Friday, December 30, 2011

Love seasons

Selepas Syawal,
Ada perkara baru dalam hidup aku.
Aku benar benar dah jatuh cinta.


My Halaqah ♥

شكرا لكنَّ




p.s. oh, dan anak anak comel brilliant ini juge ;D

Wednesday, December 14, 2011

How do they do it?

"How do they do it?" 
A repeating question in head.
My head.

To be a good muslim; mu'min; muhsin with a great profession?
How?
How?

I'm out to find the way!
Make du'a for me, peeps!
May you all too, find it!

And may all we us together meet a husnul khatimah and together go to jannah ;)



p.s.: well well, katanya nak write academic journal, so I'm practicing English language here. hihi. may later we use Arabic?hihi

Monday, November 21, 2011

Hampa

ada sedikit rasa 
kecewa.
hampa.
tak bermakna.
semua hanyalah tipu daya.

ok teruskan lagi lagu mawar khayalan

Wednesday, November 16, 2011

Tiga bulan

Dah tiga bulan tak ada post baru.
Idea datang dan pergi.
Blog tetap tak update.
Tak apa, kita ada beberapa option kalau nak update blog.
Kali ini, saya pilih untuk update bergambar!! hehe :D

September
'Eidul Fitr 1432

Perkahwinan Rozana

Sekaligus reunion budak2 Bote

Perkahwinan Moke dan Hamizah

Raya family gathering at Ucu's

Persediaan Nano fest 2011

Pusat Sains Negara

Workshop rehearsal

An'amt's Convo at UKM 
(credit: Saipul Fakir)

October
Kak Liza's Convo at UTP

Lili's Convo at UTP

Odie and Salehah's Convo at UiTM

Nu'man in Pejabat Ikram

November
Pertunangan Mazuin Hashim

Lawatan sambil belajar ke UTP

Berjalan jalan ke tanah tinggi Cameron

Lavender blue didle didle

Jalan jalan ladang teh yang memeningkan kepala.

Amir Haziq dan bunga kuning di tanah tinggi

Wednesday, October 12, 2011

Random thought.

Ada masa masa, kita rasa kita tak ada harapan. Perasaan macam layang layang putus tali, tak tahu mana nak pergi. Lalu, lebih menyakitkan bila berasa tiada siapa lagi di dunia ini yang akan percaya akan kita. Tiada siapa lagi yang menghargai kerja kerja kita.

Well, itu hanya fikiran fikiran yang tak boleh dipakai. Hanya merosakkan keyakinan diri. Fikirkan balik, perlu ke mengejar penerimaan manusia, kepercayaan manusia? Bukankah ia sungguh menekan bila kita mengejar susatu daripada manusia? mengharapkan sesuatu dari manusia? penerimaan? penghargaan? At the end, does it matter?

Memikirkan semula tujuan asal kita datang ke dunia... Manusia itu keturunan Adam yang asal nya datang dari syurga. Turun ke bumi dan berjanji.

Tidakkah kita mahu pulang ke sana (syurga) juga akhir nanti? Jadi, ingatkan balik tujuan kita diturun ke dunia, ingatkan balik perjanjian kita di "qalu bala". All that matter is our creator, Allah s.w.t.. Apa pun kita lakukan di dunia ini, carilah keredhaan nya. moga akhir nanti kita bertemu pengakhiran yang baik. Jangan berharap apa apa dari manusia, mereka tak ada apa apa yang nak kita perlukan.


Friday, August 12, 2011

It Never Ends

Dalam bulan lepas, aku dah menghabiskan kerja kerja aku di Pejabat Dekan untuk projek Brosur Penyelidikan Fakulti. Semalam aku berjumpa dengan timbalan dekan penyelidikan yang baru, Prof Sithi Muniandy. 

Well, the mock up is ready, and you know...will get more works for sure. Re-editing! Zillion-th time. blerghh..

