Friday, December 26, 2008

Pengalaman saya menempuh mati.

malam semalam aku mimpi.
aku dekat satu mall, mall itu dalam satu kawasan tahanan tentera.

tiba tiba entah apa yang aku kejarkan,
aku berlari, lari lari.
sampai kat luar, aku lari lagi..tak tahu lah ape yang aku cari sebenarnya.

pastu tetiba sampai kat zon bahaya.
kawasan musuh. aku lari lebih laju.
tapi aku tak dapat elak.
aku di tembak dari belakang..
tembus ke badan. sakit woo0.sakit gile

aku dah tau dah saat tu. yang aku about to mati.
ye, benar aku mati.
aku mengucap kalimah syahadah sekuat hati.
dan terus meyakin kan aku yg ia nya tak benar.
aku yakin kan diri aku semua nih pasti mimpi.

mujur aku akhir nya terjaga.
7.45am???
damn! subuh gajah lagi aku hari nih..

p.s: bayang kan kalau aku betul2 mati...huuu serem nye.

Wednesday, December 17, 2008

Untuk Degree aku yang berbaki 11jam..

semua orang tengah pening.
nak up pointer..
nak up. biar dapat scholar smbg master.
aku rasa kalau aku nk up..aku kene extend (lagi?..duuh).

so, aku pikir tak payah lah.
sebab aku bukan nak smbg master terus.
mungkin aku kene ikut jalan jauh kot.
Kerja dulu, cari duit bayar hutang. Baru sambung.
tak kesah.

orang ikut jalan dekat, boleh jimat masa..
orang ikut jalan jauh, kumpul pengalaman..

semua boleh buat pilihan.
silakan.

Friday, December 05, 2008

Teringat satu sms aku baca kat enset mak aku...

What ails the modern man?

A sage then answer,
"They lose their health chasing money, then lose their money restore their health,by thinking materially about their future, they forget the present. such that they live neither for present nor for future.They live as they will never and they die as they never live"

bawak2 le pikir..
kadang2 terkena, kadang2 tak..kadang2 mungkin akan.

teringat pule tagline cikgu rodi;kawan bapak aku
"Dunie semue tu.."**loghat perak tengah diperlukan disini**
Ade betul nye jugak.
Kadang2 ralit sangat kejor dunia, manusia ni lupe pulak ade alam lain pulak lepas nih..

dan satu manusia tu adalah aku.

Thursday, November 27, 2008

Mak nenek

mak aku kate masa aku kecik2, mulut aku macam 'mak nenek'.
umur 8bulan dah membebel.
hehe.
skarang xtahu kenapa..aku slalu gagap2 bile ber cakap.
aku tak macam dulu lagi.
aku bukan 'mak nenek' lagi.

hu hu
pusingan alam.

Thursday, November 20, 2008

Serious-shit aku rase aku dyslexic.

Symptoms of Dyslexia

Children with dyslexia are not all alike. The only trait they share is that they read at levels significantly lower than is typical for children of their age and intelligence. This reading lag is described in terms of grade level. Dyslexics commonly have one or more of the following problems:
  • Difficulty learning and remembering printed words
  • Letter reversal (b for d, p for q), number reversals (6 for 9), and changed order of letters in words (tar for rat, quite for quiet) or numbers (12 for 21)
  • Leaving out or inserting words while reading
  • Confusing vowel sounds or substituting one consonant for another
  • Persistent spelling errors
  • Difficulty writing

Other characteristics sometimes include:

  • Delayed or inadequate speech
  • Trouble picking the right word to fit the meaning desired when speaking
  • Problems with direction (up and down) and time (before and after, yesterday and tomorrow)
  • Clumsiness
  • Tuesday, November 04, 2008

    Akhirnya

    hey terima kasih buat Hanim..
    akhir nya aku memiliki

    "Life is an Open Secret : you, me and we"

    yeah~!!

