Thursday, December 31, 2009

saje

nak tulis blog malam ni.
ambang tahun baru.
tapi ape nak tulis?

tak tahu la.
esok je bincang okayy?

Tuesday, December 29, 2009

Ada satu ptg aku dengar lagu nih sambil memandu, menangkap pula lirik nya. Aku langsung download. Layan~

I'm broke but I'm happy
I'm poor but I'm kind
I'm short but I'm healthy, yeah
I'm high but I'm grounded
I'm sane but I'm overwhelmed
I'm lost but I'm hopeful baby

What it all comes down to
Is that everything's gonna be fine fine fine
I've got one hand in my pocket
And the other one is giving a high five

I feel drunk but I'm sober
I'm young and I'm underpaid
I'm tired but I'm working, yeah
I care but I'm worthless
I'm here but I'm really gone
I'm wrong and I'm sorry baby

What it all comes down to
Is that everything's gonna be quite alright
I've got one hand in my pocket
And the other one is flicking a cigarette

What it all comes down to
Is that I haven't got it all figured out just yet
I've got one hand in my pocket
And the other one is giving the peace sign

I'm free but I'm focused
I'm green but I'm wise
I'm shy but I'm friendly baby
I'm sad but I'm laughing
I'm brave but I'm chicken shit
I'm sick but I'm pretty baby

And what it all boils down to
Is that no one's really got it figured out just yet
I've got one hand in my pocket
And the other one is playing the piano

What it all comes down to my friends
Is that everything's just fine fine fine
I've got one hand in my pocket

And the other one is hailing a taxicab


Hand In My Pocket , - Alanis Morissette

Sunday, December 27, 2009

Aku atau kamu bukan soalnya. Ini soal pilihan.

pilihan yang salah?

for me, no such thing.

pilihan salah pada kamu, adalah jalan panjang aku.
disamping mengutip pengalaman yang tiada dalam 'short cut' kamu.

p.s. kamu boleh jadi aku, aku boleh jadi kamu.

Saturday, December 26, 2009

Kecamuk kecamuk

rasa nak mengamuk je.
sudah 3 hari aku menghadap paper paper microwave CNT.
mata naik juling-juling baca.

dan hasilnya, aku still tak reti nak susun literature review nih.
marah nya pada diri sendiri.
kenapa aku tak bijak menyusun isi dalam kepala aku nih?

berkecamuk.
marah.
buang masa.

Thursday, December 24, 2009

Entri berunsur feminin. peace!

subhanallah!

sweet nya jadi perempuan.
perasaan emosi macam macam.
dan complex tak boleh lari,
mesti ada.
hihihii.


p.s. Anim n aya, walau aku selalu claim korang complex, tapi aku tahu semua perempuan pon ada complexity. peace!! ;)

Wednesday, December 23, 2009

Kesukaan Waktu Lapang

akhir akhir ni,
aku asyik la nyanyi lagu ni..
meh aku share ngan korang...
seronok tau.. kalau dengar versi lama lagi seronok


waahahahaha


Saturday, December 19, 2009

Anjing gila kejar orang

Aku harus melarikan diri.

Larikan diri bukan nya salah kan?

Kalau kene kejar anjing gila, kenalah lari kan?

Jangan nak pura pura, "face it"..

Monday, December 14, 2009

Dua cinta

"Tuhan,
leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku,
kerana di situ tidak kumampu mengumpul dua cinta..."

- Antara Dua Cinta


Syukur Allah,
aku tahu Dia sedang menguji aku. Supaya aku mengingati Nya selalu.touching kan bila fikir fikir..bak ada satu lagi lirik, "semakin kita menjauhi Nya, semakin pula Dia mendekati kita"...

Thanks to boss aku gak, bagi hard time ke aku, aku jadi reflect banyak aku punya kesalahan2 dan dosa2 dan lagha2 dunia..yang menggunung.

Friday, December 11, 2009

Lain

aku stress.
orang kata kat mana mana pon sama.



macam mana kalau lain?

Tuesday, December 08, 2009

Menghapus kejahatan dengan hati kental

hah nampak nye rate untuk recover hati aku semakin meningkat..

good job hajar, good job..

harap harap nanti hati jadi kental betul,
cukup kental untuk menghapus KEJAHATAN...

Thursday, December 03, 2009

Buang Lagu

Hari ini aku jadi bersetuju dgn bro Luca, blog enak dibaca dalam suasana damai..

Jadi aku membuang Frou Frou 's, Maddening Shroud.

Maaf ye adikku Najihah yang sungguh gemar lagu tu.

Kalau nak dengar, meh datang kat laptop akak, akak kasi pasang.

Wednesday, December 02, 2009

Hanyut dan resah

Hari hari penuh hedonis bawa aku hanyut jauh.

Syukur Tuhanku memberi rasa gelisah supaya aku berpatah kepada Nya.

Lindungi aku terus ya Allah. dari dunia. yang cantik.

PENGUMUNAN PENGUMUMAN



Lusa, hari Jumaat.
Hari Jumaat 4 Dis 2009.
Hari pernikahan kak Jaja!!

Hari Ahad 6 Dis 2009, hari kenduri..
so, mari kita ramai ramai serang pengantin baru!


padahal aku nak sangat datang sebelum kamu nikah, kak Jaja.tapi apa kan daya...jauh di Melaka. mohon ampun yerrr..nanti saya bawa sekampong serang,,tapi mana kad jemputannye x sampai rumah..segan lah gini..huhuu


Kak Jaja.Aku.Hafiz

Saturday, November 28, 2009

Semangat berkobar kobar diperlukan

aku tak tahu apa dah jadi ngan blog aku nih.
full of crap ek. merepek.
tanpa format.
langsung tak fokus.

bila lah hidup aku nak berubah.
Alahai
si bontot malas.
bangkitlah mengubah dunia.

there are so many things that I can do with my hand and brain.
so, what am I waiting for???

p.s.
Serioussly, desperately, I need ENTHUSIASM !

Thursday, November 26, 2009

Salaam 'Idul Adha!!