Tambahan, dalam kategori buat kerja ni, aku memang agak keras kepala dan keras hati. Aku mengeraskan hati aku untuk tidak mahu berbuat lagi pembetulan pembetulan yang dah dibincang 2 jam semalam dengan Prof Sithi. Cari pasal kan? haha.

 
the "mock up"

Agak sedih tengok mock up ni..yerrla, what do you expect? kita takda pilihan, nak taknak kene hantar ke Penerbitan UM juge. Dan kuning untuk cover? macam bosan kan?

Ok, dah membebel, tak baik betul bulan puasa ni..hehe
Oh, baru prasan ini post pertama bulan puasa!
Well, selamat berpuasa dan terima kasih sudi buang masa ke blog saya. haha

p.s. It will end :)

Friday, July 29, 2011

Hitunglah kesyukuran mu :)

I should start a list everyday.
List 'kesyukuran'.
Biar tahu, betapa beruntungnya aku hari hari.


Saturday, July 23, 2011

Mianeyo (Biane yo)

Hehe.
Beberapa ari ni ter emo pulak. Sorry ye, biasala emosi perempuan.
Ingatkan boleh kawal :P
I'm sorry!

Mari kita letak gambar pula
hehehe

Budak budak kelahiran Julai. Tinggi tinggi semua kan? :P

Kak Toong pulak terlebih excited.

Model tangan? mesti Saipul ni..

Lepas makan kek, jogging. Memang terbaik.

More books..birthday presents untuk diri sendiri. kasi can la..hehe

Wednesday, July 20, 2011

Pelecer?

Seorang rakan akrab berhijrah ke KISAS.
Masa itu aku adalah 16.
Aku dah jadi pelecer.
Tersedu sedu.
Bukan lagi si hati kering.
Faktor usia atau doa ibu ayah yang ketika itu di Tanah Haram?
Tiadalah dapat aku pastikan.

Sampai sekarang aku jadi pelecerr.
Dari titik mula itu.

:)

*pelecer=cengeng=kuat nangis

Sunday, July 10, 2011

Post Hari Bersih ;)

 Peludah Warna by A Samad Said

"Kerana nikmat amat lama berkuasa,
 Kuasa pun seolah menjadi hartanya"
- Peludah Warna, A Samad Said

Sunday, June 26, 2011

Sweetness to the spine :D

A BEAUTIFUL DAY
India Arie


Life is a journey, 
Not a destination,
There are no mistakes,
Just chances we’ve taken
Lay down your regrets cause all we have is now

Wake up in the morning
And get out of bed
Start making a mental list in my head
Of all of the things that I am grateful for

Early in the morning
It’s the dawn of a new day
New hopes new dreams new ways
I open up my eyes and
I open up my mind and
I wonder how life will surprise me today
Early in the morning
It’s the dawn of a new day
New hopes new dreams new ways
I open up my heart and
I’m gon’ do my part and
Make this a positively beautiful day

La la la la la la la la la [x3]
It’s a Beautiful Day [x3]

Life is a challenge not a competition
You can still smell the roses and be on a mission
Just take a moment to get in touch with your heart
Sometimes you feel like you’ve got something to prove


Remind yourself that there’s only one you
Just take a moment to give thanks of who you are
Early in the morning
It’s the dawn of a new day
New hopes, new dreams, new ways
I open up my eyes and
I open up my mind and
I wonder how life will surprise me today

Early in the morning
It’s the dawn of a new day
New hopes, new dreams, new ways
I open up my heart and
I’m gon’ do my part and
Make this a positively beautiful day

La la la la la la la la la [x3]
It’s a Beautiful Day [x2]

Let’s make this a wonderful
Let’s make this a powerful
Let’s make this a Beautiful Day
It’s a Beautiful Day

Life is a journey,
Not a destination,
There are no mistakes,
Just chances we’ve taken
Lay down your regrets cause all we have is now

Sunday, June 19, 2011

4 Ekor ketam di hari Ahad.

Hari minggu, hari berehat rehat di rumah.
Dan, aku berjaya mengatasi ketakutan memasak masakan bersantan..
yeay,,ketam masak lemak cili api yang sempoi


hehe random.
lepas makan, baring baring tengok felem Tamil. memang terbaik ;D

Wednesday, June 08, 2011

Bacalah. Mungkin ada baiknya tidak banyak, sedikit.