    Monday, November 03, 2008

    sinar iman disebalik ujian

    Exam mode~..asal on ym je sume nk pakai exam mode.. tgh study la kan..
    ya betul!! sekarang da exam week.. bukan lagi study week.. hoh0~ cam seram jerr..


    exam..adalah salah satu punca tekanan..maka kawan2 hati2 menjaga hati..
    sbb hati punca segalanya.. sbb kalau hati yang kita ada belum cukup bersedia untuk menerima tekanan.. beware.. selalu lah bergantung harap padaNya tatkala dugaan menyapa..
    sungguh tidaklah dugaan itu hadir melainkan tanda kasih dan ujian Allah dalam mencari siapakah antara kita hambaNya yang mukmin.. 

    'Adakah mereka mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan. "Kami telah beriman" tetapi mereka tidak di uji?' 
    (Al-Ankabut : 2)


    Sepotong artikel dari Saifulislam.com yang bleh di buat renungan..

    “Tak salah ustaz. Saya tak marah isteri saya menangis. Tetapi pesan saya kepadanya supaya jangan hanya menangis. Menangislah sampai dapat meyakini Dia. Sebagaimana ketawa jangan sampaikan lupakan Dia. Jika dengan ujian seperti ini masih tidak mampu yakin pada-Nya, itulah yang patut ditangisi”, amat dalam kata-kata si ayah."

    Buat kak siti..semoga well recovered setelah bercuti dari kesibukan kehidupan kampus..
    Selamat mencari damai diri \(^^)/


    Wednesday, October 29, 2008

    hehe..THANX korang

    sedikit tekanan tak dapat kubendung.
    yg lalu sebabkan aku jatuh sakit.
    bukan saja jatuh sakit malah menyebabkan kemurungan.
    hilang selera makan.
    yang lebih merisaukan benda2 macam nih jadi dekat2 nak final.

    aku habis akal nak mengubati diri sendiri

    petang ini aku dapat rasa kan lebih baik.
    jadi, aku nak dedikasi kan ucapan terima kasih teramat sangat pada,

    Jijah yg akhir nye mem bantu dgn kesan yg terbaik..
    Adik ku Sarah yg sabo dgn rengekkan2 kakak nye
    Nisa junior ku yg selalu disisi
    Hanim kawan sejak kecil ku (13thn kecik kn..hehe)

    seterusnya.. mak saya, Pn Miskiah sebab dgr suare die terus rase baik~
    and my GREATEST GRATITUDE for sure to Allah, yg ada selalu tak kira naik turun aku..

    and let us holding tight to this one,
    "la takhaf wa la tahzan..innallaha ma'ana~"

    INNALLAHA MA'ANA


    Allah Knows - Zain Bhikha

    p.s : wani, aku ske komen kamu yg lepas. msg dari ayah kamu.i tmpl kt bod kata2 itu~

    Saturday, October 18, 2008

    you are what you think.

    today i got dis says,
    "If your work is too safe, do something dangerous"

    that made me thinking. is that what i'm doing?
    cos..i made decision to choose the hard way. the dangerous way.

    recently, it drove me to my lowest self esteem.
    .. i felt very bad bout myself, frustrated, and like crying out loud (or do i did?oops..)

    but then i wake up..
    and i read few self-help articles to get me back on track..
    jyeah.it helps a lot..
    beside of thinking bad about urself and make u feel miserable,
    why dont turn em to good positive thought of yourself.
    sure u feel better~!!!
    daa..~

    Wednesday, October 08, 2008

    Pagi yang sepi

    jam sudah lewat 18 minit dari pukul2 pagi..
    tiba2 teringat topik perbualan malam semalam.
    jam 3pagi [jeng jeng jeng]..waktu makhluk2 dari alam lain pon bersama join kita.
    kesahihan tak diketahui..huu

    lantak.

