Tuesday, December 28, 2010

Komunikasi pelik. Seni halus?

Banyak sangat benda yang kita cuba sedaya upaya untuk faham tapi kita still tak faham-faham. Contohnya, Adam Kasturi



Cuba kau orang cuba tengok. Lepas tu kasitau aku, apa cerita dia?

p.s. dekat nak tiga tahun, aku masih tak jumpa maksud dia apa.

Sunday, December 12, 2010

Hey jangan nak 'patah hati' sangat

Petang Jumaat, mak dan bapak datang.
Mereka bawak semua adik adik bersama.
Datang ke rumah saya di Kelana Jaya.
Happy rasanya, walau pun bergegarr jugak la kan.

Hehe.

Minggu lepas punya mood macam roller coaster.
Pening dibuatnya. Harap harap tak bersambung ke minggu ni.
Boleh gila wo.

ok, jom nyanyi sikit lagu feveret minggu ni,

"patah hati, jangan terdampar sepi, jangan tersungkur mati,
 patah hati, jangan leburkan mimpi, jangan memakan diri"


"bukankah Tuhan ciptakan malam buat beradu menanti siang,
 bukankah Tuhan titiskan hujan menanti limpah kemarau panjang"


(Saujana - Patah hati)


p.s. Jangan Menyerah masih feveret gak ;;)

Wednesday, December 08, 2010

Eleventh year of Najihah B.Happy Birthday!!

SELAMAT HARI LAHIR
yang ke-11
buat adik bongsu saya,
Siti Nur Najihah !!!



Jiha, banyakkan bersabar ye..jadi anak bongsu memang selalu kena kondem. :P
Nak kek perencah apa kali ni? hehe :)


oh, adik saya dah besar! T_T (touching)

Tuesday, December 07, 2010

Tahun Hijrah dan Playlist

Salam Ma'al Hijrah 1432H !!
Laju betul ye.

Di malam yg bising ini (flat sebelah NKVE, biasala bising), lagu lagu Hijrah, Kekasih (Nowseeheart) betul betul masuk mood. Playlist berputar lagi mainkan aku lagu Saifullah, Kesaksian (Brothers). Membawa aku masih dalam mood kebangkitan Islam. Serius aku selalu berkobar kobar mengenangkan zaman kebangkitan. Dan serius aku selalu berharap dapat mengembara dan pergi ke zaman itu. Untuk merasakannya sendiri. :( 

Namun lagu Patah Hati (Saujana), Jangan Menyerah (D' Massiv) bawa aku kembali ke dunia yang nyata. Menyedarkan aku perlu bersyukur tak kira apa pun. Untuk tambah dos lebih tenang Qasidah dari Muhammad alHussayn, Maula ya dan 'Araftuka melengkapkan list. Maka berputar terus satu pusingan..kalau tak cukup, tambah satu pusingan lagi dan lagi dan lagi.

Ye kawan kawan memang dari playlist lagu memainkan mood..atau terbalik? Memang permainan mood menentukan playlist kita? Ouh never mind, I'd say they both play their part. Plays really well for me.

:)

Saturday, December 04, 2010

Yeah baby, jangan menyerah..

bila mana aku selalu berasa terkebawah dan jatuh (down),
aku sedaya upaya memujuk aku dengan lagu ini..

enjoy everyone~

Jangan Menyerah.

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik
tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

Tuesday, November 30, 2010

Shifted

I need to look back.
Cari balik motif.
Kerana aku sudah highly distracted dengan environment

loading 2%..
loading 5%..
loading 13%..
load  i nng 342134351826..

connection ERROR. please retry later.

pfft!!
(aku tau, tajuk aku selalu tak selari. ada aku kesah?haha)

**************************************************************

oh ya, Faiz dah kahwen. Nah gambar..



Faiz member sekelas aku form 1-5.
Tahniah!

Friday, November 19, 2010

Buat kakak ku Poppy Puspitasari =)


Seorang lagi kakak ku nak menikah.
Sedih sebab aku tak akan dapat menghadiri walimahnya di tanah Jawa.
Terlalu jauh dan butuh pembiayaan agak besar.

Namun tak mengapa mbak,
Cukuplah saya cuma nitip doa nya ya..
Saya doakan segalanya berjalan lancar, 
Saya doakan yang baik baik buat kakak, keluarga akak dan bakal keluarga akak.

Dan semalam bagus sekali.
Dapat juga berjumpa dengan kakakku yang comel ini untuk merisik khabar..
Walau pun cuma sekejap, malah di hostel sahaja,
Saya cukup senang mendengar cerita akak dan pertemuan dengan bakal suami.

Langsung berfikir..
Kita kahwin bukan sebab pangkat, harta, rupa atau umur..bukan juga sebab kita jatuh cinta, tapi kita kahwin sebab dah jodoh..hehehe..Begitulah kalau dah rezeki, kalau dah jodoh, tak ke mana; Allah tentu permudahkan jalan..=)

Jadi buat yang belum ketemuan, chill bebeh, dan terus berusaha. Adalah tu nanti. hehe

Dan pada yang yang sudah berpacaran* jangan lebih² sangat pulak. Kalau si pasangan bukan jodoh kamu? Tak ke ralit nanti kalau dah serahkan segala gala? Hahaha! (oopss ter-evil)






p.s. *pacaran/dating bukanlah anjuran agama Islam kita. Ayat di atas bukan lah bermakna aku menghalalkannya :P

p.p.s terima kasih juga buat adikku Sarah B. sebab temankan pergi UTP semalam! Arigatou!!

p.p.p.s. DOT!!! Susah nya nak jumpa kamu!! Rindu!