Season Of Love

Love... feel love

Every question
Every answer too
Ever constant
Ever changing few
It's all memory in the sun
Or it's all in the darkness

Maybe it's all around to see
If we try
And maybe it's been inside of me
All this time
Love love love
Love love love
Love love love

Love love love
Love love love
Love love love
Ooo-oooh

Crazy with it
Crazier without
Never certain
Never full of doubt
Now you feel it
Now you don't
Do you know what you're feeling?

Where did it come from and where
Does it go?
If it were right in front of me
Would i know?
Love love love
Love love love
Love love love

Love love love
Love love love
Love love love

p.s. Ape kess lagu ni berlegar2 dalam kepala?

Sunday, November 22, 2009

Mai Lau Kau Fan

Tetibe teringat satu lagu siam yang Awien pernah kasi.
Best buat karaoke nih..
walau sepatah haram aku tak paham..

layan...

Friday, November 20, 2009

Siput Babi

sometimes I wish a crowd to help me up.

but, most of the time I rather wish to be alone doing my thing in my own way.




p.s. tapi, ter siput2 la kan...

Tuesday, November 17, 2009

Ade dan Takde

1.apa yang aku ada:

famili yang coooL.
banyak kawan2 yang baik..
kerja yang bagus with a good pay to0..
rakan sekerja yg prihatin dan selalu tolong menolong.
tinggal bersama famili
mak yang jadi kaunselor terbaik setiap petang lepas aku balik keje
kereta comel yang bagus
duit cukup
makan cukup
pakai cukup

list goes on and on..

2.apa yang aku takda:

konfiden.
disiplin?

see, the "takda" list is so short..dan aku boleh juga tukar nya kepada "ada" list
so, buat apa susah ati? Ganbate, nehhh!!!

last, aku nak share kata2 Abg Rizal (coach Hoki aku) yang diambil dari blog Amylin,

Orang yg terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapon die tidak akan menjadi orang yg berani

ok, till then~ JOM JADI LEBIH BERANI!!!

Sunday, November 15, 2009

Esok atau Semalam

terbaca satu note di fb dari Sarah Ar

" Jangan fikir hal di belakang yang tidak boleh diubah atau hal masa hadapan yang penuh rahsia "

sangat betul.
kenapalah aku sangat takut dengan masa depan, walhal aku tak tahu lagi ape boleh jadi kan..

so,
berusaha untuk hari ini!
dan nikmati.

tq.

Thursday, November 12, 2009

Boleh blah

I love weekends.

but this coming weekend? I think will hate it..

A working weekend.




p.s Still hating my boss

Pilihan orang beza beza.

Kamu Ego.
Kamu tak mahu kalah.

Aku tak kesah.
Tapi orang menyampah.
Orang akan menyumpah.

Dari sibuk memijak untuk ke atas.
Lebih rela aku menikmati damai kat bawah.

Allahumma fighlana wa lahu..Ameen

Wednesday, November 11, 2009

monolog

onno onno onno..
demmit
demmit
demmit

Hajar hapuskan nya.
Hajar dah obses.
HAPUSKAN!!

mannn.....

Thursday, November 05, 2009

Terkena batang hidung. DANNGG!!

Demotivated and depress

kenapa susah aku nak percaya diri sendiri?
kenapa aku selalu rasa bodoh, tak berguna, pemalas dan tak boleh diharap?
perkara2 ini membuat aku sering berasa depress. stress. tekanan tekanan.


baiklah semua, apa kata aku ambil cuti panjang?
aku nak mencari kekuatan aku.
aku nak yakin dengan diri aku.

Wednesday, November 04, 2009

Hatred grows


Yes. It grows. As I hate myself

For every little bad thing that happen, it is because of me.

ME!!!!

ME!!!!!!!

ME!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, November 02, 2009

Hatred must stop.

I hate to complain.

But, that is what I do everyday.

Think, I better stop!!

or I'll start hating myself

Isnin yang tidak semangat

Hari Isnin, kerja lagi..
Semangat tinggal 3.2%

Hujung minggu, cousin Yazid menikah.
Jeram - Sijangkang (tak jauh benor, tapi sesat2 gak huuu)

Semalam tiba di Kg Gajah, maghrib.
Tengah malam mendapat berita Pakcik Hairy, jiran ku di Desa Makmur meninggal..

Famili pakcik Hairy sangat rapat dengan kami.
Tak sangka ajal nya sudah tibe..
Aku berharap seluruh famili nya bertabah..
Makcik Ani, Didie, Darbi, Natrah dan Syafiqah.

Tadi pagi, aku menziarah mereka.
Bila makcik Ani peluk aku, terasa sayu pule..macam mengalir sedih nye ke aku.
Terus tacing, tapi cube mementen kan diri.

Lepas ziarah, aku terus ke tempat kerja, UTP.
Ada meeting, tapi aku tak pergi, aku dah inform boss.
Perasaan nak berhenti membuak buak.
Bukan nak berhenti kerja, tapi berhenti dari meneruskan niat melanjut buat Master di sini.

Hari hari, sedaya upaya aku menipu diri supaya aku boleh bertahan.
Hari-hari. Hari-hari.

Ya, aku pasti bertahan.
Paling kurang sehingga Disember.
Tamat kontrak.
Thank you.

Tuesday, October 27, 2009

Post Kenang Mengenang

Teringat masa fyp dulu, aku sengsara sangat..
Nangis ber baldi baldi, depression, dan macam macam lagi la..
tapi, akhirnya...

SATISFACTION!!

walau aku takdelah dapat best presenter or what so ever..
tapi semua yang aku korban kan berbaloi..
paper aku, Prof Wan (SV) suka.
Lepas presentation, sv senyum puas dan siap kasi explaination tambahan kat panel.
Project Report? Memang perghh, aku puas!