    p/s: sesape yg ade menjumpai buku "Life is an Open Secret : you, me and we" di mana2 stor buku atau bookstore,sile lah beli dan hadiah kan lah kepada Hajar sbg hadiah hari jadi..terima kaseh~

    Saturday, September 13, 2008

    Sedikit Effort diperlukan...

    ada banyak benda kat dunia nih yang kita tak puas hati..
    ada banyak benda kat dunia nih yang kita tau ianya salah..

    tapi apa yang boleh kita buat?
    bile kita terlalu takut untuk membuat perubahan.

    dari 7-8, dari 8-9, dari 9-10, dari 10-sekarang
    aku masih tak beralih dari tempat aku berada:depan laptop.
    sekecil perubahan pun tak aku lakukan..

    aku perlu mula dari sini..
    bergerak.tentu aku bisa mengubah dunia..
    ahha

    Wednesday, September 10, 2008

    aku ke yang silap atau aku ke yang selalu buat alasan?

    Sejak weekend yang lepas kak Zura dah ingat kan aku untuk membuat progres dalam simulation aku.Sebab bile2 masa minggu ini prof wan mungkin buat serangan hendap, meeting menggempar.huhu..

    Namun aku masih rase tak ada progres.sebab ape? sebab aku tak abis2 bace teori..sebab ape tak abis2? sebab aku tak suke baca.aku adalah slow reader..

    Jadi, aku ambil langkah untuk go through equation2 je. baru habis electrical model..aku tak bergerak lagi atau menambah progres. Aku terpikir..kenapa aku rase macam aku membuat projek teori? kenapa tak rase computational langsung..Lepas tgk contoh2 code programming matlab dlm dissertation dak master tu..nmpak mcm simple sangat je..betul ke?
    macam set parameter, taip equation..pastu terus je bleh run.tak perlu ambil input dari luar..tak perlu interface ke apa..macam buat kat excel je..aku pelik.betul ke?

    hurmm..betul ke matlab sesenang itu. atau aku yg tak tahu..atau aku yg salah anggap.
    hurmm
    then, Kak zura yg buat master dlm simulation lak tunjuk contoh2 prog code yg de kne ikut..
    uiikkk..ia nye matlab. tapi nmpak susah.
    jadi anggapan aku salah..
    mungkin ia tak senang sebenarnya..lalu, aku terus bertabah teruskan menghadamkan teori2 OLED dan model2 yg patut..adoi

    BERTABAH!!
    ..jgn nak wat2 alasan ni projek teori lah..bukan simulation lah..mmg ler kalu xpaham teori nk simulate ape?haha sekian.tempoh bercakap dgn diri..adoi2

    makanan yang sedap..

    Assalamualaikum..

    wah~perasaan seronok menyelubungi ruang saraf..kerna di beri peluang menerjah blog kakak sendiri..hehe..

    berkaitan dengan tajuk..
    telah dua hari aku mencuba nasi kerabu di Rimbun Cafe Kolej 12..
    Nak kata sedap..xlah sangat..tapi cukup untuk mensyukuri segala rezeki Allah yang terhidang didepan mata..
    (tak sedap2 pon dah 2 hari berturut-turut gak la beli nasi kerabu di kedai yang sama..)











    (gmbr hiasan..bukan ihsan dari rimbun cafe)
    nyum2x..
    0ps..posa rupenye..

    merayapi pelusuk ruang yang ada di internet..tiba2 tersinggah lak kat laman ummusaif..
    tbe2 ade pic lasagna lak..nampak lazat..kan?


    nak cube bleh la masak sendrik ek..

    lasagna ummu saif..

    nak try aa balik rumah nanti..kalo rasa malas bleh suh kak siti..=)






    ok till then ~



    Monday, September 01, 2008

    1 Ramadhan 1429~














    "~Salam Ramadhan 1429"

    ayuh, kita buat yang terbaik!
    moga ia dapat membela kita..