Wednesday, November 17, 2010

Konflik teknologi..pffftt

Saya suspek, wireless notebook saya rosak.
Sudahlah saya beli router semalam, masih tak berjaya setup.
Berpeluh peluh, sampai wireless saya pun terjejas.

Huh, harap harap apa yang saya suspek ni salah.
Kalau tak, hancur lah hati saya.
Ini pun dah remuk kemik kemik.

Tapi takpelah, kalau dah nasib saya..nak buat camnerr.
Mari kita ber-happy, bersyukur dengan banyak lagi benda lain yang kita masih miliki. Contoh nya, ni ethernet connection masih baik..chill bebeh.
Susah2 amik je external wireless.


Ok? Better dear?? heee :D

Oh, btw..Selamat Hari Raya Eiduladha y'all !!! :)

Tuesday, November 16, 2010

Q&A diri sendiri. Haha

Banyak benda yang kita suka tangguh tangguh.

Sebab apa kita tangguh ye?

Apa kita risau terburu buru melaksanakannya?
Atau apa kita tengah tunggu saat yang terbaik?

Bagaimana kalau saat terbaik adalah sekarang?
Macam mana kita nak tau?

Bagaimana kalau kita dah pun terlepas saat terbaik?
Macam mana kita nak tau?

:(


Chill Hajar B,
Usaha saja yang terbaik, diturut dengan doa dan tawakal.
Percaya takdir akan bawa kita,
Ke jalan yang sangat paling terbaik.(ta'kid 3kali tu!)
Percayalah dan yakinlah pada Perancang Agung.

:)

Thursday, November 11, 2010

Perempuan perempuan dalam hidup saya, terima kasih!

Last time pulang ke kampung,
I supposedly had felt down.
Cuma ini down pasal perkara yang berulang banyak kali.
Jadi, saya cuba halang diri dari perasaan down.
:)

To my mum Miskiah Y.,
Mak, maafkan Siti tak pandai cari duit. Tapi mak please yakin dengan jalan Siti pilih ni ye mak. Doa dipermudahkan, dan dimurahkan rezeki buat Siti. Moga mak juga dilapangkan hati dan dikurnia kesihatan tubuh badan.

To my sis Sarah B.,
Thanks untuk semua support(dan sponsor) kau. hehe. Akak doa rezeki kau dimurahkan, hidup kau dipermudah, dan kau dapat gigi cantek nanti..hehe perlu ke?

Lastly to myself,
Hoi rajin sikit! haha.

















p.s. perempuan kecil, Najihah B. please la makan banyak biar besar sikit. hehe

Wednesday, November 10, 2010

שטויות.crap.karut

Sebelum terjatuh, biar aku kukuhkan pegangan.
Sebelum terjatuh, baik aku jauhkan longkang.
Sebelum terjatuh, baik aku terjun tasik je.

tasik?
Jom jogging petang ni!

Monday, November 08, 2010

Puisi ganti lagu, bila idea ber-blog makin tumpul

Pagi pagi hari,
malam malam hari,
aku selalu terdengar puisi A. Samad Said.
Paling selalu aku bertembung, adalah 'Tetamu Senja'.


Namun pagi ini 'Jika' benar benar menangkap,
Mari..


Jika
Jika bukit menjadi gunung 
Gunung menyuburi rimba 
Jika sakit mendorong menung 
Menung meransang dewasa 
Lorong hidup banyak cabarnya

Jika rakit menjadi kapal 
Kapal meningkat bahtera 
Jika bangkit melawan gagal 
Gagal membibit hemah 
Landas hidup banyak tuahnya

(sajak Jika, karya A. Samad Said, dari antologi Rindu Ibu)
tambah audio pulak..kasi feel lebih. :)

Thursday, November 04, 2010

Jangan takut buat silap, selagi kita belajar daripada nya..

Agak lame tapi better late than never right?
Semalam aku baru kenal Prof Dr Muhaya.


Terinspirasi rasa nya.
Sampai lab, terus youtube-ing cari beliau.
Nicest!


Lastly sedikit suntikan semangat,


"Success is not being better than someone else, but success is becoming better than you were yesterday"


"Nothing is a failure, everything is a lesson in life"


ok, till next time..

*secara kebetulan ke apa, kenapa lecturer² perubatan UKM mcm best best ek?..hehe :P

Monday, October 25, 2010

500 kilometer !!!

menangkap demam lagi.
sekarang tak boleh kena hujan sikit, serta merta je demam.
oh!

Hari ni hari lahir Sarah B. yang ke-23.
Sarah kata kali terakhir dia dapat kek birthday masa form 5.
Ok, jom beli kek satu malam ni.
(dah beli dah pun. hehe)

Hari ni sangat panjang buat aku yang demam ni.
Datang awal ke lab, lepas hantar Sarah B pergi kerja.
Dalam jam 11 pagi dapat panggilan kecemasan dari Akmaliah.
Mak kepada Fairus masuk wad kecemasan tiba tiba.
Aku blurr dan terkejut, tapi Akma minta teman dia hantar Fairus pulang ke Manjung.
Aku ikut kan je, tanggungjawab sosial kan :).