Bila dikenang2 balik..
aku bersyukur sangat aku memilih Prof Wan Haliza sebagai sv fyp aku dulu..
Aku ingat lagi words prof pada kak Zura (Master stud yang guide aku), " what I can promise you are experiences"....Yes those experiences, the trainning to be independent, on time (tho yang ini aku susah sikit la), the tears, the expectations...itu yang akhir nya membuahkan kualiti tersendiri. cewah..

dan.
aku dah rindu UM.

but, today I decided to stay. di UTP.
aku akan sedaya upaya jaga nama UM.
hehe...
tetibe nak patriotik lak kan, ni gara gara YM ngan Kak Nor la nih..

So, aku nak ucap terima kasih pada semua2..
Solid State UM (or Low-Dimension Research Center) punyerr team,
Fizikawan2 dan kawan2 semua!

aku rasa lebih confident..hehe!


Prof Wan Haliza


Sukong, Kak Zura, aku dan Ijah.


Solid State Team Dinner Colloqium 2009

alahai kaknor & A.Arip xde gambor nye plak..
ok, till then..daa~

100!

Setelah hampir 2 tahun mem belog,

ini barulah entrii aku yang ke-100???

wakaka

biar lambat, asal selamat

Selamat berjaya semua!!


Maaf ye semua, sekali lagi terlibat dalam ke-fluctuating Siti Hajar Basri..
biasalah orang muda, fresh grad, baru nak cari jalan hidup..
semua serba tak kena.
semua serba tak puas.
lama lama akan biasa lah..
bersabar ye semua dengan karenah kawan kawan..

jauh dalam hati,,aku masih terbayang kan kenapa aku kembali ke Perak,
dan bekerja di UTP..

aku hanya nak jauh dari sibuk KL, dan menikmati hidup dengan famili.
YESS aku dapat semua tuh!! jauh dari KL dan hidup bersama mak, ayah dan famili yang happii!
YES, semua harapan aku tercapai!!

so, why not kerja susah sikit..
so far semua obstacles, pelahan2 dapat aku harung je,
walau banyak gak muslihat2 utk mengharung tuh..(hehe)
well..
aku beruntung, aku at least ada geng kat utp, (GBS..hehe)
untuk melawan semua keterbatasan.

lagi pula, perjalanan aku ke utp ni sangat mudah.
like,,ini memang dah aturan hidup aku..
so aku terus je..
dan sekarang semua ok je..
cuma terrisaukan hal financial pule..

ok takpe, buat ape nak risau masalah yang belum tiba..
so,,,chilL bebeh!


"GBS beraksi!!"


p.s. I think ,,,UTP envi.+ under my boss supervision=very good trainning for me to be better!

Ganbate!!!

Titik akhir dimane?

fine

fine

aku taknak emo.

aku tengah dengor mak aku cerita, kawan dia yang baru kematian anak sulung nyer..

kesian sgguh kawan mak aku ni cikgu kat titi gantung,

banyak masalah dia menanggung,,anak sulung dia ni jelah harapan dia dan semangat dia untuk terus bertabah. sekarang yang satu harapan nih pon, dah menghadap illahi..

tinggal si ibu lah kene bertabah.

mak aku pesan, ko ti, kat jalan tu hati2..jangan leleh..

dalam ms seminggu, ni kematian ke-3 dalam lingkungan kawan2 kami sekeluarga..

first bapak shidah (antara kwn baik Sarah kat kg gajah), second suami norshahaliza (member aku sekolah Bote) dan ni anak kawan mak aku..

hah sekitar sekitar je orang meninggal, xmengira umur..

buat aku,
dan semua,

bawak2 la ingatkan mati...
bila ingat mati,
banyak2kan le beramal...ye Hajar

Sunday, October 25, 2009

Aku Lagu

kalau aku boleh jadi lagu,

aku nak jadi lagu lagu Frou Frou, Imogen Heap, dan soundtrack Laskar Pelangi.


Saturday, October 24, 2009

Kadang kadang rasa nak meletup!

I hate my boss when she bugging my weekends and nights.

It is ANNOYING!!

MENJENGKELKAN!!!

I dont mind if she bugging me politely..but she always with harsh.
and I HATE that!!

please,, I beg you be nicer..God, help her realize that.

p.s.
Aku sedar aku hanya pekerja.
dan berpointer rendah..

who am I compared to her..

Hujan

still couldnt find my dream..

ah ok kot dengan begini.

pikir

pikir

pikir

eyh, mana pulak aku takde mimpi...
mimpi aku nak hidup biasa biasa.
macam cerita aku dulu, aku taknak kejor pelangi..
cukup sajelah merasai hujan renyai renyai.

lagi pula silaplah yang mengejar pelangi,
akhir nya baru sedar
'mentari yang benar. pelangi hanya omong2 kosong'
bak kata Mr Pijat..

p.s mana tahu hujan renyai boleh jadi hujan emas, lebih baik di negeri sendiri..wahah!

Wednesday, October 14, 2009

Great

Fluctuating.
Always.
I am just a human.
Not perfect.

Remember Ratatoille, "Not anyone can be a great artist, but a great artist can be from anyone". It applies to everything actually..right?

Though I am suffer from self depression, self conflict, low self esteem (I believe all of my probs come from me, myself) ,, this does not mean that I can not be a great person one day. Right? A cliche' example, Einstein. He was not perfect too. He was a dyslexic. But in the end, almost everyone is claiming he was a genius. Betul atau tak pon, he still is famous.

So, SEMANGAT!!


harung jela ape pon.
kalau rasa susah, selalu ingat,
" Beriman, kita pastilah diuji"

lastly,
I know, a great people is in the making! It's me!

p.s. maybe not in the making, but I am. A Great people!!

Monday, October 12, 2009

Update tak mulia

mood tak berapa nak bagus.

FESEM result utk CNT aku entah ape ape ntah.

paki paki pula makin menjengkelkan.

whattthhheee****!!!!

Thursday, October 08, 2009

Angin mendengar?

hanya berbisik bisik kat angin..

tiba tiba muncul.

seperti pesan ku di bawa ke sana.

lalu berharap agar doa pon dikabulkan.

amiin.

p.s ost gossip girl Season of Love berputar putar../:)

Memikir pengakhiran hidup..