    Sunday, August 31, 2008

    National Day

    31 Ogos
    Hari Kebangsaan
    Hari Ulang tahun kemerdekaan ke51.

    teringat zaman skolah, asal dekat hari merdeka gini mesti ada sambutan malam ambang kemerdekaan. dulu, layan je. sekarang, pikir2 balik..perlu ke? yela tiap kali sambut sure ade puisi (bosan2), pastu detik 12 malam ade yang jadi Tunku Abdul Rahman, laung Merdeka! 3x..
    setakat itu je lah..

    kata aku,"..benda dah lepas, buat apa nak di kenang"

    Jadi sepatut nya macam mana kita harus meraikan nye ye..?

    kata aku,"hmm merdeka maksud nya bebas..bebas maksudnye,..ikut suke hati kita la"

    Apa apa pun aku sentiasa bersyukur jadi rakyat Malaysia, yang negara nya merdeka, tak ada perang saudara, tak ada krisis makanan, dan yang paling penting negara yang agama rasmi nya agama Islam.
    Nikmat utama= agama Islam itu yang paling aku syukuri~

    akhir kata,
    mari kibar Jalur Gemilang di blog..hee


    Saturday, August 30, 2008

    Physics Night 2008

    Cis. berani saipul kutuk blog aku..
    mentang2 post aku sikit.
    takpe..
    aku tercabar nihh. Lalu, langsung membuat post baru

    Hari ni Sabtu, semalam Jumaat..
    semalam 'Malam Fizik' or 'Physics Night'
    the even was bit hambar actually..maybe the date pon xberapa nak cantik kerna bertmbung dengan sambutan merdeka..Pastu macam kelam kabut sket.
    takpelah..Apa2 pon tahniah la pada semua yang terlibat menjayakan.
    berjaya juge la adakan malam fizik..
    untuk mungkin yg akhir bagi kami2 sbg student undergrade

    hee..
    Personally mmg aku tak berapa nak enjoy la last night, mujur ada kawan2 yang at last turn out the night to an okay..dgn budak2 yang giler bergambo..Kojek yg macam tak pernah jmpe kamera seumur hidup..aku pon pelik.ha ha. tapi tak mengapa lah, for the sake of having fun. i enjoyed

    tapi still. compliment to the chocolate cake..sedap sedap.suke suke.
    makanan yg lain aku tak jamah pon..xberselera le semalam.

    emm.aha lets cekidot ape yg dapat aku snap semalam...

    Ahya nyanyi nyanyi

    aYa si bidan yg terjun lalu menyanyi lagu Karma.
    sebab datang agak lewat semalam, ini le acara pertama yg aku tgk; aya nyanyi

    Hafiz dan shafiq

    then, si Apis and shapiq yg xserik2 ngn kejadian physics nite kali lepas.
    kali ni dengan lagu, Lemon tree..hanya sounds like one in 1minutes b4 d song ends.ha ha.

    Gambar di pentas yg mini



    bergambar di belakang2

    gambar saii nyanyi, dr zainol, dr chin..
    smue xdapat aku upload..entah ape la masalah menatang blog nih..adeh

    ok, tu jerr tis tyme..
    akhir kata, thanks to rakan rakan.
    thanks to yg berusaha..
    terima kasih pada hadirin2 yg meramai kan..
    dan terima kasih pada yg membaca..~
    mari pegi tempat lain lak!