So, 11:30 am bertolak ke Manjung dan tiba jam 3pm.
Lega melihat mak Fairus dah keluar wad kecemasan, kami makan dan solat.
Buru buru pulang semula ke KL.
Jam 7 petang sudah di Bangsar.
yeeehaww..
what a day~~

Moga mak Fairus banyak kan berehat, dan get well soon.
dan Fairus sekeluarga dalam keadaan yang ceria semula.
:)
Amin~

p.s perjalanan kami pergi balik lebih kurang 500km. wow! :D:D

Saturday, October 23, 2010

Abang abang feveret aku.

Bersiaran dari Low Dimensional Material Research Centre, Physics Dept.

Tapi apa yang banyak aku buat hari ini, takde lah low dimensional sangat.
Layan Linkin Park je sepam.
hehe.
.
.
.
Susah nak cakap.
Perasaan dia,, kalau layan LP ni memang...
ah, memang susah nak cakap lah..
mesti jatuh cinta lah tiap kali pon.

Cume, album dia baru ni aku tak beli lah. aku download je..keh3 tak dapat la poster ke car sticker ke macam selalu selalu..dan, soalan nye sekarang, sebab apa sejak dulu pun diorang ni sentiasa boleh ada tempat kat pemain lagu aku dan hati aku? sebab apa?


yeah. sebab gabungan abang dua orang ni!! 
Mike Shinoda & Chester Bennington




  
sorang macam gila. sorang macam baik. sweet kan? hehe

Nice eyh, rambut abang Mike? hehe..Oh ye, abang Brad belakang tu pon I suke jugak.

Friday, October 22, 2010

Rancangan Terbaik.

Kita biasa dengar orang cakap,

"If we fail to plan, we plan to fail"

Ye betul lah tu, hidup mesti ada perancangan. Cuma, dalam minggu ni aku ternampak sesuatu; di mana masalah jadi bila perancangan kita tu dibuat terlalu detail dan kita tak beri langsung ruang untuk 'Perancang Terbaik'. Bila terjadi ini, kita mulalah jadi terlalu tertekan bila segala apa yang dirancang tak menjadi, or not according to plan. 

Jadi, longgar longgar kan sedikit diri dari terlalu fokus or terlalu yakin dengan perancangan kita. Kita merancang, Allah merancang. Yakinlah rancangan Allah yang terbaik buat kita. Wa Allahu a'lam.

p.s. Cuma masalah sekarang ni, apa perancangan aku? Takkan nak plan to fail kot?? wake up Hajar B!


Tuesday, October 19, 2010

Urgh.

bersalah dan kesal

bersalah pada manusia.

kesal dengan manusia lain.

bodoh.

Thursday, October 07, 2010

Diari gades gades.

Hari ni nak buat blog ala ala diari. 
Baru lah gades..
hik hik hik.
okayy, mari mula.

11:30 a.m.
Hari ni hari ketiga bekerja keras kat lab (Betul ni, memang keras wo). Hari ni nak run UV Vis, PL and Profiler meter pulak. Semalam tak sempat, sebab kaki dah nak tercopot, mata pon dah terkebil kebil buat I-V measurement. Walaupun hasil masih tak menyala (luminance < 1) oh my so-called OLED, tapi tak mengape, I-V makin bagus..kudos la sikit sikit. :)

Hehe. (gelak macam Maisarah Rashid)

Selain sibuk sibuk hal coumarin dari Poland tu, kami ada research baru nak propose,,

jeng..jeng..jeng..

"ZINC OXIDE (ZnO) !!"

hahaha aku memang xleh lari dari ZnO ni. Ia ada di mana mana. Masa jadi RA kat pasum dulu, ZnO adalah sebagai nanofiller. Di UTP pula, semua sibuk synthesize ZnO nak buat nano particle dalam bentuk powder. And now, kami nak buat ZnO thin film as transparent conductive oxide (TCO) gantikan ITO yang rata rata digunakan dalam aplikasi OLED dan organic solar cell. Harap harap berjaya. Okeyh, petang ni ada meeting. Nervous sikit please.

5:22 p.m.
Update lepas meeting dengan prof, hahaha kantoi masih tak hantar report in paper format. Dang! Aku bab bab writing ni memang lemah lah..and Prof sudah kasi dateline baru: in two weeks time. ok jom. senang je kan buat paper. Kak poppy buat sebelah tangan je sambil tutup mata. Takkan lah aku tak boleh..Ahaks!

Ok bye!

p.s.: amacam? cukup gadis tak blog aku ni??

Monday, October 04, 2010

Bagi peluang, percaya diri

Permulaan hari yang teruk.
Astaghafirullah.


Tak apa, yang penting kita kene betul kan kesilapan kita.
Harap harap jangan ulang lagi..**pray really² hard**


Jadi hari ini, mari menjadi sakaii, siapkan kerja tertangguh seumur hidup.
and dont forget to prioritize, Hajar B.

"Go Hajar B!!!" (Babytard. cuteness!)

Wednesday, September 29, 2010

Bila engkau jauh~

Lagu bulan ini adalah dari Shannon Shah...