Kita semua orang biasa. Hanya hamba, langsung tak sempurna. Kita muslim ada iman. Iman kita kadang naik kadang turun. Kita ada semangat, kadang berkobar kobar, kadang kadang malap. Bila semangat kita malap, bila iman kita turun, apa cara baik kita hadapi nya?

Wanita macam aku lagilah, selalu hadapi fluctuation emosi. Jadi macam mana nak atasi? Supaya kita terus positif? Kalau kita mengadu pada manusia pasti kita dah tau respon mereka. Apa nasihat yang bakal disampaikan, tak jauh dari apa yang kita jangkakan. Sebenarnya kita sendiri memang dah tahu. kan?

Sekarang, mari figure out macam mana nak terus jadi positif secara istiqamah. Pertama tentu kita kena fokus. Punca fokus adalah pada minda. Apa yang selalu ganggu minda kita? Bila minda kita masuk kepada minda separuh sedar, kita mudah distracted. Jadi, first of first, kita kena lah latih minda mengawal minda separuh sedar.

Salah satu cara nak melatih minda adalah dengan solat. Solat adalah senaman terbaik untuk minda. Kunci nya khusyuk dalam solat. Nak khusyuk dalam solat ada beberapa cara antara amalan yang boleh diamalkan (Hidup Bertaqwa, Ustaz Hj. Ismail Kamus 1993):
  1. Melaksanakan solat berjemaah (paling afdal di Masjid)
  2. Menjaga makan minum agar terjamin halal nya.
  3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin
  4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar/kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat
  5. Mengambil wudhu' dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat/doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.
  6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti akan menghadap pembesar negeri.
  7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran dan membimbangkan hati
  8. Mengingatkan mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
  9. Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
  10. Memenuhi dada dengan rasa takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
  11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat ayat Quran dan segala zikir.
  12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, selawat ke atas Nabi SAW, Istighfar dan apa apa bacaan supaya dijauhi gangguan syaitan.
  13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling ketika dalam solat.
  14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
  15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku' dan sujud
  16. Memastikan tiada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.
  17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan

Boleh tahan banyak tips nye tu. Jadi, selamat beramal. Lepas kita cuba dan terus amalkan, barulah kita tahu betapa BESAR nya kesan solat terhadap kehidupan kita. Yang terutama selain mendapat kebaikan solat, jangan lupa niat sebenar ibadah ini hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Lillahi ta'ala~ :)



Tuesday, June 07, 2011

Cuba kau berdoa.


Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

(Aidil - Cuba)


Thursday, June 02, 2011

Cinta dan Nikah.

Sudah dua haribulan Jun. Dua orang rakan baik fizikawan UM akan menikah hujung minggu ini. Disebabkan aku dah sibuk sibuk nervous dari hujung tahun lepas, sekarang rasa nervous tak ada lagi. Sebenarnye, bersalah juga rasanye bila perasaan nervous ni tak datang-datang. Esok Akmaliah nak bernikah ni. Lusa Siti Fairus pulak. dupdap dupdap.

Well.

Assalamualaikum ibu ibu dan bapak bapak sekalian,
Di sini saya nak buat comeback sikit setelah beberapa minggu tak berblogging. Jadi topik kita kali ini mestilah menjurus hal hal berkaitan perkahwinan ye dakk..