    Wednesday, August 27, 2008

    Posto..posto

    nak post blog..tapi xde stori sebab tgh hectic dengan pelbagai test nih padahal tidak pula aku stadi..Lalu tak tahu apa yg aku bz kan...ahakS

    Last post was in June,
    so sejak semester baru..no new post.
    so, here perkara2 yang berlaku sepanjang separuh sem













    aku telah memilih projek tahun akhir di Lab Solid
















    bermandi manda di sg Gabai bsama dak2 fizik 05




    konvo senior2 dan juga kawan2



    mendapat anak buah lagi, Sufiah

    Friday, June 20, 2008

    Pembaca Blog Bebas

    i have nothing to share to the world
    repeating that i am not a story teller nor a writer.
    i see that i am definitely not a blogger..
    i just enjoy visiting people's blog
    and see how they see things..

    iyelah, kalau semua orang pun asyik memblog.
    sape pula yg nak bace..aku lah itu
    'pembaca blog bebas'
    ahaha
    that is why actually i made an account here
    thank you

    and
    to awien and yan..
    HAPPY BIRTHDAY~

    Sunday, March 16, 2008

    Penyakit genetik + Kegilaan terBaru alam Virtual

    Lama gilerr tak datang sini..
    tak kesah lerr.bkan aderr org datang pon. 
    sesaje tulis buat bace sendirik

    hari ni Ahad.dan penyakit genetik aku dah datang; penyakit malas.
    menurut Sarah(ustazah-but-sengal sista),"penyakit malas adalah yg 
    paling merbahaya *walau pun terlalu common dalam kluarga kami.selepas 
    malas,yg kedua terbahaya adalah penyakit mengantuk+mamai, dan akhir skali 
    pnyakit lapor..."

    penyakit malas tidak menjejas kan sesiapa kecuali diri sendiri..tapi 
    penyakit lapor dan mamai akan mmberi efect kepada orang sekeliling.
    Jadi untuk keselamatan rakan2,silerr jgn dekati bilerr aku 
    mamai/mengantuk..(klu mahu tau kesan2 buruk,silerr rujuk pd wani:regular mangsa).
    lapor pon samela cam mamai.

    ehemm.eh
    aku tak tahu kenapa aku menaip perkara2 kt atas ini.so not me okay..aku 
    adalah serious and always on track.echeh~

    Setelah mnjalani bbrapa hari yg konon nyerr stress dan bz, akhirnya aku..
    tak siap pon smuerr keje2 aku.haha..namun aku tetap duduk dgn senang 
    lenang sambil bermain internet.fuhuhh.sejak um wifi kol11 semakin baik,aku 
    dgn riang slalu alpa d dalam dunia virtual.mninggalkan dunia nyata.

    ..kegilaan aku akhir2 ini telah beralih,
    now i'm addicted to Muslimspace yerrla UM pon dah block fs.
    tmbah lagi YM aku pon da xberfungsi angkara virus yg jahat 
    dibawa msuk oleh audible2(note: haa,korg jgn suke sgt main audible tu..)
    dan aku pon malas nak kesah kan ym tu.klu dsperate kan ade webmessenger.
    fuuh,cinta nya aku pada teknologi...yeehu

    kegilaan aku yg smemang nye suke mmbaca blog org,bertambah..
    n the list grows, skarang suke melayan Tok Rimau dan juga Sinaganaga..(mungkin
    aku agk lmbt kenal diorg,tp better thn never aite?)..semua entri2 diorg sgguh 
    menghibur kan,dan sy ske susun atur pkataan dierr(ape org pggil term tu 
    eh..fragment ke?ape2la)..mmg SOUL.

    Jadi aku nak ucapkan terima kasihla pada abg kedai Simple Western yg 
    mengenal kan aku pada "Ayah Kita Boss"(oleh Tok Rimau & Sinaganaga)..
      

    sekian time kaseh..
    sila2,tambah nasik..