Sedapnya hati tidak jemu
Tak sabar bermanja
Hanya sehari tak bertemu
Macam selamanya
Rindukan tawamu
Yang menyegarkanku

Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh

Aku bermimpi
Riang terbang
Pagi sampai senja
Cinta dihati

Sudah kembang
Untuk engkau saja
Tidur atau jaga
Rindu sentiasa

Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh

Aku tak pernah bercinta
Sampai terbalik seluruh duniaku
Hanya satu yang kupinta
Jangan tinggalkan daku

Aku merayu oh kekasih
Belailah hatiku
Bilaku layu lagi sedih
Curahlah kasihmu
Kau dakaplah aku
Sembuhkan piluku

Aku tersiksa dengan sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh

Jika kau rasa sepertiku
Bila aku jauh
Biarlah dua jadi satu
Bersama selalu
Hanya kau dan aku


comel kan lagu ni?
pengaruh rakan tak sebaya lagi.

Tuesday, September 28, 2010

Hidup penuh alasan

demam datang lagi.
kesan khas bila beraya sakan.

aku syak Saipul Fakir ada kasi taruk ubat dalam minuman sarsi kat rumah dia. aku dan Maisarah Rashid terus demam ni.

sepatutnye busy dengan kerja.
bila begini jadinye, tak sempat la nak hantar abstract.

ok, alasan.

Sunday, September 26, 2010

Mempersetan kata hati.

Bagaimana kalau? 
Langkah tersalah lagi..
tapi, tak salah mencuba bukan? 
well, I have nothing to lose.
Lets do this!


Oh, btw been a while saya sudah hilang napsu nak memblog.
tapi mengenang target nak kasi at least 8 post sebulan.
singgah sebentar lah di sini.


tambah lagi sepatutnya saya semakin busy.
saya nak join mpsgc (konferen). saje nak cube try masuk poster..
oh oh..dateline hantar abstract 30hb..oh oh! 

Saturday, September 18, 2010

Spirit anak muda makin menurun.

Lately I am too lazy reading blogs.
I just watch vlogs.
Nak mengeja pun malas kan.
Tak senunuh.
hehe.

I would say that tahun ni punya raya better than last year.
good quality time spent with me fam.
no more dayss of hanging out wit friends, beraya sakan and open houses.
mungkin tahun ini adalah titik tolak kehidupan muda dah mula nak slow sikit.
well, that is what I think.

Tonight is Syawal 10th. 10 days after Ramadhan..
Oh, let see how our last Ramadhan had trained us..
Chaiyok2!

Tuesday, September 14, 2010

Support la sikit

saintis adalah cita cita aku masa sekolah rendah.
study di UTP adalah cita cita aku masa tingkatan 5.

sekarang,
aku berdoa cita cita aku masa tingkatan 3 pun tercapai.
may take few years,
may face lots lots of ups and downs,
but I'll try my best.
Ganbate neh!!

Monday, September 06, 2010

In case you're bored of monologues, just close the tab.


Masjid Tengku Kelana Jaya Putra (2 kali terawih kat sini. best!)

suasana dah mula sunyi.
ramadhan berbaki dalam tiga hari.

bermula nya ramadhan, aku memang bersemangat..
Namun semangat sikit sikit luntur mula tiba masa wanita.
dan semua nya diteruskan dengan alasan.

sampai kadang susah nak percaya kalau aku boleh berubah jadi lebih baik.
mengenangkan Allah takkan mengubah nasib aku sehingga aku berusaha mengubah,
aku mempunyai rasa kecewa yang teramat terhadap diri sendiri.
sejak malam semalam, aku terus bertanya tanya;
"apa perkara bagus aku dah buat dengan hidup aku?"

Namun syukurlah aku masih manusia yang normal boleh menghisab diri lagi.
Moga Allah tetapkan hati aku berpegang teguh pada taliNya dan tidak dibolak balikkan hati.
Diselamatkan dari rasa angkuh dan ego.
Juga dari inferiority complex.
amin~~
=)


Thursday, September 02, 2010

Tahu tapi lupa.

kita tahu, tapi kita selalunya lupa.
kita akan mati juga satu hari dan ia semakin hampir.


apa kita telah menjaga amanah anggota deria dari Allah sebaik nya?

mohon Astaghafirullahal'adzim.


Tuesday, August 31, 2010

Apa aku juga kawan yang baik?

kawan ada banyak.
tambah tambah tengah happy. memang banyak.

tapi, kawan yang selalu dalam hati,
adalah kawan yang baik.
define baik?
baik sebagai manusia.

bila senang, sama2 share.
bila susah, sama2 tolong.
bila lupa, sama2 kasi ingat.
bila salah, sama2 kasi betul.
bila betul, betul lah. apa nak lagi..

Well, syukur Tuhan,
aku ada baaanyaaakkk kawan yang baik, subhanallah dan alhamdulillah.


oh ya,
semalam aku berbuka bersama GBS.
alang alang aku ada, kami langsung sambut birthday kak Poppy yang sepatutnya Jumaat ni.
hehe :D


Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Kebangsaan Esok.

Hidup memang selalu tiba tiba.
Semalam tiba tiba aku nak teringat zaman kunak kunak, suka main game.

Selain suka main strategy game macam Red Alert, Star Craft, Warcraft dan kejadah yang seerti dengannya, aku juga gemar main game jenis fighting game one to one combat. Paling into tentulah King of Fighter (KOF). Tahun berapa, version ape, aku tak peduli sangat, yang penting aku lawan sampai habis..hehe.