Menakkut kan pelbagai bencana yang menimpa negara negara sekitar kita.

Sedar. Tapi, hanya sekadar sedar......aku juga.

Hari hari aku asyik sibuk dengan dunia. Dunia yang indah, melalai dan membuai.

Hah.

Mari atur satu perubahan baik.

Menjadi lebih baik.

Supaya pengakhiran kita nanti, tidak disesal.

Friday, October 02, 2009

Kelemahan bercakap. Tolong!

Kenapa?
aku rasa aku
macam semakin lembab,
otak dah tak berapa nak pick up,
cakap pon vocab limited,
pengetahuan mencetek,
banyak dosa lah ni.
ilmu susah nak masuk.

* * *

Hari ni aku tahu yang nak wat master di UTP ni akan kene interview.
Damn it! tu benda paling aku seram kat dunia nih!!
Kalau silap gaya, aku boleh ter-'pause' sampai sudah.

Sudah.
Terus aku fikir tak nak buat Master.

wahah!
tu fikiran singkat aku jelaah..

sekarang nih aku tengah fikir cara mengatasi ke-low-self-confidence-an aku nih. untuk bercakap dengan konfiden dan meyakinkan.

huuuuuhuuuuu!!

tolong, kasi pedoman!

Thursday, October 01, 2009

Rasyada Latiff Usahawan Wanita


kepada bebudak yang kenal Dot (Rasyada Latiff),

Dot sekarang bikin bisness baik punyer.
Dia jual baja..buat petani petani daerah Perak Tengah dan Kinta Barat.

dia dah tempah dah BMW sebijik, nak lawan Bos kate nyerr.
dalam tahun depan mungkin dia supply untuk satu Perak.
Tahniah DOt!!


Pembaja berjaya.


Gembira peroleh untung ratusan ribu.


Baja baja dot.

Haaah..
Dot sudah menceburi bidang perniagaan.
Anda bila lagi?? Bukankah 9/10 daripada rezeki adalah datang daripada perniagaan..

Ayuuh kita!





Rasa macam merepek, tapi rasa tak sangat.

Hari ini hari yang tenang.
Alhamdulillah.

Hari ni aku balik dari kerja, dah maghrib.
Aku bawa Izzah Amani sekali tumpang rumah.
Dia dari utp.
Rumah dia kat Selekoh, dalam sejam setengah.
Gila apa nak biar dia balik sengsorang memalam..

ok.
Malam nih pelik gila weih.
Nyamuk lain macam punya banyak.
Lepas Maghrib, aku tak perlu tunggu mandi terus ke kedai.
Cari Sheltox (salah eja bior jelah).
Memang lepas sembor macam hujan nyamuk rumah aku.

Semua kat rumah rasa pelik.
Kenapa tetiba nyamuk keluor berbondong2 nih

Aku rasa, ade sesuatu la jadi dalam bumi nih..
Nyamuk nih nak kabo sesuatu..
Gempa bumi?
Letusan gunung berapi?


Wednesday, September 30, 2009

Hari ini mesti lebih baik dari semalam

aku mencari satu semangat,
Lalu bermain satu lagu dalam kepala..


Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata ,
umat islam sentiasa boleh,
umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah rasulullah
bersama berusaha, bersatu tuju wawasan dunia dan akhirat
wawasan dunia akhirat
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh.

wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amaanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah

akidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
pegangan mereka harus diikut
ulama warisan ambiya'
ajaran sesat wajid dihindari
pegangan mereka harus diikut

umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata

Menuju Wawasan - Suara Firdaus


Amin punya cita cita



kekuatan aku utk terus di sini adalah famili aku!

Hari ni nak cerita pasal cita cita Amin sang simple people,

aku pernah tanya, "min, agak agak kalau ko da besar ape kerja kau nak buat hah?"

Amin jawab,"Mekanik kot..sebab kalau kerja kontrak (buruh kasar) letih tengah panas"

huhuuuu, touching tak touching?
dua tu aje pilihan kerja si Amin..



Khabar angin tak elok.


Salam alaik, dan selamat pagi.
Aku baik baik hari ini, apa macam kalian?


(cewahhh, wat wat stail pengacara tv plak)


Aku dan Dot bersama Kakliza (or kak Lijong)

Di sini (utp n perak) semua bagus kecuali ada satu perkara.
Iaitu, khabar angin.

Khabar angin yang menakutkan, bahawa aku dalam bahaya. Dot juga.
Patut kah aku percaya khabar angin?
Sumber nya agak meyakinkan..

Sudah,
baik aku tanya Tuhan, apa betul pilihan aku untuk di sini terus..?


Bersama kak Poppy yang lucu dan seronok


Stail menang pilihan raya!

p.s apa kata kalian? Harus aku stay or leave??

Friday, September 25, 2009

Raya datang, bukan main lagi aku.


Sebelum raya, konon konon tak rasa cam nak raya la kan..

hahah..
ni dah ape kes, ari ari aku pegi beraya.
Hampir satu perak dah aku pusing.

Kelmarin ke Bota dan Ipoh.
Hari ni pusing ke Chenderong Balai, pastu Manjung.

Hah, memang terbaikk.
Hajat aku nak beraya sakan memang termakbul.
ha ha ha


Di Open House Farhana Yusuf. (Bota)


Di Rumah Ijah. (Chenderong Balai)

Bersama Tim dan sunflower yang ceria. (Manjung)


Open House Mr. Pijatt. (Manjung)


Budak budak sekolah Bota yg hadir. (Manjung)

Friday, September 18, 2009

Macam tak sambut raya je gaya aku nih.

Sekarang waktu kerja.

Tapi aku haram tak tahu nak buat kerja apa.

Dot pulak banyak kerja,,tak boleh nak sama sama melayan bosan.

UTP nih dah macam tinggal aku ngan Dot je kat sini.

Aku memang dah nak mati kutu nih.

Kalau balik, rumah pon takde orang.