Sebelum hal kahwin, nak tanya sikit, anda pernah jatuh cinta? Ataukah anda pesimis tentang cinta? atau..atau..atau..Atau apa?? ahaha

Aku tak malu nak mengaku yang aku memang macam pernah jatuh. Dan aku kerap beranggapan jatuh cinta adalah taboo/terlarang. Setiap kali, aku akan sedaya upaya hapuskan. (Yeah it really takes time and tears. Pardon me, I'm just a girl). Sampailah satu hari, aku nampak Sarah B baca buku Burhan Sodiq ni, "Ya Allah, Aku jatuh cinta" mengelola cinta tanpa diselubungi dosa.

Burhan Sodiq's
Dari tajuk pon dah cukup catchy, tapi yang 'catch' aku bukan lah semata tajuk..tapi isi nya juga. Aku nak sangat ceritakan pada kamu semua ala ala review geteww, tapi bukan kat post ni..chillex~

Kesimpulan nya, buku ni dah kasi tau aku yang perasaan jatuh atau cinta itu bukanlah taboo. Cuma cara menangani perasaan tu yang boleh jadikan nya taboo. Tepuk dada tanyalah iman. Tak tahu juga, tanyalah ustaz ustazah.

Lastly,

Fairus Akmaliah dan aku di tahun kedua degree  kami.
Kepada dua orang makcik kat sebelah aku tu, semoga korang selamat bernikah dan berbahagia ke akhir nyawa. Tempuhi alam rumah tangga dengan cemerlang ;)

Dan kepada jodoh aku, gua rilek rilek je tunggu lu. kalau tak sempat jumpa, kita jumpa kat sorga ye!! :D

Monday, May 23, 2011

Tanda tanda

To share is to care?


Here..


'Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat'
'Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan' 
'Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu' 
'Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji' 
'Berbicara tidak memfitnah, menyanggah tidak menyumpah'




Sebagai amateur dalam penulisan berkesan, saya hanya share dari Syurgadunia. :)

Sunday, May 22, 2011

No more.No more

There is major thing happen. and today I promise my self to not being negative to myself anymore. No more "down" no more "stress" or "I can't" etc etc..even if I say it and don't mean it. A no no. So peeps, tolong ingatkan aku~ ;)

Hari ini aku rindu kampung halaman, dan kegiatan masa menganggur tonton video2 ceramah, dalam langkah cari hidayah. Lets continue Hajar B, hunting for hidayah dan taufiq :D

Wanna join?
Lets save ourself peeps before saving the world.
(Saving the world is actually saving ourself)

Tuesday, May 17, 2011

Sesat dan hilang.


Ada otak sedang sesat.
Mana nak tahu hati ke mana?
Kalau tahu pun, aku tak akan beritahu.
Sebab kalian tentu tahu.


p.s. mungkin orang yang buat quote ni missed an r in you in the third line.

Saturday, May 14, 2011

Wednesday, May 11, 2011

Ye, Saya Muda

Hishamudin Rais kata,“hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”

Soekarno kata,"Berikan aku 10 orang pemuda, akan aku goncangkan dunia"

macam mana? 
Aku muda lagi kan??
Tak sabar nak goncangkan dunia ni.

p.s. Miss MerentasHorizon, entri sampah baik letak dlm tong sampah ye dak..hahaha

Monday, May 09, 2011

Move move move!!

Isnin yang biasa.
Cuma dengan semangat yang makin luntur. 
Luntur dek all the negative thoughts yang aku simpan dalam kepala. Negative thoughts yang meyakinkan aku bahawa aku jemu, aku tak mampu, semuanya susah kerana aku sendiri dan lain lain. Dan malang, aku percaya.

Betul kan? Macam yang aku selalu percaya dan beritahu, "my greatest enemy is myself!!"

Sekarang sudah sedar, marilah bangkit melawan. Terus lawan walau kita akan diserang lagi esok esok dan esok..Hari hari kena lawan jugak.

Well crapping there. Ini semua hal nervous lusa ada meeting. rasa tak sempat siap. lalu layan StumbleUpon hasil pengaruh Sarah B (Sarah B mmg banyak kasi pengaruh dalam hidup aku).



so,

!!