Cerita pasal KOF, watak paling aku minat adalah Yagami Iori. Dia ni macam mental/psycho sikit (aku ade jugak baca komik dia sikit sikit.hehe) tu pasal aku suka. Kalau orang mental bawak berlawan memang syiok la kan..Selain Iori, aku tak gemar sangat pilih karekter lelaki. Aku rasa otot diorang banyak sangat, berat aku nak kontrol. Iori lainlah dia tak berapa nak berketul ketul.

Karekter karekter feveret.

Beralih ke karekter wanita wanita. Peh banyak gak yang aku suka. Ada dalam 5 orang; Leona, King, Whip, Kasumi dan Vanessa. Semua berciri maskulin. Ahaks! dan semua ada kelebihan masing masing. Kalau King memang muay thai, Whip dengan cemeti nya melibas orang dari jarak jauh, Kasumi ni teknik aikido kot. Vanessa aku kurang pasti, jarang guna..penumbuk dia boleh tahan gak lah. Dan, aku punya all-time favourite adalah Leona Heidern berambut biru..sekali dia mengamuk tukar rambut warne merah..Dia ni kuat, selamber je campak campak orang. Jiwa memang jiwa membunuh. nyummeh!

Ah, kalau nak cerita panjang, aku pun serabut jugak pasal King of Fighter ni punya konflik, so layan jela main lawan lawan ye tak, tak payah amik port sangat pasal jalan cerita..

Jap, di pagi Ramadhan ke 20th ni..kenapa aku buang masa cerita hal King of Fighter pulak kan? penting ke? haha..ok la kome, akhir kata, Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 53 yerr.. dan marilah kita memerdekakan diri dari penjajahan minda yang semakin kronik ni.

Cara tak semangat kebangsaan aku? Ada rasa nak lempang?

p.s. suka main collage kat picasa sejak akhir akhir ni: pengaruh rakan tak sebaya.

Sunday, August 29, 2010

Sang Pemimpi!!

Setelah Laskar Pelangi, adalah Sang Pemimpi.
baguuuus sekali filemnya. pasti buat kamu berani bermimpi lagi :)

Sang Pemimpi~

Kalau Laskar Pelangi kegemaran aku adalah Mahar, untuk Sang Pemimpi tentulah Arai! hehe. Mujur watak Arai versi dewasa (Ariel Peterporn) tak sampai 10 menit pon kalau tak mesti hilang sikit mood..(sorry, jadi bias hehe)

Mahar (Laskar Pelangi)

Arai

Jimbron, Arai dan Ikal

Seman Said Harun. "Ayah juara satu seluruh dunia"-Ikal

Some of kata kata:

"hai adik cantik, sudilah kau bagi bahagia dengan senyum sedikit ke abang" -Arai (mengurat Zakiah Nurmala)

"Kalau dak punya mimpi dan harapan, orang-orang macam kita akan mati, kal"-Arai (disaat semangat Ikal jatuh)

**nada Belitong ye kalian~ ;)

Saturday, August 28, 2010

Don't make it hard for yourself.

I found this while browsing through facebook.
Odie shared the vid of it with lyrics.
agak menangkap, here it is then from Natasha Bedingfield - Happy,

Ooh.. Oooooohhh.
Landlords Knocking at my door cussing me out
Got laid off my job the night before
Can’t figure how
I’m gonna fix tomorrow away
If today’s still a mess
Can u tell me what’s the point man,
It all seems meaningless
I wish that I could step away and breathe
This world’s trying to swallow me
Clear away the clouds inside my head

[Chorus:]
Someone just tell me
That it’s ok now
What are you worried about

Got my dreams, got my life, got my love
Got my friends got the sunshine above
Why am I making this hard on myself
When there’s so many beautiful reasons I have to be happy

People lie, people hide, people cry, people fight

And they don’t know why
If fear is all that we should fear
Then what are we so afraid of
Cause fear is only in our heads

Someone please say...

Any day ill go bad thinking bad
Everyone is against me and the world wants to fight me
Preparing to battle an enemy unseen
During my stressing I’m blinded to the lesson
That could be a blessing if Id be confessing that the enemy
I’m trying to beatis hiding inside of me

But it’s ok now...what are you worrying about...


Keep your grind on girl...it’s your love, it’s your world...


"Why am I making this hard on myself, when there’s so many beautiful reasons I have to be happy"
betul kan?

Friday, August 27, 2010

3 jam.

jreng jreng jrengggg...
lalala...

semalam saya jumpa chef Annaz!
makan kat Pannaz,
berbuka puasa bersama Fairus, Akma dan Wani (orang kuat Sime Darby).
Tapi saya tak boleh lepak lama lama dengan diorang.

Hari ini, jam 7:08 pagi dah vroom vroom ke kampong Gajah.
3 jam kemudian,
yeah Kg Gajah, I'm home!!

Monday, August 23, 2010

Lil' Prayer

A something that I think of let it go.
I search it back these days.

Allah knows best.
I pray for it.

Monday, August 16, 2010

Ramadan 4th yang membawa aku ke alam lain.

Sabtu lepas, saya jumpa Sis Zabrina the Life Storyteller.
Saya sangat teruja.

Kejadian adalah dalam satu talk event anjuran Young Muslim Project (YMP).
Kejadian berlangsung di sebuah kondo di TTDI.