Mak, ayah dan adik2 dah balik kg, amik sarah..

tunggu

tunggu

tunggu lagi

hah.., dah hampir jam 4.

boleh siap siap nak balik nih.

p.s. eh eh, luse raya..

       Selamat Hari Raya semua.

       Maaf aku setiap salah perilaku dan perkataan.

Sunday, September 13, 2009

Indah ke Ahad kalian?

Pagi ini dengan kelajuan terminima mungkin,
sambil layan Frou Frou, Details.
menuju UTP lagi.
bosan sungguh.
Ahad yg indah terpaksa dikorban.


demmit.

Sunday, September 06, 2009

Hari ini Ahad, semua orang tahu.

Pagi ini tak bermule dgn baik.
sangat memengantukkan.
aku cadang nak ke KL, esok nak settle kan urusan tutor/demo/claim kat pasum..

tapi, macam biasa..malas gilerr!

semalam, aku ber-ym dgn seorang kwn lame ms f1-f3.
dia bekas budak utp...sembang2, aku dah jadi tak sedap lak dgn keje aku skrg.

huhuuu.
tapi aku yakin dgn jalan and rezeki nih,
kalau dah rezeki, mnta Allah mudah kan jalan dan lindungi aku.
Ameen.

meh letak video satu.
Lagu Sami Yusuf, OST Jejak Rasul 15 yang enak tuuh..



Saturday, September 05, 2009

Sunday, August 30, 2009

Tenang, kembali ke kampung halaman.

Nasib kita siapa yang tahu kan..

aku betul betul bingung, namun sangat bersyukurr.

dalam masa 2 hari dan langsung tak dijangka...aku dah kerja kat UTP.jadi RO.

dan kali ini aku lebih semangat.
sekarang, simulation kembali.
menggunakan MATLAB lagi..
tapi bidang Seabed Logging pule,,(still related to layers and flow.sikit2 la kait ngn OLED dulu)

kalian, please pray for me.
All the best.

untuk kalian juga, selamat berjaya!

p.s. rakan rakan geologist, bisa lah kira nye memberi tunjuk ajar?

Wednesday, August 26, 2009

Sama tak sempurna

menjadi manusia itu memang penuh dengan kekurangan.
kau, aku, dia dan mereka. semua ada kekurangan..
kita semua sama.

jadi, mengapalah membuang masa memandang keburukan sahaja.
marilah menikmati keindahan yang ada pada setiap satu makhluk.
semoga hati hati kita semua menjadi indah juga.
inshaAllah.

p.s. maaf kan aku kerana segala kekurangan aku, juga maafkan aku bila hanya memandang keburukkan kamu.maaf.

Sunday, August 23, 2009

Menagih lempangan agak nye

dah masuk 3 ramadhan,
aku masih di kg Gajah.

...

tolong lempang aku, weih.
ape pasal masa depan aku nih masih kabur kabur?
buat la decision Hajarr!!!!

...

dah 3 bulan kat asasi,
aku dah makin selesa ngn Dr Sabirin,
aku nak sambung master. betul.

p.s. tolong aku buat proposal dan cari duit.

Saturday, August 15, 2009

Abaikan, dunia. Aku hanya meluah.

she is
fun to be with.
sweet.
care.
honest.

but i hate one thing,
touching any issue bout her S.
she will be extra sensitive..

sorry..i never hate your S.
but a lil disappointment, babe.

p.s. i still love you.

Wednesday, August 12, 2009

Mahu lari dari dunia atau diri sendiri?

hari ini perasaan jom-pergi-tempat-lain datang lagi.

aku terlalu muak dengan sekeliling aku.
aku mahu ke tempat yang aku tak lihat mereka yang biasa aku lihat.
aku muak
aku muak
aku muak.

dunia, aku tak salahkan kamu.
tapi cuma muak dengan manusia seperti aku.

Saturday, August 01, 2009

Berhenti kamu.


Dalam aku, ada kejahatan merebak.

Dibiar aku,
menjadi pembenci hari hari.

Dibiar aku,
menjadi 'monster' suatu hari nanti.


Hentikan aku, tolong.
Aku mahu jadi,
'Sweet-Hajar'


p.s sweet kan, aku? yeah.

Tuesday, July 28, 2009

cari mimpi

"mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukan dunia..." - Nidji

"mimpi aku ni, bukan jadi istri saudagar pak.
mimpi aku jadi guru." - Bu Mus


mimpi aku apa, ya?

Friday, July 24, 2009

Hidup bersinar sinar.


Hey, there are few excited things that happen...


I got a birthday cake. Thanks to housmates, Nodo, Is and Azilah.

A new rak pinggan. Oyeah!

and for the very best thing, FRIDGE BARU!
yeah, ini lah benda yang kita nanti nanti kan!


Hah, apa macam?
Ahya, jemput2 lah datang rumah.weekend aku selalu seorang.
Marilah main masak masak di rumah ku!

p.s. model tangan adalah Cik Khairun Nisa (Nodo). siapa nak keje Dunkin Donut, bolehla contact dia.eheh

Wednesday, July 22, 2009

Tuesday, July 21, 2009

Hari usia ku bertambah satu. Hari ini.

Oh no..
tiba tiba touching..

yeah today is my 23rd Birthday.
pada aku, birthday tak de la apa sangat.
hanya satu tanggal pengukur umur.

tapi tadi,
lepas baca sms dari mak,

"Happy birthday!! Pkl 8.20 tadi genap 23 thn ulgthn mak lahirkan awak. Masa drive ke skolah tadi, flash back saat rush ke hosp n 1st time skt nak bersalin. It was beautiful"

terus sangat touching.
TQ mak!!

dan kepada semua yang meng-wish saya happi birthday, betul betul terima kasih!!
Sarah yang siap buat satu post juge menyentuh hati,
kawan kawan,
bank-bank, celcom, jobstreet..haha

tq Allz~!!

p.s buat mak, selamat ulang tahun ke-23 menjadi ibu! same goes to Ayah!hehe

Monday, July 20, 2009

Amin sang Simple People

Di Pagi hening ini, biar aku nak cerita hal si Amin(anak cikgu Basri no.5, bersifat Tain).

masa cuti.
aku di kg halaman,
buat buat jadi akak mithali dan cek la buku b.Melayu si Amin,

arahan: sila binakan ayat dari kata hubung yang diberi..

bla3..sambil..bla3..dan..bla3..lalu,

yg last skali, 'lalu'

ayat Amin: Encik boleh tumpang lalu.

aku panggil Amin.

steady je dia tutup mata, kata, "simple people~"
dengan gaya eksyen sambil angkat tangan dua belah.

simple otak kau, kata aku.
itulah musabab entri simple menyimple yg lepas ber-icon si Amin.hehe

p.s. asal teringat si Amin, sure nak tersengih..haih dah rindu kg halaman.