"If you wait for the PERFECT conditions, you will NEVER get anything done"

Sunday, May 08, 2011

Ahad equals sunday equals sunny day equals ceria bak mentari.

Mesti kalian menyampah kan? tengok tajuk panjang aku. LOL

Dalam post lepas, aku tulis "jumpe esok" kan?
Haha tak jumpe pon sebenarnya.
(tak jadi dah 1 hari 1 post..kwang3)

Well by the way, semalam ada two excitements:



yeahh babyyy, a new fridge and phone. yeehaww!
Rasa nye dah 2 kali mem-blog hal eksaited membeli fridge.
Cuma yang kali lepas untuk rumah sewa di Pantai Murni, kali ini di setinggan tepi NKVE. Cik Nodo masih ada, ikut aku pindah sini, tapi dah tak kerja Dunkin Donut dah.

Okla, selamat hari Ahad!! Cheer peeps & jom pergi tempat lain!

Friday, May 06, 2011

Ada yang segar, ada yang basi.

"Jika kita terlalu menghiraukan apa kata manusia, kita hanyalah golongan yang menurut nafsu dan keegoan."

Lebih kurang macam tu lah yang aku dengar Prof Muhaya cakap kelmarin. Tapi memang betul, kita ni hidup nak dengar cakap orang ke cakap Tuhan? Renung renung kan..hehe

Sebenarnye aku dah mati idea ni nak letak apa..kemarin dah quotes, semalam dah puisi. Misi bulan ni satu hari satu post. Ni semua gara gara menyambut saranan Sarah B la nih. Hehe, salahkan orang lain pulak kan.

Ok, dah dapat idea. hari ni nak bubuh video basi. ngeh ngeh ngeh.
Semalam birthday P-tard (Princesstard or Avia Butler). P-tard adalah my feveret among Shaytards. Sebab dia obnoxious and fun and funny!! yeay!!


Oh, lagi satu sebab agak berbangga dengan adik sepupuku Aiman, amik ni video Aiman ngaji untuk saringan Tilawah Kanak2 Antarabangsa. Walau tak terpilih, kakct still tumpang bangga :D


ok jumpe esok!
inshaAllah~

Thursday, May 05, 2011

Pak Samad's

Pak Samad's Tetamu Senja. Lama dah tak dengar dalam radio. Dulu, kalau bukak ikim malam malam mesti dengar. Sayu je, lagi lagi kalau Pak Samad sendiri yang deklamasi. Yaa, kita semua adalah tetamu senja, datang singgah sekejap saja di dunia ni.


Tetamu Senja
(A. Samad Said, 1955)
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

Wednesday, May 04, 2011

Orang Malaysia kata kongsi, orang Indonesia kata berbagi. Pokoknya, Let's share!

Sekadar berkongsi dan mengulang kata kata Prof Dr Muhaya.
Setiap hari kita akan menghadapi pilihanraya dalam kehidupan. Pilihlah pilihan yang tepat dan bijak:

  1. Iman atau Nafsu
  2. Dosa atau Pahala
  3. Syurga atau Neraka
  4. Taat atau Maksiat
  5. Redha Allah atau Murka Allah
Ya, hidup ini tentang membuat pilihan. Petunjuk sudah ada. Kita tinggal pilih :D

Dalam masa yang sama, aku suka kalau dapat baca quotes2 yang inspiratif.
Then, stop and stare, sit and ponder. Dan mulakan misi selamatkan dunia dengan diri sendiri.

Bak kata Gandhi,

"Be the change you want to see in the world"

Ok, jumpa lagi. Let's go save the world!

Peh terbang-terbang, nak selamatkan dunia. Hehe

Tuesday, May 03, 2011

Pilihan untuk menjadi siuman di tangan anda.

ada orang tu kan, orang gila.
aku harap orang gila tu sembuh lah satu hari nanti.
hidup ni boleh dikatakan tentang membuat pilihan.
kalau orang gila tu pilih untuk terus gila.
aku boleh buat apa, kan?
hehe.