Mula mula saya sangat nervous, sebab rasa asing.
Mujur saya datang bersama Hanim. Kami berasa asing bersama sama..hihi
Namun lepas ice breaking ala kadar, dan Sis Zabrina start kasi talk,
saya rasa macam nak join every talk diorang. saya berasa seronok+different vibe. (its kinda group conversation or usrah or sewaktu denganya)


They (YMP) are not just a group of rich urban people, they all are islamic, kind, educated and nice..Subhanallah~ hee :)

Ooopppss, no judging please..

Last but not least,
I got Sis Zabrina's 3rd book: Life is an open secret - Ramadan Special !!


Yeay!!

plus,
meeting Sis Zabrina in person pun rasa bertuah..subhanallah. more please, sis! heee :D

Wednesday, August 11, 2010

Rawak Tak Berapa Rawak.

Jumaat lepas, seorang kawan baik mengalami kemalangan jalanraya.
Patah tulang pelvic, hip dislocation, metakarpal pun stretched & skewed.
Aku bersimpati. Aku hanya mampu kirim doa dan semangat.
Moga kamu bertabah dan cepat pulih, Nodo.

Kerja aku?
Produktiviti merudum.
Result berkepul tidak di analisis.
Procrastinating surely sebab utama. ayoyo.

Oh ya,
Salam Ramadhan, all~
Ayuh berusaha yang terbaik!

Tambah gambar Masjid Nabi kasi impak ramadan kuat sikit.

Thursday, August 05, 2010

Turun naik iman.

aku mengaku,
aku ralit dengan dunia.
terlalu ralit.

kejar kejar tanggungjawab dunia,
kejar kejar materi,
sampai meng-enteng enteng kewajipan agama.

mungkin buat pengajaran,
aku semakin tersepit dengan dugaan ekonomi.
ini musibah buat aku.

musibah datang dengan hikmah,
bila mana muslim ditimpa musibah,
mereka bermuhasabah.
dan kembali ke fitrah.

mari bersyukur, dengan nikmat utama kita: agama Islam~~ :)

Monday, August 02, 2010

Mari berhidup dengan tenang.

I am tired of mengenang nasib.
Let us just rejoice the luckinesses in our life.
And do the best for today.

:)

Friday, July 30, 2010

Tiada lagi suara Alya.

Ada sorang budak kat flat aku dalam lingkungan umur 5 atau 6 tahun. setiap hari aku balik or keluar rumah, dia dah ready2 depan pintu sambil menagih dengan penuh keazaman, "kak, ade syiling kak? syiling kak!" tak pun, "singgit kak singgit". Budak yang namanye Alya ni sangat fokus dan determined. Setiap kali dia menagih, aku akan cuba melarikan tumpuan dia dengan soalan2 lain seperti "dah makan ke belum? adik darjah berapa? nak gula gula?". Taktik2 tu semua tak berkesan. Alya sangat fokus. Last2, aku hulur le dua kupang, senyap la dia balik umah. Kadang kadang aku main tipu jugak, kasi gula gula, dia senyap gak balik umah.

Aku pernah dengar khabar angin, Alya ni ada ilmu ghaib; ilmu sejurus. Aku nak percaya dah macam khurafat je bunyi tapi kalau tak percaya, memang macam betul pun. Budak ni macam boleh bau bau je kehadiran aku, tiba tiba je muncul. Pendek kata, Alya memang menghantui lah perjalanan aku kat flat ni.

Namun, kejadian ni tak berterusan. Dengan tiba tiba, Alya ni dah tak ada lagi aku nampak bayangnya, apatah lagi tagihan tagihan syiling nya..ye, tiba tiba je. Alya memang misteri.

Sebenarnya, Alya ni jiran sebelah rumah. Saje je nak tambah post..tapi betul Alya dah hilang. Mana dia ek?

Fast Learner or High Detail?

I am a fast learner, not high detail.
I am easily distracted thus really struggling when it comes to focus thing.

Menjadi orang yang mudah belajar seperti aku, adalah sukar bila perlu memberi tumpuan. mudah tertarik dengan semua perkara. Ingin tahu semua perkara. Lalu aku lupa untuk memberi tumpuan.

"Ok, mana nak buat dulu nih?" antara monolog dalaman yang sentiasa ada.

Akhir nya aku end up buat multiple perkara yang langsung tiada dalam task asal.

Well, there are always price to be paid. Itu mungkin harga yang perlu dibayar aku menjadi fast learner..(fast ke? bahaha)..Ok now, fokus! Berusaha Hajar B!!

Wednesday, July 28, 2010

Menangkap.

Lagu menangkap waktu memandu lagi.
Lagu Alanis Morissette lagi.

check it out..

IRONIC

An old man turned ninety-eight
He won the lottery and died the next day
It's a black fly in your Chardonnay
It's a death row pardon two minutes too late
And isn't it ironic... don't you think

It's like rain on your wedding day
It's a free ride when you've already paid
It's the good advice that you just didn't take
Who would've thought... it figures

Mr. Play It Safe was afraid to fly
He packed his suitcase and kissed his kids goodbye
He waited his whole damn life to take that flight
And as the plane crashed down he thought
"Well isn't this nice..."
And isn't it ironic... don't you think

It's like rain on your wedding day
It's a free ride when you've already paid
It's the good advice that you just didn't take
Who would've thought... it figures

Well life has a funny way of sneaking up on you
When you think everything's okay and everything's going right
And life has a funny way of helping you out when
You think everything's gone wrong and everything blows up
In your face

A traffic jam when you're already late
A no-smoking sign on your cigarette break
It's like ten thousand spoons when all you need is a knife
It's meeting the man of my dreams
And then meeting his beautiful wife
And isn't it ironic...don't you think
A little too ironic...and, yeah, I really do think...

