Wednesday, June 30, 2010

update ringkas: sebuah peringatan

"kita hidup dengan apa yang kita dapat, kita memberi untuk membina kehidupan"

tak silap nye begitulah yang aku dengar pagi tadi.

perlu ke aku explain betapa besar nye impak "memberi"?
banyak ye saudara saudari.

mari merenung, apa yang kita dah beri?

Friday, June 25, 2010

Deme gedik ke aku yang dah usia makcik?

walau dalam mamai aku nak mem-blog.
esok hari, hari Jumaat.
Ade kerja demontrasi nak dibuat 9-12.
mengajar budak budak asasi lagi.
tapi tahun ni tak dapat kelas tutorial, boring gak.

budak budak sekarang banyak gedik la.
semua nak kena suap.
mana KBKK kome? mana? mana?


p.s: padahal aku pon sama je dulu..LOL

Wednesday, June 23, 2010

Solid State Again~!!

I am loud, I speak my mind.

"Ye ke?"

haha, jom update blog sikit.
Isnin aku melakukan perkara yang sangat durjana nervous nya iaitu:
berjumpa dengan Prof Wan Haliza

well, macam biasa orang kata, sebenarnya perkara yang kita sangat takutkan, tak akan terjadi, perbincangan kami lancar, dan aku tahu apa yang aku nak. thanks to experiences, they made me grow up. *peace*

So, here I am balik lagi ke Solid State Physics research lab, voluntarily, dengan harapan dapatlah buat paper. Financially, aku mungkin sedikit kacau, tapi hati aku tenang, aku tak perlu ke UPNM or tinggal di Seri Kembangan..what a relief~

Satu lagi hal, adalah kenyataan terbuka kepada seorang kawan yang menganggap saya sedang merajuk dan tidak mahu memaafkan kamu.

mengapa lah kamu berasa demikian? kamu telah memandang rendah saya, kamu menganggap saya emosional dan membawa bawa perasaan. bukan begitu kawanku, aku tak menyalahkan kamu. aku jugak tak perlu lah memaafkan kamu sebab kamu tak buat salah pun..chill la baby. Aku cuma sibuk catching up with me life, dan berasa sedikit segan setelah kejadian tempoh hari.

semua ok ok saja..dah jangan nak gedik kata aku merajuk, and kau berasa lonely..tu semua permainan perasaan kamu je, jangan layankan.

baiklah minna san, doakan aku!!

p.s.: sorry to bebudak solid, aku menambahkan kepadatan office kome..heee :P

Tuesday, June 15, 2010

Awan awan aku tak cantik.

kalau atas kepala aku sedang ada awan awan nya,
dalam awan ada aku,
aku sedang telungkup muka dengan tangan,
aku menjerit meraung.
keadaan aku adalah sedang jatuh.
dilanggar orang orang yang bergerak laju.
aku takut nak bangun lagi,
sebab takut dilanggar orang orang yang bergerak laju.

itu kalau ada awan atas kepala.
kalau lah.
realiti, aku sedang memaksa positif dan memaksa senyum.
moga kelak aku jadi positif dan pemurah senyuman.

p.s: yeah, fake it until u make it..:P

Tuesday, June 08, 2010

Kejelikkan ini wujud. Bencilah aku, aku terima.

Couple, Dating, Pacaran dan sewaktu dengan nya, yang dilakukan sebelum menikah, bukan lah budaya yang pernah diajar oleh keluarga dan Agama aku.

Moga Allah kuat kan iman aku, pada pegangan aku ni.
Moga Allah lindungi aku dari godaan.

Kerana aku begitu jelik melihat budaya ini berleluasa.
Kerana aku penat berpura pura moden, dan menerima budaya ini.

Na'udzubillahi min zalik~


"Bergaul sesuka hati, menyentuh sesedap rasa, menunggang tak kenal agama, itu Lifestyle rimba." (Ust. Hasrizal, saifulislam.com)

p.s: maaf kalian yang terjebak. aku hanya nyatakan apa yang aku rasa..anda bijak, jauhi zina, tutuplah pintu pintu ke arah nya.

Monday, June 07, 2010

be moderate~

bila kegilaan aku dah jadi kebosanan aku.
dan itu memang selalu.
salah kah aku?

jadi, bersederhana lah dalam tiap sesuatu~

:)

Tuesday, June 01, 2010

"..the more you burn me, the more I'm fragrant"

ok entry kedua hari ini.
(haha gila no life asyik menghadap kompiter je. booohooo)

Sebab satu dunia pun tengah marah ni dengan Israel tengin tu,
aku tetiba teringat satu lagu Kareem Salama - Generous Peace,
nah layan..