Monday, May 02, 2011

Dare you to move

"Where can you run to escape from your self?
Where you gonna go?
Where you gonna go?
Salvation is here"

-I dare you to move, Switchfoot


Sunday, May 01, 2011

We are different. but happy ;)

Kejadian manusia setiap satu nya berbeza.
Perbezaan membuat dunia ini sempurna dan indah.
Aku selalu ingat pesan ustaz aku masa form 4, Ustaz Husin..


"Manusia dilahirkan berbeza-beza untuk saling bermesyuarah."


So, chill peeps if u meet bunch of people that u think are weirdoss..coz they might think the same toward you. haha. Itulah, selagi kita tak memahami dan menerima satu sama lain..perbezaan kita hanya mengundang persengketaan. So be positive. Tak kenal maka tak cinta ;)

Ada satu lagu, 


"Why am I making this hard on myself
When there’s so many beautiful reasons I have to be happy"
-Natasha Bedingfield's Happy

Let's be happy peeps~
:D

Thursday, April 28, 2011

Saving The World? Saving My World?

Aku dikelilingi dengan begitu ramai orang. Semuanya bercakap tentang hari hari mereka, hari lampau, hari sekarang dan hari depan. Kebanyakannya bercerita hal penyelidikan, memandangkan aku adalah dalam bidang ini.

Tapi, roh aku tidak berada di situ. Sudah seminggu roh aku seakan terpisah dengan semua ini. Mungkin aku sendiri memilih untuk berada di tempat lain. Dunia lain.

Aku mula rasakan semua ini salah.
Di dalam dunia realiti aku, manusia manusianya mengejar sesuatu yang sama; publications, impact factors, citations, conferences, master degree, phds etc etc.

Aku sakit memikirkan. Aku penat.
Aku lihat balik diri aku dan pertanyaan keluar bertalu talu, "Betul aku mahukannya?" "Betul?"

Dan pada masa yang sama aku mula terfikir yang semua ini adalah satu penipuan dunia. Apa yang aku dapat dengan research aku nanti? Apa? Nama? Master? Boleh bangga bangga, nak cerita dengan orang???

Tak bolehkah kita hanya semata ikhlas menuntut ilmu? mengalami pengalaman? Tanpa ada garisan ciptaan manusia yang boleh tentukan tahap kita? Siapa kau nak label aku?
Huhu,

Dan, aku yakin aku ada tujuan yang lebih hebat dilahirkan ke dunia ni.
Untuk itu, mari angkat tangan dan doa kuat kuat supaya Allah tunjukkan jalan sebenar buat kita.

A kid. and alone.
p.s. Feel like saving the world. Wanna join?

Tuesday, April 26, 2011

Panggilan pulau dari kota debu, kota lumpur

Kuala Lumpur dari Petaling Jaya.
Langit penuh debu. Jalan jalan sesak.
Oh, rindu udara kampung.
Rindu udara pulau.

Weekend sudah aku bercuti ringkas ke Langkawi.
Percutian yang dapat aku simpulkan; percutian yang tenang.
Love it!

Now let the pictures speak..

pertama kali terbang :D

Langkawi sunrise. Sun rise ke? hehe

'Aishah's work place

Garuda itu helang

Cable car close for maintenance?


Walking up the hill. Kesemputan.
Sampai sini sahaja. Tiada telaga tujuh. hehe

Pantai Kok? Subhanallah

Chocolate Hunting.

Laksa Power.

Pantai tengah.

Para sailing hampir tersangkut. hehe



Mencari matahari terbenam. Di Pantai Tengah.

Gua Buaya

Gua Kelawar


Gua Kelawar: Group pitcha!

Open sea: titanic? hehe


Fish feeding.

Kota Mahsuri. Rumah Kedah.

Idaman Suri :D

Selamat tinggal!