It's like rain on your wedding day
It's a free ride when you've already paid
It's the good advice that you just didn't take
Who would've thought... it figures

Life has a funny way of sneaking up on you
Life has a funny, funny way of helping you out
Helping you out

menangkap bukan?
ironik nye!
:D

Tuesday, July 27, 2010

Ketakstabilan ekonomi rumah tangga

there are ups and downs.
always.

ok pelajaran hari ini adalah...
ummmpppp...
ummmmm....
ummmm,,

ada pelajaran ke?

Ah, lately rasa demotivated sangat.
sebab utama adalah, penyusutan keadaan ekonomi diri.
bila rasa down memikirkan keadaan nih,
mesti teringat kata kata prof,
"awak sekarang buat research voluntarily, jadi kene highly motivated."

ok, aku baru paham. agak demotivated rupanye bile duit dalam akaun semakin susut. demm.

mungkin ada yang berpendapat, lebih baiklah aku terima je offer UPNM sambung master sana..geran ada, gaji pon ada..bawah mindef plak kan..

cuma aku berfikiran lebih kritikal lagi, berkira2 macam mana aku nak survive sorang2 takde team, dengan sv yang blurr (sorry to say. tis is what i see) ye..aku risau. penuh kerisauan. Lebih utama lagi, research field memang susah betul aku nak tangkap,,blast wave? C'mon..me is lembab..3 semester pun tak tentu boleh catch up lagi ke..entah..dah lupakan UPNM.

di UM pulak, semua cukup. kawan2, team, prof as SV, environment yang familiar..aku yakin, aku selamat di UM...hihihi.

jap, aku rasa aku dah jauh sangat menyimpang nih..sebenarnye aku just upset, cheque tak keluar lagi untuk bulan Jun..dang!! esok kene serang bendahari nih..

Monday, July 26, 2010

Nerd in the making.

There are so much to learn. though I am back in Solid State Physics again, doing OLED again but there are really so much new thing to learn. Dahulu adalah teori, sekarang adalah eksperimental. Teori memang memecahkan kepala. Tapi eksperimen pun tak kurang juga pecah kepala memikir reason kenapa eksperimen tak berapa nak berjaya..Cuma, yelah at least experimental ada juga lah result nyer.

CEM0.5MK (coumarin) thin film under UV light. Photoluminescent!

Currently I'm working on some coumarins synthesized by a group from Politeknik kat Poland; Politechnika Krakowska..they all (coumarins) are CEMMK. Done UV-Vis, photoluminescence analysis, and IVL..all basics. But I still could not get clearer idea on the device; the theories esp..single layer/multilayer, homo-lumo, doped/dopant, p-type, n-type, etc etc...they are tangled up here in my head.

OLED basic structure

I need to be more organized. Prioritize prioritize..Ops sebelum terlupa, report bebudak pasum dah mark? keh3...see.. i need to be more organized please!!

May end up like this if the procrastination continues..haha :P

p.s : pada geng2 organic; solar cell & OLED, redho jela ek aku berpoyo ngan gambo sampel aku...hihihi

Saturday, July 24, 2010

Impossible? Never!

heart them.
♥♥♥♥♥

thanks for the surprise.
tak tahu macam mana nak balas.
GBS memang terbaik,

"impossible is nothing"

hehe

Wednesday, July 21, 2010

Ngantuk aah nak pikir tajuk

today is my birthday.
the 24th.

the age my mom get married.
the age I start to feel old.
but I don't care.. nombor je kan..haha :P

hari ni nak membebel hal hal orang biasa bebel bila umur 24.
orang akan tanya nak kawen bila, tunang le majlis itu dan ini dan sewaktu yang dengan nye.

Dulu zaman sekolah aku dah set aku takmau kawen.
sebab fikir, ramai je perempuan yang tak kawen sampai tua.
Dan golongan ini selalu emo.
Jadi aku nak prepare je sebenarnye..setting awal2 prepare for the worst supaya kalau aku tergolong nanti, aku tak emo emo..haha boleh tak? LOL

Tuesday, July 20, 2010

deng yu!

nak merengek ni.

aku benci LDP.
sebab nak elak kan jem kau menghala ke damansara.
aku end up sesat larat sampai 2jam.

perjalanan pulang aku dari UM-KJ hari ini: 7pm-9.30pm

dang!!

Monday, July 19, 2010

out of time

Kesuntukan masa.
Namun aku terus chillin'

Tampar aku lagi, please.




(style blog nak pendek², baik tweet je kan? haha)

Saturday, July 17, 2010

remainder of 0.1%

10 hari dari entri lepas. di kampong Gajah. mak demam. aku sarah dan amin mengadap kompiter. najihah membebel ape ke bende ntah. ayah mesjid le. naim dan pikri takde balik.

aku cari surat tawaran upnm. bersepah sepah ke mana ntah. dah jumpa. rasa guilty ada berbaki 0.1% kot.

LOL.


