang selera makan yang membuak-buak. Astaghfirullah nafsu nafsu. Pelik nya, mereka mereka kata aku makin susut. What? Macam tipu. Tapi tak apelah, susah nak puaskan hati semua orang. Dan semua orang tu hanyalah aku :P

February sure a quick month and hectic too. Today is the last day of it. Boss merencana yang aku perlu hantar salinan lembut (softcopy) brosur penyelidikan sebelum March. So, ada cukup jari tak nak kira berapa jam lagi? Hehe. Namun aku terus bertenang. Bertenang. Bertenang.

Ragib cakap, kalau nak tenang+senang ada satu tips, bayangkan muke mak ayah kite.. hehe. Disebabkan aku pun sudah masuk 4 minggu tak balik rumah, terpaksalah korek korek gambar dalam cakera keras.

Let see...

TADAA..

Ye, saya tau mereka terlalu comel. hehe
Ok, semangat!!
Oh, dan di kesempatan ini saya nak mengucapkan Good Luck buat kawan cute saya Nor Ahya Hasan..moga minggu² ini berjalan lancar. "Buat sampai habis, Ahya!!"

psstt:  viva viva viva

Monday, February 14, 2011

Mak selalu the Best!

Sekarang saya jarang telefon mak saya.
Sebab mak saya pun selalu online fesbuk.
Chatting dengan mak hari hari.
Hari ni mak sembang panjang hal masa depan dan jodoh.
Mak saya memang orang terpaling rasional dan praktikal dalam hidup saya.
Oh, dah rindu.
T_T

(Baru 8 hari tak jumpa)

Bertabah Hajar B!!!

Saturday, February 12, 2011

"..kerana kesedihan pun ternyata hanya sementara"

Semangat tak agak nya bila semua yang kita buat tak menjadi? :(
Apa yang kita harap harap masih tak kesampaian.. :(
Apa mungkin usaha masih belum cukup? 
Atau kita mudah menyerah bila halangan datang?


Steady Hajar B.
Layan lagu dulu..



Apa yang kau takutkan
Dengan semua ini
Bukankah kesedihan
Sering kita alami
Keadaan ini
Buat kita terbiasa
Dengarkan ku bicara
Teruslah bermimpi
Walau kenyataannya jauh berbeda
Teruslah bermimpi
Jangan berhenti
Percayalah
Lelah ini hanya sebentar saja
Jangan menyerah
Walaupun tak mudah meraihnya
Menghentikan pikiran dengan mata terpejam
Menunggu malam bisa hapus kenyataan
Biar saja mimpi jauh membawa kita
Tetap tersenyumlah
Biar semakin mudah
Karena kesedihan pun
Ternyata hanya sementara
pokoknya, JANGAN MENYERAH!!

Tuesday, February 01, 2011

Ketakutan Aku

Sabtu kemarin, mungkin aku terlalu mengikut kan perasaan.
Dan aku masih lagi fikirkan mimpi buruk tu.
Hehe.

Fikir fikir, mungkin ini bukan mimpi buruk.
Mungkin ini satu ketakutan aku.
Aku perlu atasi ketakutan aku.
Aku kena kembalikan maruah aku.
Aku tak perlu lari.

Hehe
Ada macam rasa poyo sikit.

Sunday, January 30, 2011

Cry

Mood berdasarkan lagu.
Untuk sekarang,
Mandy Moore's Cry




In places no one will find
All your feelings so deep inside
Was there that I realized
That forever was in your eyes
The moment I saw you cry
The moment that I saw you cry

I wanted to hold you
I wanted to make it go away
I wanted to know you
I wanted to make your everything
Alright.

I just want to know you :(

Saturday, January 29, 2011

Kasi can la mak nak bebel panjang!

Bagi satu minggu yang panjang, tak ada benda lain yang aku harap sangat selain hujung minggu yang tenang untuk aku berehat rehat dan bermalas malasan hanya di rumah.

Tapi lain yang jadi. Hari ini adalah mimpi buruk. Aku pergi ke satu pusat tuisyen yang canggih di Uptown Damansara, DU. Mengajar fizik dan matematik tambahan. 5 jam berterusan dari jam 11 pagi hingga 4 petang. Aku dah banyak kali cuba menolak sebab aku dah agak sibuk sekarang. Namun atas dasar kesian pada kawan aku yang kerja admin kat situ dan mereka terdesak tak ada tutor, so I came.

Dengan mulut senget sebab aku kene ulser di lidah, aku nak kene 'shro-shre shro-shre' dengan anak anak orang kaya ni untuk ajar fizik. Dan aku langsung tak bersedia. Hancur semua nya. Really. Hancur. and I hate it. Its like humiliating myself in purpose in front of school children. Ok, let it be my nightmare. Moga esok aku boleh terjaga dan lupakan mimpi buruk ni.

***

Done with mimpi buruk, aku nak membebel pulak pasal pusat tuisyen 'canggih' ni. Sebenarnye, dalam ujung tahun lepas, aku memang mencari another part-time job. Aku terfikir nak jadi cikgu tuisyen. Then, aku apply lah kat tempat kawan aku nih. Pelik juga masa tu, apply untuk part time pun siap ada interview bagai. Lepas interview, aku kene reject sebab boss tempat tu kata aku terlalu lembut. So, tak apalah. Aku teruskan hidup.

Dalam minggu lepas, aku dapat jadi RA di pejabat dekan fakulti sains. Dan kerja adalah sangaaattt banyak. Plus at the same time, aku still buat research in OLED and teaching foundation student. Boleh bayang kan tak? urghh. Tapi as my boss always said, "Its a challenge for you!" aku terus positive.

Also, at the same time kawan aku yang kat pusat tuisyen ni kasitau yang diorang perlukan cikgu fizik baru. Sebab yang lama kene terminate sebab budak budak komplain tak paham. Kawan aku suruh aku ganti. Masa ni aku terus ada tanggapan buruk kat tution center tu. Tau tak size kelas diorang berapa je? student adalah 1-2 orang je untuk form 4 & 5. Dan kita kene puaskan hati diorang (the students yang sikit tu) sebab mak bapak diorang bayar banyak to the tuition center. wattahelman? Aku rasa tak adil je. Firstly, cikgu cikgu pun diorang bukan bayar banyak mana. Then, lebih baiklah aku cari student2 yang biasa yang boleh muat satu kelas dalam 10 orang or more dan share ilmu dengan lebih ramai orang. Rasa lebih berbaloi². wattahel wattahel. Thirdly, kelas hari sabtu la. camne aku nak balik kampong? haha ok ini alasan gedik.

Campur tolak semua, setting minda aku memang dah buruk sebelum aku pergi mengajar. So, buruk yang aku sangka, buruk la yang aku dapat. HA HA HA. out of 4 student I taught today, 3 tak puas hati dengan aku. HA HA HA. Yeay, aku free! tak payah ajar kat situ.

Sekian, terima kasih. Kesian korang yang baca penuh bebelan yang pening.

Monday, January 17, 2011

Senyum

Walking down memory lane.
Aku guna 'download information' dekat facebook.
Aku tengok balik status lama lama aku.
Tersenyum sambil dalam hati berkata, "jalan hidup memang pelik pelik"

hehe.
Rahsia perjalanan, Allah sahaja yang tahu.
Selepas berusaha, yakin dan berdoalah.
Dia tahu apa yang kita mahu, Dia beri apa yang kita perlu.
Lets rejoice~

:)