    Friday, February 08, 2008

    semangat Jahitan~wo0h0o!

    aahaha
    tahun bru cina,tapi cam xcuti pon..
    (gatal pi blik lmbat)..
    memandang kan sem nih aku amek ko-k,
    aku telah pilih asas jahitan tradisional yer..
    and aku adalah sgt poyo skali kerana di waktu cuti,aku telah bertarget utk mnjahit baju kurung!
    ahaha begitu bersemangat.

    aku slalu pikir, there so much things that i can do with my own hand.
    jadi buat pe buang masa,mari mencoba..mane tau ade bakat.

    mule2 igt,takkan lah susah sgt kan,potong je kain tu,tekan jela mesin jahit..betul tak?
    tapi,setelah melalui nyerr saya takkan kate ia terlalu senang ye rakan2..
    (urghh..mau meng-upload gambr tp cnnection trlalu slow)
    cube lagi lain kali je.

    okey,mari sambung..
    setelah bertungkus lumus plus minus nasehat emak juge cdgn2 nye...
    aku berjaya mencantum kan semua pieces..haha
    huuh.(thanx yerr mak..mluang kan mase dan tenaga juga)
    woo..the hardest and trickiest part adalah ketika mau mnyambung kan kekek..perghh mmg need tons of kesabaran,kecekalan,juga semangat yg kental you~

    jadi setelah siap aku melihat hasil secara total yerr..sangat 'ek eleh' ye.keciwa sayerr...semua nye senget benget, pesak sebelah terbesor(aku lupe potong ikut basi.haha), leher terlebih potong..kekek jgn cakap aa, dah herot-berot nyerr..lari alignment lengan semua.kesimpulan=total disaster.

    Oh God..sedih 9x.penat..
    tapi mngenang kan dis is my vry first try.not so bad la babe ahaha.lalu aku pikir,'ala tu mesti mesin jahit punyerr pasal.sukerr nak wat hal tyme2 aku kat kritikal moment.(aah mesin la yg salah).kalau aku jahit by hand sure perghh punyerr la. i'm gifted okeh'~haha mau sedap kan ati lerr tuh, watever hajar.ko jahit le gune tgn,tgk bape lame bleyh siap..

    ehhehe, sebenarnye kan baju tu blom siap lagi pon tyme aku tulis nih.last touch blom lg, jahit sembat semuerr blom.pastu lagi mau angan2 xnak anto jahit tepi,mau jahit gunerr tgn jerr..kiterr tgk la eyh bile siap nyerr.
    hmmm...
    (sedeyh xdpt nak upload gmbar skali.lembab le pkai dial-up neh)
    ok kawan, mau berenti sini sajer..
    cam biaser,".. jom gi tempat lain pulak!"

    Sunday, February 03, 2008

    whoa..1st Entry~

    actually, there is nothing i wish i could write rite now..
    pluss i'm not kind of writer or a good story-teller..
    .
    .
    .
    Akhir2 ini, selalu aku kecelaruan.
    aku hilang kepercayaan pada org sekeliling.
    aku kehilangan diri aku.
    aku melihat..dan aku nampak.
    aku nampak : tiada kebenaran~aku tak nampak (??wateverla..)
    ini keadaan atau fasa yg tidak menarik dalam hidup aku.
    melihat sesuatu dari segala sudut yang tak baik.aku benci itu.
    tapi aku percaya yg hidup selalu berputar.and,i will get through this phase..and find me again, and create the 'mahmudah' in me.insya Allah.
    as i believe life is a putaran,sure i believe in karma too.
    or in islamic says percaya qada' n qadar.
    jadi as long as we do good to people, pasti kita akan dapat yg baik2 juga.
    kalau bukan dari org2 yg kamu buat kebaikan,tentulah dari Allah sendiri.
    dan jika kita terasa susah dgn segala sesuatu yg menimpa..sentiasalah percaya
    ia bukan selamanya..kerana setiap kesusahan, diciptakan bersama kelapangan.
    it's a promise from God..
    and always sesusah mana pun dugaan,jgn bimbang..we'll get through it.
    Tidaklah Tuhan menguji kita dgn perkara2 yg tak mampu kita menanggung nye.
    so, chill out.jangan bersedih..La tahzan,neh..
    Hee..now i feel much better.
    memujuk diri sendiri..dan mungkin utk kamu juga.

    untuk kali ini.sampai jumpa lain hari~~
    ..jom pergi tempat lain!