*gambar buat kenang kenangan

Wednesday, July 07, 2010

Libang libu hati ku

Semalam aku dapat tahu, surat tawaran sambung master di UPNM dah sampai rumah. aku almost 100% memang tak ade hati sudah nak buat research di Sg. Besi tu. Hati aku memang kat Solid State ni. Walau aku tak dibiayai oleh apa apa, tapi aku happy dan suka dengan research aku. yelah, research field yang aku dah familiar.

Tapi apa apa pun, perkara ni tetap bermain kat kepala aku. Still. Aku berasa bersalah dan kasihan pada Mr Albert, yang hampir menjadi supervisor aku di UPNM. Cuma, aku kena degilkan diri dan menjadi sedikit selfish..aku dah buat keputusan, aku stay kat UM. soal financial, aku pasti find way to settle sooner or later..

doakan aku kalian~
thanxx!!

Sunday, July 04, 2010

Stalker!

kegilaan aku akhir akhir ini adalah menonton vlog² harian orang lain.

walau macam tak ada faedah sangat,
tapi, aku memang suka pegi tempat lain.
tengok tengok macam mana life orang.

oh man, do i love stalking,, that much???

hihi, watever~

here the link of my daily addiction:

vlog Shaycarl, bini dan anak anak.
dari Idaho, Amareka.

Wednesday, June 30, 2010

update ringkas: sebuah peringatan

"kita hidup dengan apa yang kita dapat, kita memberi untuk membina kehidupan"

tak silap nye begitulah yang aku dengar pagi tadi.

perlu ke aku explain betapa besar nye impak "memberi"?
banyak ye saudara saudari.

mari merenung, apa yang kita dah beri?

Friday, June 25, 2010

Deme gedik ke aku yang dah usia makcik?

walau dalam mamai aku nak mem-blog.
esok hari, hari Jumaat.
Ade kerja demontrasi nak dibuat 9-12.
mengajar budak budak asasi lagi.
tapi tahun ni tak dapat kelas tutorial, boring gak.

budak budak sekarang banyak gedik la.
semua nak kena suap.
mana KBKK kome? mana? mana?


p.s: padahal aku pon sama je dulu..LOL

Wednesday, June 23, 2010

Solid State Again~!!

I am loud, I speak my mind.

"Ye ke?"

haha, jom update blog sikit.
Isnin aku melakukan perkara yang sangat durjana nervous nya iaitu:
berjumpa dengan Prof Wan Haliza

well, macam biasa orang kata, sebenarnya perkara yang kita sangat takutkan, tak akan terjadi, perbincangan kami lancar, dan aku tahu apa yang aku nak. thanks to experiences, they made me grow up. *peace*

So, here I am balik lagi ke Solid State Physics research lab, voluntarily, dengan harapan dapatlah buat paper. Financially, aku mungkin sedikit kacau, tapi hati aku tenang, aku tak perlu ke UPNM or tinggal di Seri Kembangan..what a relief~

Satu lagi hal, adalah kenyataan terbuka kepada seorang kawan yang menganggap saya sedang merajuk dan tidak mahu memaafkan kamu.

mengapa lah kamu berasa demikian? kamu telah memandang rendah saya, kamu menganggap saya emosional dan membawa bawa perasaan. bukan begitu kawanku, aku tak menyalahkan kamu. aku jugak tak perlu lah memaafkan kamu sebab kamu tak buat salah pun..chill la baby. Aku cuma sibuk catching up with me life, dan berasa sedikit segan setelah kejadian tempoh hari.

semua ok ok saja..dah jangan nak gedik kata aku merajuk, and kau berasa lonely..tu semua permainan perasaan kamu je, jangan layankan.

baiklah minna san, doakan aku!!

p.s.: sorry to bebudak solid, aku menambahkan kepadatan office kome..heee :P

Tuesday, June 15, 2010

Awan awan aku tak cantik.

kalau atas kepala aku sedang ada awan awan nya,
dalam awan ada aku,
aku sedang telungkup muka dengan tangan,
aku menjerit meraung.
keadaan aku adalah sedang jatuh.
dilanggar orang orang yang bergerak laju.
aku takut nak bangun lagi,
sebab takut dilanggar orang orang yang bergerak laju.

itu kalau ada awan atas kepala.
kalau lah.
realiti, aku sedang memaksa positif dan memaksa senyum.
moga kelak aku jadi positif dan pemurah senyuman.

p.s: yeah, fake it until u make it..:P

Tuesday, June 08, 2010

Kejelikkan ini wujud. Bencilah aku, aku terima.

Couple, Dating, Pacaran dan sewaktu dengan nya, yang dilakukan sebelum menikah, bukan lah budaya yang pernah diajar oleh keluarga dan Agama aku.

Moga Allah kuat kan iman aku, pada pegangan aku ni.
Moga Allah lindungi aku dari godaan.

Kerana aku begitu jelik melihat budaya ini berleluasa.
Kerana aku penat berpura pura moden, dan menerima budaya ini.

Na'udzubillahi min zalik~


"Bergaul sesuka hati, menyentuh sesedap rasa, menunggang tak kenal agama, itu Lifestyle rimba." (Ust. Hasrizal, saifulislam.com)

p.s: maaf kalian yang terjebak. aku hanya nyatakan apa yang aku rasa..anda bijak, jauhi zina, tutuplah pintu pintu ke arah nya.