Sunday, July 19, 2009

Aku setuju benar, 'Sepi itu Indah'

Hari nih juga tersenarai dalam hari2 yang mati kutu.
Sepanjang hari, aku hanya pasang lagu lagu yang bertenang,
dan bergolek je baca komik.
TV pun hanya dipasang waktu Melodi bersiaran.
Aku benar benar menikmati suasana sunyi sepi ini.

----

Semalam,
malam aku sempat bertemu Dot, Ijah dan Jaju..
Perakian-physicists..hehe
Ijah secara tak berapa official nye membawa teman lelaki nya, Moke bersama.

Moke cuti summer, dari Kedah datang ke KL bertemu Ijah.
Komen aku, "baik budak nya. Pandai bawa diri"
hehe.

serius Ijah, aku bukan membahan.
tiada double meaning.
aku bukan Kak Ros..hehe.

Dot pon dah lama aku tak ketemu.
Sempat lah lepak minum sekejap,
memandangkan adik Dot yang iras2 Zahid af2 tapi baru darjah 4 tu menunggu dalam kereta,
dan Moke pula perlu dihantar ke KL Sentral sebelom terlepas komuter ke Bangi,
jadi tak boleh la lama lama.

------

haih.
terfikir fikir pula cadangan Dot untuk sama sama beralih arah ke Perak.
Try nasib kat UTP, mana tau ber-rezeki.
dekat sikit dengan kampong halaman terchenta.

tapi,
yelah,
hanya terfikir fikir lah.

seriously, Siti Hajar needs to make up her mind.
cepat buat proposal untuk master!

Saturday, July 18, 2009

Ini takda kena mengena ngan kome semua.

aku dah agak.
kalau aku tak balik kg mggu ni, sah2 mati kutu kat rumah sewa.
semua orang tak ada. kerja la, balik kg la..

rancang rancang nak siap kan kerja semak laporan budak budak,
haram.
baru separuh kelas aku dah tergolek..(berbaki 4 setengah kelas lagi.huh)

lepas makan nasik putih berlauk ikan gelama jeruk.
aku naik atas.
nak baca blog sampai juling.
terjumpa pula blog blog senior sekolah Bote (aku rasa la, dorg senior aku)
kelakar gilo.
haha.

skarang aku dah mati kutu lagi.
nak pegi pasar malam, malas.
nasik dalam perut nih boleh bertahan sampai malam rasa nye.
pas maghrib aku nak baca Laskar Pelangi la, pastu Sang Pemimpi, pastu Edensor dan Maryamah Karpov.Habis satu tetralogi.(haah, yela tu)

aku tak paham, perlu ke aku tulis semua nih kat blog?
huh.

Thursday, July 16, 2009

Perkara Indah.

"walau makan susah
walau hidup susah

walau untuk senyum pun susah

rasa syukur ini
kerna bersamamu
juga susah dilupakan
oh, ku bahagia
"

-Ku Bahagia (OST Laskar Pelangi), Sherina

Laskar pelangi.
sedari dulu aku nak baca novel nya.
sebab ternampak novel Andrea Hirata kat kedai koboi di 11th dulu.
macam menarik
tapi tebal sangat..

lalu aku tonton dulu filemnya.
hah, sangat bagus.sangat suka
masuk kategori inspiring.
kategori paling favourite


Lintang

Mahar

Lintang, Ikal dan Mahar.

Nanti.
aku pasti cari DVD nya!

Monday, July 06, 2009

"Habis, nak ke tak nak?"

hari hari perkara yang wajib aku runsing kan adalah,
"betul ke aku serius nak terus jadi r.a, pastu smbung master?"

teringat semula pesanan orang tua, pasal nak atau taknak...
nak ke taknak ni Hajar???

huh.
aku kurang happii la kat lab sbnr nye.
ada sebab yg peribadi.

inferior.
guilty.
lazy crazy.

and macam macam lagi.

Saturday, July 04, 2009

Friday, July 03, 2009

simple - menyimple.

simple people,

sememang nya, kalau kita permudah kan urusan orang..,
Allah akan mudah kan urusan kita kan.

jadi,
mari buat semua jadi mudah!
and dont complicate things.

akhir kata,
anda boleh tumpang lalu, simple people!

(sambil senyum kambing teringat Muhaimin anak cikgu Basri no. 5)


Amin or Muhaimin di zaman kanak kanak

Episod Tag : From Ahya

Suke lak layan tag skang nih..(bosan lah tu)

1. What have you been doing recently?

Melayan video video klip bagus.

2. Do you ever turn your cellphone off?
yes..emm no emm tak hengat.macam sarah gak, byk terpadam sendiri la.

3. What happened at 10 am today?
at plus minus 10am, I was setting up my solatron and chamber for conductivity measurement.. bagi jawapan skemm sket

4. When did you last cry?
Few weeks before, recently meme aku da jadi pelecer, cepat touching..ahh dah tak macho dah

5. Believe in fate/destiny?
Fate or destiny? hmm banyak case percaya ada yang rasa, kebetulan je tu..

6. What do you want in your life now?
More money..ahhah.Aku mahu bermalas malasan! sampai lebam dan jadi sampah..seriously, itu mmg cita2 terbesar aku..

7. Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
Of course i carry an umbrella..setiap kali diluar.

8. What’s your favourite thing to do on the bed?
Tidur dengan postur sempurna dan terselesa..sambil menggoyang2 kaki.

9. What bottoms are you wearing now?
seluar checkers selesa..as always

10. What’s the nicest thing in your inbox?
a text from Isil Turkmen invited me n frens to her house for buka puasa.

11. Do you tend to make the relationship complicated?
Oh no.."simple people~", gaya si Muhaimin adikku.

12. Are you wearing anything borrowed from anyone?
No..i think..oh pagi tadi pake sandal wani.tp skarang tidak, baju curi dari Naim je.

13. What was the last movie you caught?
Confession of shopaholic kot..wolverine kot..

14. What are you proud of?
My good life..selesa.tak hebat, tak teruk.

15. What does the oldest text message in your inbox say?
"makan le kek hari jadi nih" dari bapak sambil mengantar gambar kek hari guru..(ni masa ayah kat grik lagi)..oh no, mms nama nye tu..ala kire message la tu.

16. What was the last song you sang out loud?
kejap tadi aku nyanyi lagu Diam Tanpa Kata dan Ima Made Nando Mo

17. Do you have any nicknames?
biasa biasa aja dong, kakct..kak titi..aja..kakak..budak huduh..budak comel.

18. What does the newest text say?
"Tolong orderkan roti sardin n teh o ais,thanx!" from Wani Sudirman

19. What time did you go to bed last night?
about 1 am.

20. Are you currently happy?
happy je.

21. Who gives you the best advise?
mak, sarah aisyah, wani sudirman, jijah mahani

23. Who did you talk on the phone last night?
mak.

24. Is something bugging you now?
mark reports, lipat kain, study..oh!

25. Who was the last person to make you laugh?
kawan kawan..awien selalu nye.haha!

26. Choose your lucky friends and tag them.
jijah, timah, wani, sapo lagi?

Tuesday, June 30, 2009

Siri Pesanan : Wanie Sudirman.

seorang kawan berpesan,

"Hajar, buat kerja elok-elok. Biar halal rezeki yang kau cari"

hari hari, pasti aku ingat pesan nya.
dan aku cuba laksana kan terhabis baik..

berusaha!
ayuh!!


Sunday, June 28, 2009

Musim Luruh di Batu Hitam

musim luruh..
bukan durian yang luruh.

hai berbunga pon tidak, inikan nak berbuah atau luruh.

daun gugur banyak. musim kering.
Najihah begitu rajin. petang petang hari sibuk menyapu daun..

hah
esok lusa gugur lagi daun tu..buat apa nak di sapu?

sebenar nya, aku balik rumah tanpa tujuan.
hanya nak balik.
hanya nak dikelilingi orang orang yang aku suka.

tapi jadi macam benda tidak berfungsi.
bila aku pulang, hanya mengadap internet, dan makan, dan tidur...oh

haih.
dalam hati, betapa aku masih berharap aku bisa menjadi penganggur dan bermalasan menjadi anak tak berfungsi di rumah...biar aku melihat semua orang membesar, menua depan mata aku..supaya aku tak terlepas..

semalam hari ulang tahun bapak,
"Selamat ke-50 tahun buat bapak~!"

dan Selasa ini, Mak pulak, "Selamat 49 tahun!!"


mak ayah steady atas tikar terbang ajaib

Saturday, June 06, 2009

Pesan Seorang Tua

"bukan soal pandai atau tidak,
bukan soal rajin atau tidak,
ini soal nak atau tak nak"

lebih kurang begitulah pesan seorang tua.
yang masih selalu terngiang ngiang dalam kepala aku..
"..soal nak atau tak nak!!"





p.s orang tua adalah Ali Imran dari lab solid.hehe

Thursday, May 28, 2009

..grrr

sejak jadi RA kat asasi nih
bosan sungguh.
bosan sebab kat lab tak dapat wifi!!
arghhh!

Thursday, May 14, 2009

Harapan Aku...

aku harap aku miliki satu impian.
biar aku boleh kejar.
biar aku berusaha.

leceh juga hidup takda expectation nih.
santai sangat.

hah..santai ok ape..

(manusia..biasalah ada aje nak dikomplen)

Saturday, May 09, 2009

Bebel sorang2

blog aku simple dan plain kan? bosan betul.
bukan tak cuba gunakan template yang hebat2 dan cantek2,
malah dah banyak kali.
tapi asyik tak puas hati..
aah takde masalah aku nak godeh2 lagi.
hati sukar di puas.
plain aje sudeyh.

*habis ilang semua pautan.maaf..akan di-link semula

p.s. ada yg sukarela nak buat kan? sarah, amacam?boleh?

Thursday, May 07, 2009

Zaman Kanak Kanak

Aku buat tag nih.
Sekarang aku dah rajin layan tag orang.
(itu pon kalau aku tau lah, aku di-tag)

1) Nyatakan siapakah yang telah mengetag anda
Hafiz tag yang ala2 tak tag..sbb kata teringin.aku buatlah.

2) Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka... Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu

Ni gambar masa umur 4-5 tahun la raser nye, sebab adik aku yg no. 4 belum lahir lagi. Gambar ni masa duduk kat kuarters kat SK Jeram. Hari2 kami balik kg mak kat sg buloh,Jeram jumpe atuk ngan nenek. Ni salah satu harila, sebelum pegi sg buloh. Aku suke gambar ni sbb mak aku muda lagi, spek dia besar gila, dan aku suke zaman ni, kami hanya ber-3. yeah!


Gambar ni gembira kan? Tgk lah gaya sarah and naim. tu pasal aku suka. Ni kat umah sg Buloh, Jeram.Ni umur dalam 6thn kot.

Gambar ni huru hara sket..hehe kene kerat la, tah terperok kt mana2 dah kotor. Ni pk (adik aku no.4) dah ada. Gambar ni best, pk gelak dengan gembira. Pikri kalau gelak (masa kecik la) memang menggeletek, dengar pon rasa nak gelak skali. Ni masa 6 tahun, sarah 5, naim 4, dan pk 1..yeay!!