This fool throws wet stones at me, insists on attempts to break my nerve
But I hate to respond to the anger and feed the fuel in those ugly words
They ask me why I say nothing at all, like I don't have any self-respect
I say "Gentleman, I'm like incense. The more you burn me, the more I'm fragrant"

Chorus: And I don't feel the need to act violently, and I don't feel desire to fan the fire
You can say what you want about me, but I lace the lines of these times
With generous peace

There's a thin line between virtue and fear, and it's funny how they appear
Both demanding restraint and control and it's enough that I know it's clear
That I'm not scared of you; I'm scared of me, and I live by controlling my fool
'Cause you're a fool enough for the both of us, but I still try to find the good in you

Chorus

I know it's hard to listen to the words you just can't stand
It's gonna more than a fist to enlighten an ignorant man
And don't you see how we fear the patient eyes of a lion?
And don't you how we fear those lions in their silence?

Chorus


Ok, tu saja..
sementara tengah rajin berblog nih, jangan ditegur.

10 minit pertama, menentukan semua.

Di kampong Gajah lagi.

Apa yang aku suka tentang duduk di rumah bersama family aku adalah hati aku sedikit tenang dan aktiviti sosial juga terkawal. Walau pun rumah aku secara fizikal nya adalah huru hara dan tak secantik rumah rumah orang lain, tapi I’m very much contented with the ‘roh’ dalam rumah ini. Sejak dari kecil, ayah memang biasakan kami dengar ceramah/kuliah agama, asal bukak radio mesti ceramah. Jadi, walau pun bukan dengan niat kami nak dengar, tapi kini sudah jadi kebiasaan. Bak kata orang, “Fake it until you make it”. Jadi, bila secara tak langsung kita dengar, kita akan jadi berfikir, dan secara tak langsung juga mendidik minda.

So seperti pagi pagi yang biasa, hari ini radio yang terpasang ada motivasi sikit cerita hari ini lebih baik dari semalam. Cliché pada tajuk, tapi apakah hari kita lebih baik dari semalam? Dan apa yang menangkap otak aku adalah satu quote, “..orang yahudi tak akan pernah takut dengan muslim, kecuali apabila jumlah jemaah solat subuhnya bersamaan dengan jumlah jemaah Solat Jumaat”. Ini menunjukkan betapa pentingnya bagaimana pagi kita dimulakan akan menentukan kejayaan hari kita.

Menurut pakar pakar motivasi juga, 10 minit pertama dalam pagi semua orang adalah waktu paling kritikal untuk menentukan kejayaan hari. Semestinya perlu melakukan aktiviti aktiviti yang positif dalam tempoh ini. Dan bila kita kembali semula pada ajaran agama, tentu kita akan berjaya kan? Well, semua orang pun tahu. Nak buat tu yang susah. So, ayuh semua, fight!!

Sunday, May 30, 2010

Laluan Sutera dan Otoyomegatari

Kecik kecik dulu sebelum sekolah, aku sebenar nya suka Sejarah..suka sangat dengar/tengok cerita² yang ada historical value...contohnye, apa ye..ah, penting ke contoh? aku dah lupe kot.

Sejak akhir akhir ni suka pulak aku bercerita ye.. hehehe..ni nama nye pengaruh blog awek awek tempoh hari. hehe. By the way, kalau dulu belajar sejarah tentu ingat Laluan Sutera kan, well aku tak ingat sebenar nya. so, aku pun google² lah dulu (ahaha google is our best friend). Laluan Sutera ni adalah dulu merupakan laluan buat pedagang-pedagang pergi berdagang (bukan bergadang) melalui jalan darat, merentasi timur dan barat..dari China, Afghan, Iran, Iraq sampai lah ke laut Mediterranean. Laluan sepanjang lebih 7 ribu kilometer ni lah juga jalan sutera dibawa dari China ke Eropah..tu pasal Laluan Sutera kan.

Laluan Sutera (Silk Road)

Ok, sebenar nye aku bukan nak cerita pasal laluan sutera pun..tapi nak mereview satu komik aku baru2 ni dah jatuh cinta sangat. Tajuknya, Otoyomegatari. Penulis&artisnya adalah Kaoru Mori. Cerita ni setting dia dekat this Silk Road lah yang aku dok merapu kat atas tadi.. so, aku budget antara orang Monggol+Parsi+maybe Arab..

Otoyomegatari

Secara ringas cerita; watak utama Amira (aku syak monggol/arab badwi) umur 20 kawen dengan budak lelaki umur 12 (ini pulak aku syak Parsi/Afghan/arab). Pastu adalah drama2 keluarga sket dalam komik ni, cam biasa..lagi pun komik ni masih on going, tak boleh lah nak cerita abis pun.
Amira back horse riding.

