Posts

Showing posts from 2014

Running in SCKLM 2014

Image
This few years, running event seems to be very 'in'. Some friends are so into it, and been running almost every month or two or maybe more frequent. I had thought of trying it since I quite enjoy running too, except that I am too lazy to register and commit. 
In May, after have been convinced by my fellow physicist friends, I decided to try it for real in Standard Chartered KL Marathon (SCKLM) 2014. Registered in 10 km leisure category, I think it would be a good start. Plus, it'll be a healthy gathering for us physicists (batch 2005) where some of them I haven't met for at most 2 years. We are six, 4 of us in 10 km leisure, one 10 km cruise and one in full marathon (42.192 km). The latest is the craziest I could think of to start with (for me la hehe).
Well, yesterday is finally the day; SCKLM 2014. After about 5 months registering, I manage to train about 12 times maybe, but never achieve 10 km. 

Gun started at 7.45 am for my category, I delayed about 4 to 5 minutes…

Syawal 1435H

Image
Rancangan APAD nampaknya tergendala. Apa-apapun,
"Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin"
"Taqaballahu minna wa minkum"
"Kullu sanah wa entum fi khayr"

:)



 "Nah, duit raya"

Doploh satu, doploh lapan.

Image
Dua puluh satu haribulan Julai adalah tarikh hari lahir aku dalam kiraan tahun masehi. Sekitar jam lapan pagi di satu hospital di bandar Klang, 28 tahun lalu adalah hari pertama buat pasangan cikgu Basri dan teacher Miskiah menjadi mak dan ayah.
Apapun, terima kasih kepada dua orang tua ku; melahirkan dan membesarkan aku dengan cukup baik sekali. Aku begitu bersyukur dilahirkan menjadi anak kalian!
Alhamdulillah.

Ijtimak Ramadhan Ikram Selangor (IRIS) 1435H

Image
IRIS datang lagi, jejom!



Merenung renung.

Image
Sesungguh nya 2014 adalah satu lagi tahun yang saya tak perasan pun akan kehadirannya, sedar-sedar saya sudah pun berada pada suku yang ke-3. Jika dikira, pada bulan Mei yang lalu genaplah 10 tahun saya berada di Universiti Malaya sejak mendaftar di Pusat Asasi Sains pada Mei 2004. Kecuali pada 2009-2010, saya menghabiskan lebih kurang satu tahun di Perak. Bekerja dan menganggur :D
Tahun 2014 ni, macam macam yang terjadi pada Malaysia khususnya. Awal bulan Mac kita dikejutkan dengan berita pesawat MH370 yang hilang dari radar dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sehingga kini, tiada berita tentang kemana sebenarnya hilang pesawat tersebut, pelbagai spekulasi dibuat namun masih tiada petunjuk. Tak cukup itu, MAS sekali lagi diuji minggu ini apabila pesawat MH017 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pula ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, langsung mengorbankan hampir 300 orang nyawa. Hai betapa besarnya ujian! Kedua-dua nya melibatkan kapal terbang Boeing 777. Past…

10 tips untuk tulis tesis laju laju

Image
Kerana telah berniat untuk APAD, hari ini saya akan kongsikan sedikit tips yang saya kira mungkin membantu pelajar pelajar seperti saya untuk menulis tesis dengan segera:
1.  Pilih bila nak mula Perlu buat keputusan, bila kita nak mula menulis. Pertamanya, kena set tarikh bila kita akan berhenti buat kerja-kerja penyelidikan dan sungguh sungguh tulis tesis. Mungkin beri anda masa sekurangnya 3 bulan untuk habiskan kerja-kerja yang anda perlu buat. Tarikh perlu mutlak, jika tidak kerja anda tidak akan pernah selesai.
Anda tidak akan pernah dapat selesaikan segalanya dalam senarai kerja(to-do-list) anda, tetapi ia membebaskan anda bila anda terimanya sebagai benar. Dengan menetapkan tarikh akhir untuk selesaikan kerja penyelidikan anda, ini dapat membantu anda lebih fokus kepada tugas-tugas yang paling menambah nilai kepada tesis anda.
2.  Bila nak habis/berhenti Selain bila nak mula, masa bila untuk kita berhenti/siap menulis juga perlulah ditetapkan (paling ideal adalah dalam tempoh 3 bula…

Biskut lemau cicah kopi.

Image
Setelah lebih setahun meninggalkan blog, saya masih tidak mampu menggilap kemampuan menulis saya. Namun pada hari ini, saya menyedari saya perlu menulis, demi masa depan tesis saya. Lagi pula, bagaimana nak menggilap jika tidak dilatih. Betul tak? Sama lah juga bagaimana nak dapatkan sagu jika tak dipecahkan ruyungnya? Oh itu lebih sinonim dengan man jadda wa jada.
Tambahan lagi, rakan rakan yang mendaftar sama semester dengan saya kebanyakan nya sudah siap menulis tesis penyelidikan mereka. Adakala, saya berasa sungguh rendah diri dan langsung tidak beryakin mampu melaksanakannya. Namun perasaan itu tiada pula terpancar pada wajah atau kata kata atau tingkahlaku. hanya di dalam hati. Saya cuba melawannya. Ye saya cuba.
Awal bulan September 2014, semester baru akan bermula dan akan membawa saya kepada semester ke-enam saya mengejar ijazah sarjana. Sudah pastilah semangat pun semakin luntur bila terlalu lama, bagai biskut kering yang lama disimpan tak dimakan. Lemau dan tengik. Nak di…