Gambar sekolah rendah aku ntah mana2 ntah. Ni jela yang ada..ni masa darjah 6, kat sekolah agama. Muke aku mmg tak berubah sangat pon dari kecik. Sekolah agama best sbab masa darjah 6 bukan belajor sgt pon, sbb upkk darjah 5 kan..so aktvt bersosial dgn ustaz dan rakan2 je. Gmbar ni aku rasa cantek la sbg gmbar kamera manual yg di snap budak2. credit kpd zamri(ntah mana dak ni..ntah ujud lg ke kt kg gajah ni)

3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)

  1. Masa aku kecik smpai umur2 skolah rendah, aku ni kompleks gile, fikir banyak, klu kene marah lari dari rumah. haha ntah pape.
  2. Aku suka berimaginasi dan juga hyperaktif. Ada sekali, masa 6thn aku dah bosan2 dok di rumah, aku bayang kan dinding umah aku adalah gunung/bukit pastu aku ajak sarah,"jom kita main panjat2 gunung".haha. sah2 sarah tak nak join..Last2 aku panjat sorang2 'gunung' tu dan akhir nya jatuh, pengsan. Mak aku kelam kabut balik dari skolah (nasib rumah sejengkal). Aku sedar2 nenek Limah(pengasuh aku) tgh renjis2 air..hehe
  3. Dulu, masa dok kat Jeram, aktiviti ujung minggu aku adalah kumpul kat sg Buloh main ngan sepupu2. Aku pernah lari2 nak main nyorok2 dalam umah, lalu tetiba jatuh tersungkur dgn momentum yg amat kuat. Bergegar otak aku. Satu hari aku jadi bodoh-bodoh alang. Serius aku tak tipu. Sampai tgh malam, aku masih diam je tak macam akuu. mak aku bawak gi klinik Chua. Balik, tetiba dah elok..makcik2 aku semua tuduh aku 'auta'..tapi, serius aku bukan auta!
  4. Masa darjah 1, aku kuat main basikal. Ada sekali, aku ikut abg Arul (sepupu aku yg plg gemok dan pembuli) nak pegi umah pak ngah naik basikal. Kami ikut jalan 'bahaya' sebab nak cepat. Abg Arul dah lepas kwsn bahaya, aku masih teragak2..abg arul meyakinkan aku utk teruskan..aku pon kayuh dgn cepat2. Pap, aku masuk dalam lecah selut. sedar2 aku tak boleh bergerak! Argh aku patah kaki. Kalau lah aku ikut kata hati aku..haha
  5. Ape lagi, ha. Aku tak ingat bila masa nih tapi aku tgh jaga adik aku yg plg kecik(masa tu.Aku syak Amin) dan aku pon kecik lagi..Amin baru pandai duduk. Aku and sepupu2 main tepi parit. Aku letak amin kat tepi..sekali woop woop..pap amintergolek upside down masuk parit kecik tu. Sumpah aku rasa bersalah. Geli giler parit tu. Tapi kalau aku tak angkat amin, mati lemas pule nanti budak tu dalam parit..Aku angkat dia, lari laju2 pegi tempayan besar bersih kan apa yg patut, pastu kasi Amin kat mak...haha.pengalaman yang busuk dan klakar.
4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil
Kecik? sama je sampai sekarang..,SITI !!

5) Tag 10 kawan blog anda... Pastikan mereka jawab
Ahya, Sarah, Jijah, Saipul, Athirah, Tim dan semua yang berminat. Hah, jawab jgn tak jawab!

Sunday, May 03, 2009

Menjadi rasional dan beralah.

..kan benar kata orang,

"Patience is bitter, but its fruit is sweeet.."

Oyeah,
sabar sikit, beralah sikit..semua nye ok je.


p.s. maaf ye dunia susah kan hati kamu lagi..

Friday, May 01, 2009

Sabar, jangan marah.

Ada perkara yang membuat aku jadi nak marah.

entri ini adalah rantaian entri lepas.

aku teringin nak jerit,
"bodoh, kau sensitif menyusah kan orang tau!
ingat aku tak susah hati ke?
ingat aku gembira ke kalau sakit kan hati orang.
dah kau yang sensitif sangat, lepas tu buat orang lain tak tentu arah risau.
aku ada paper tau esok.Bodoh!!
potpet3..bla3...bebel3..(sampai 4 mukasurat maki hamun)"


tapi...,
tu dah menunjukkan rasa marah.

aku sedar yang selemah-lemah manusia, adalah yang tak dapat menahan marah nya.

mari beristighfar.
moga di ampun Allah..

ada satu hadith yg aku teringat,
itu yang buat aku sedar.
mari kita berkongsi..
(aku ambil dari buku sis Zabrina.tq sis~)

A man said to a prophet, may Allah bless him and grant him peace,
"Advice me." He said,"Do not get angry." He repeated his request several times, and the Prophet said,"Do not get angry."
(Al Bukhari)


see,
berkali2 lelaki itu meminta nasihat dari Rasulullah (SAW),namun satu je pesanan beliau. "Jangan Marah"

Jadi, aku akan cuba sekuat-kuat nya berpegang pada pesanan Rasulullah ni,
jangan cepat marah.

bersabar
bersabar
bersabar


Ada banyak lagi perasaan best kat dunia nih kan,
dahla jangan jadi kan marah teman rapat.
ceria ceria
dan memaaf kan.

lagi satu, lagi satu..nak share
ada satu quote,

"Expressing anger is a form of public littering."
- William Gaylin

ahhaha..betul kan~
ok, harap dapat pikir2 kanla..sebelom nak marah.

Bosan melayan.

Mana lebih buruk...
kecewa dengan orang kerana tidak menjadi seperti apa yang kita harapkan?
atau
kecewa dengan diri kerana tak boleh menjadi apa yang orang lain harapkan?

ya, dua2 pun buruk.tapi, mana lebih?
sebab penat jatuh ke dalam kelas yang ke-2.