Famili mertua

Aku kagum dan jatuh cinta bukan apa, macam mana Kaoru ni study dengan detail buat cerita ni..takdela macam tipikal komik jepun, sikit2 cerita pasal percintaan budak sekolah..tak pun cerita lawan2, yang hero dia mesti entah apa2 ala2 lembik, bodoh2 tapi kuat..(ok, sbnr nye byk gak yg aku minat. lol). History+Culture yang dipamerkan sgt berbeza lah kan dgn jepun..ukiran, skill berburu, tenunan...semua nye agak memuaskan hati aku tengok lukisan tu..so, thumbs up!!

Ukiran seorang pakcik

Tenunan/tekatan kaum wanita setempat

Kalau ini dibuat animasi, kompem aku carik..ok Kaoru tahniah, saya menggolongkan anda in my must-buy list..untuk komik&animasi anda kelak..seiring dengan Hayao Miyazaki and Studio Ghibli punya cerita..hehe :)

p.s. komik ni buat aku berperasaan nak ke tempat&masa yang lain. dan, kepada kalian yang tak berapa soul dengan komik2 ni, layankan jelah ekkk...hihihi

Friday, May 28, 2010

Perkara udang juga boleh jadi inspiratif.

Hari ni ade mood nak bercerita. Walau pun aku tau, aku tak pandai bercerita pasal ayat aku kompem keling...ah, pedulikan. layann~

Malam tadi, lepas penat bertarung di Bookworm Adventure lepak jap tengok tv ngan mak. Mak pastu nye cerita, sebelum tu dia tengok Panorama kat tv1, ada cerita pasal orang ternak udang..ceritanya, orang ternak udang ni ade le buat eksperimen sikit, dia try pasang satu speaker orang ngaji ayat quran kat kolam udang dia. Surprisingly, kolam yang paling dekat dengan speaker dimana ayat2 Quran ni bekumandang mempunyai udang2 yang lebih cepat membesar berbanding kolam2 yang lain.. Penjelasan nya di situ, udang2 ni tenang dan tidak stress, jadi deme cepat le besorr. Pastu penternak ni pasang le speaker banyak banyak ke semua kolam kolam dia..Nah, ternyata benar..udang udang nya cepat besar.

Walau pun cerita nye ringkas je dari mak..dan bagi setengah setengah orang, yeah it's common thing bla bla bla whatsoever..tapi, ini buat aku merefleks diri.. Hmmm, udang2 pun jadi hilang stress dengar ayat ayat suci. Manusia yang ada akal ni, apatah lagi kan..Hmmm lagi pula, aku pun selalu runsing dan gundah gulana.. entah-entah, sebab aku banyak lagho..main tenet, main game..

Pastu sedar, barulah teringat nak pasang ayat2 ngaji Quran dan zikir2 time tidur..wah ternyata, bangkit pagi ni awal plus segar lagi!! Perasaan nye macam, tidur nyaman..tapi tak adelah terlampau nyenyak sampai susah nak bangun macam hari hari biasa yang selalu subuh gajah (huhuuu)..Awal la sikit, tambahan hati senang dan tenang je..so, baguslah untuk memulakan hari dengan semangat positif.

ngee :D

jadi, mari mulakan hari!! ikou ikou yo!!

Thursday, May 27, 2010

Takde sape pon suruh kau buat blog....lol

alamak canerr ni?
canerr ni?
setiap bulan in 2010 record aku ada la 8 posts..

alamak canerr nih?

ok ni yang ke-6 untuk May.
:P !!!



*dah takde idea sangat la tuh.. ihiks!

Wednesday, May 26, 2010

Awek awek sangat comel

aku tak tahu la nak kata lame ke ape..
tapi aku baru kenal Hanis Zalikha..
keh3.

aku tgh blog hopping,
then rasa macam 'cara' plak layan blog awek awek nih..
biasala aku, semua jenis blog aku enjoy je.

(tapi blog news2 or iklan2 belum terasa enjoy lagi la..)

ooops berbalik blog awek2 td, so sesiapa ada blog awek yg emo2 ke..yang korang kata tipikal awek ke..marilah share. aku gembira nak membaca :D


p.s: siaplah Azim(jiran aku dulu), pasni aku kompem jadi gades2 la..kau xleh nak kata aku kekeliruan jantina dah.

Monday, May 24, 2010

Biasalah perempuan mak nenek suka membebel

macam mana nak cerita ye..
adeh,

(monolog dalaman mula)
nak buat master, tapi satu apa pon tak tahu..
tak reti reti ke nak baca jurnal?
siti hajar, siti hajar...
kemon kemon.
sekarang kau sorang sorang nih,
bertarunglah lawan nafsu malas.

ok aku sendiri mau paksa kamu,
sila buat research proposal yang baru,
proposal yang pandai sikit, okayy??

tolong lah take it serious..boleh tak?
ish ku debik gak kang budak nih!!

(monolog dalaman tamat)